Thursday, May 15, 2008
DEWAN RAKYAT TIDAK PERLU PELAWAK ATAU BADUT
Dewan Rakyat bukan saja membentuk MP yang bijak berbahas atau mematahkan hujjah lawan tetapi adakalanya secara tidak sengaja melahirkan pak lawak atau badut. MP yang berlagak seperti badut ini adalah mereka yang suka sangat meminta laluan dan menganggu MP lain untuk berucap. Adakalanya badut-badut ini menjerit-jerit dan mengeluarkan kata-kata yang amat kuat sehingga menyakitkan telinga terutama untuk mendapat perhatian. Badut ini akan gembira dan tersenyum puas apabila mereka diberikan perhatian. Badut ini juga tidak menghormati arahan Speaker untuk duduk dan membenarkan MP lain untuk meneruskan ucapan. Mereka bangun, mengetuk mike beberapa kali, duduk semula dan bangun menjerit-jerit. Tidak payahlah buat begitu. Malulah.
Sikap sebegini tidak seharusnya diamalkan oleh MP kerana ia adalah perbuatan yang memalukan. Berhujjahlah seperti MP Batu Pahat, Dr Mohd Puad Zakarshi atau Kubang Kerian (PAS), Mohd Sallehuddn Ayob, yang sentiasa cool dan berhemah serta tidak menjerit-jerit semacam kanak-kanak sekolah tadika.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment