Thursday, May 15, 2008

RASAH GELISAH

Oleh Mustika Citra

MP Rasah nampaknya semacam tidak memahami cara-cara dan bentuk latihan yang terdapat dalam jadual latihan serta tujuan PLKN diadakan. Sedarlah, anak-anak kita dari hari ke hari semakin bertambah bilangannya mengikut pusat latihan PLKN. Sudah pasti pusat-pusat latihan, alat-alat keperluan latihan, jurulatih-jurulatih, pegawai-pegawai, pengawal-pengawal, para doktor, ubat-ubatan dan lain-lain mengikut keperluan semasa wajib ditambah. Perbelanjaan di pusat pusat PLKN juga akan bertambah dari semasa ke semasa.

Mengenai berlakunya kematian semasa latihan, MP Rasah kena ingat dan sedar serta harus menggunakan fikiran yang waras. Soal kematian akan berlaku di mana-mana sahaja. Mungkin ajalnya sudah tiba semasa anak-anak kita berada di pusat latihan berkenaan. Apa pun pihak berkuasa sentiasa berusaha untuk mengelakkan ianya terus belaku. Kini pihak berkuasa telah mewajibkan peserta yang terpilih di PLKN supaya membuat pemeriksaan terlebih awal melalui doktor-doktor pakar dan keputusan maklumat hendaklah dikemukakan bersama surat jawapan kepada bahagian latihan PLKN. Dengan ini pihak PLKN dapat menyelesaikan apa sahaja masalah yang terlibat dengan peserta berkenaan

No comments: