MP Pengkalan Chepa mempertikaikan atau mempersoalkan apakah kerajaan hari ini memperjuangkan pembentukan perpaduan nasional? Ya, sejak mula lagi kita memperjuangkan kemerdekaan. Contoh, saya berkahwin dengan orang Kedah, 2 anak dilahirkan di kedah, 2 lagi dilahirkan di Sabah. Inilah contoh ke arah integrasi nasional. Contoh-contoh ini perlu diamakan oleh pembangkang. Jangan semata-mata bertegang leher sedangkan amalannya memesong daripada apa yang dipersoalkan.
Pembangkag seharusnya sedar dan akur bahawa kita merdeka baru 50 tahun. Tetapi kita dapat menyatu padukan rakyat yang berbilang kaum dan ianya telah berjaya. Ini telah diiktiraf oleh PBB malah PBB menyarankan kepaada negara-negara yang sedang membangun mengambil iktibar dan pengajaran dari Malaysia untuk membangunkan negara masing-masing. Pembangkang, cubalah lihat negara yang telah lama dari Malaysia mencapai kemerdekaan, Rusia misalnya, Kanada, Pakistan dan Indonesia. Apa yang Berlaku? apa yang ada dalam negara-negara berkenaan? Kini Malaysia telah diiktiraf telah mencapai kejayaan setaraf dengan negara-negara yang telah maju di dunia.
Ini hasil daripada perpaduan dan intergrasi nasional di kalangan rakyat yang ada. Berbanggalah dan insaflah. Jangan memutar-belitkan keadaan, fakta dan banyak lagi persoalan yang timbul yang berpusing dalam kepala ahli-ahli PKR, malah kejayaan MP Pengkalan Chepa sendiri dalam pelajaran perniagaan dan politik hasil daripada perjuangan tokoh-tokoh sebelum kita dalam bentuk melalui dasar-dasar ke arah perpaduan nasional.
Selamat Berjuang...
Wednesday, May 14, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment