Thursday, May 8, 2008

PKR TIDAK IKTIRAF TINDAKAN KERAJAAN

MP Batu Pahat, Dr Mohd Puad Zakarshi, menyindir MP (PKR) Gombak, Azmin Ali, sebagai "Timbalan Perdana Menteri dalam mimpi" ketika bangun bertanya soalan mengenai cara menyelesaikan isu rasuah di negara ini. Beliau berseloroh demikian untuk menjawab sindiran MP Gombak yang meminta Perdana Menteri menggubal undang-undang berhubung perkara itu dalam "beberapa bulan ini" sebelum terlambat.

Kenyataan MP Gombak itu memaparkan keangkuhannya dengan memperkecil-kecilkan Perdana Menteri di samping berusaha mewar-warkan bahawa PKR akan membentuk kerajaan tidak lama lagi. Sikap ini tidak sihat kerana ia boleh mengganggu-gugat kestabilan kerajaan yang boleh mendatangkan keburukan kepada rakyat keseluruhannya.

MP Gombak ini sepatutnya memberi cadangan bernas termasuk yang diutarakan dalam manifesto PKR pada PRU12 yang kini sudah tidak mampu dilaksanakan termasuk di Selangor yang tidak boleh menurunkan cukai taksiran. Beliau sepatutnya memahami keadaan persekitaran di negara ini berbanding dengan negara-negara yang disebut dalam ucapannya. Ada negara yang disebutkan itu bersifat homogeneous seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Eropah berbanding Malaysia yang hetrogenous yang perlu mengambil kira penduduk pelbagai kaum di negara ini sebelum sesuatu dasar itu digubal untuk kepentingan rakyat di negara ini. Ucapan yang bombastik itu hanya bersifat retorik dan tidak sesuai dengan Parlimen yang mahukan MP mengeluarkan pandangan dan hujah bernas serta pragmatik untuk dilaksanakan. Hujah ini yang disampaikan seperti imam besar hanya sedap untuk didengar dan diambil maklum. Ia tidak sesuai untuk diaplikasikan dan bersifat metos.

MP Gombak juga tidak perlu mengutarakan isu lapuk dan basi terutamanya kegagalan kerajaan menangani rasuah yang dipaparkan seolah-olah tiada tindakan dibuat oleh kerajaan dan menganggap semua pihak mengamalkan rasuah sewenang-wenangnya. Beliau seharusnya menerima hakikat bahawa kerajaan sentiasa memastikan rasuah tidak menjadi barah dalam kehidupan rakyat negara ini termasuk memperkemaskan BPR.

MP Gombak juga tidak sepatutnya menyebut nama individu seperti dilarang dalam Point of Order Parliment yang menggambarkan beliau seorang yang tidak mahu belajar daripada MP yang lebih berpengalaman. Beliau seharusnya memberikan maklumat tepat
kepada penulis ucapannya dan tidak membabi-buta membaca ucapan seperti seorang pensyarah jalanan. Ini sudah tentu amat memalukan sebagai seorang ahli dewan.
Tindakan menyebut nama individu itu dengan niat untuk menjurus kepada seseorang tidak professional dan ini juga tidak diamalkan dalam persidangan antarabangsa.

Apakah beliau lebih baik daripada orang lain? Sudah tentu apa yang dilakukan selama ini juga diketahui oleh orang ramai.

No comments: