Wednesday, May 14, 2008

INGATI PERISTIWA 13 MEI TIDAK BERULANG

KOTA BHARU, 13 Mei (Bernama) -- Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu kerajaan menjadikan peristiwa 13 Mei 1969 sebagai satu hari bersejarah yang diingati setiap tahun supaya tragedi hitam berhubung isu perkauman itu tidak berulang.

Katanya peristiwa yang berlaku 39 tahun lalu itu perlu dijadikan iktibar oleh generasi akan datang untuk mengelakkan peristiwa yang boleh menimbulkan kegelisahan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

"Sambutan bagi mengingati Peristiwa 13 Mei bukannya berasaskan agenda tertentu sebaliknya sebagai peringatan atau pedoman kepada masyarakat untuk memastikan kejadian yang sama tidak berulang," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat badan Perhubungan PAS negeri di sini, hari Selasa.

Nik Aziz, yang juga Mursyidul Am PAS, berkata rakyat sepatutnya mengambil iktibar daripada sejarah hitam itu dengan meninggalkan perkara-perkara yang boleh mengulangi peristiwa sedemikian.

"Jangan sesekali bangkitkan masalah bangsa kerana keadaan ini akan menyebabkan timbul perasaan cemburu kaum lain sehingga menyebabkan orang Melayu dihina," katanya.

Sehubungan itu, Nik Aziz mengajak masyarakat negara memilih sistem Islam sebagai cara hidup iaitu titik perpaduan yang dianjurkan Nabi Muhammad S.A.W. yang bukan sahaja boleh diamalkan orang Melayu tetapi juga kaum lain.

2 comments:

Anonymous said...

USAHA PEMBANBKANG MEMANCING AHLI PARLIMEN BN ADALAH PENCETUS 13 MEI AKAN BERULANG

Kenyataan Penasihat PKR yang mengatakan akan berlaku pertukaran kerajaan pusat dalam masa terdekat membuktikan beliau telah memancing Ahli-Ahli parlimen BN terutama di Sabah dan Sarawak supaya berpaling tadah.
Usaha dan kenyataan beliau itu selain dianggap menipu rakyat kerana pembentukan kerajaan bukan melalui pilihanraya dan juga berasaskan rasuah.
Jika usaha itu berjaya akan menjadikan bukan melayu majoriti sebagai ahli parlimen kerana sekarang ahli parlimen pembangkang seramai 83 orang yang terdiri daripada 43 orang melayu dan 39 orang bukan melayu dan selepas ini mungkin akan terjadi 43 orang melayu dan 69 orang bukan melayu.
Semua itu akan menimbulkan faktur 13 mei berulang kerana apabila kaum-kaum tidak berpuas hati terutamanya kaum melayu. Sedar lah dan insaflah penasihat PKR.

WanGen3

jiwa rakyat said...

terima kasih di atas komen yang diberikan. memang terdapat usaha daripada Penasihat PKR untuk memancing MP BN daripada Sabah. Seharusnya elemen lompat parti tidak perlu timbul dalam situasi politik negara masa kini. jika terjadi pertukaran kerajaan pusat, nescaya akan berlaku konflik dan ketegangan di antara kaum melayu dan kaum lain kerana terdapat unsur rasuah di dalam isu lompat parti.