Pemerhati sidang Dewan Rakyat berpendapat bahawa negara kita kini telah mencapai tahap kemajuan yang setara dengan negara-negara maju seperti Eropah dalam teknologi solar. Ketika ini, banyak rumah-rumah di taman perumahan menggunakan teknologi solar untuk membekalkan elektrik bagi kegunaan tertentu seperti penggunaan air panas.
Malah negara kita yang amat kaya dengan tenaga solar telah diperakukan oleh semua negara dunia. Justeru, sudah sampailah masanya untuk kita meluaskan pasaran walaupun melibatkan kos yang tinggi untuk mengkaji secara terperinci dan menyelidik bagi kepentingan rakyat dan negara.
MP Titiwangsa menyarankan agar pihak berkuasa Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar supaya mengkaji tenaga yang ada dalam petir atau kilat.
Pada pendapat pemerhati, soalan dari MP Titiwangsa berkenaan sengaja diada-adakan untuk mencari populariti dirinya sendiri. Apapun menteri yang bertanggungjawab memberi jawapan dengan cara ikhlas iaitu kita akan mengkaji bila sampai masanya.
Thursday, May 15, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment