Friday, September 19, 2008

PERTUKARAN KUASA ...

Oleh Maharaja Blogger

Dalam keadaan ketidaksetabilan politik dan ekonomi negara dan ketika rakyat menghadapi krisis keyakinan,Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 17 September telah menyerahkan portfolio Menteri Kewangan kepada timbalannya Datuk Seri Najib iaitu suatu jawatan terpenting dan "terkuat" dalam kabinet.

Abdullah mengambil alih jawatan Menteri Pertahanan dari Najib dan sambil itu beliau menegaskan bahawa tarikh peralihan kuasa Perdana Menteri darinya kepada Najib tetap pada 2010.

Najib sekarang berada pada kedudukan yang pernah dinikmati oleh Anwar Ibrahim iaitu menjadi Timbalan Perdana Menteri di samping Menteri Kewangan.

Tindakan Abdullah itu dilihat sebagai langkah permulaan Abdullah untuk menampakan kesungguhannya bagi menyerahkan kuasa kepada Najib pada 2010 di tengah tengah ketidak yakinan ramai terhadap janjinya itu dan keresahan rakyat mahukan peralihankuasa berlaku lebih cepat

Penyokong penyokng Najib berprasangka Abdullah adalah bermain dengan masa untuk mempertegohkan semula kedudukannya dan mahu terus menjadi perdana menteri sehingga pilhanraya ke 13.

Malah bekas Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir pernah menulis dalam blognya tentang kemungkinan Abdullah akan mencari sebab untuk menyingkirkan Najib sekiranya dia mencabar dan akan mencari orang yang" lemah" yang akan patuh kepadanya sepanjang masa.Tanpa sedar ini mendedahkan stratijinya sendiri dalam menggantikan Anwar dengan Ghafar Baba.(Allahyarham)

Bagaimanapun apa yang dilakukan oleh Abdullah dengan sekaligus menolak prasangka pengkritik pengkritiknya . Beliau memberikan suatu jawatan terpenting dalam kabinet yang mendukong "kuasa besar " yang pernah digunakan oleh menteri menteri sebelomnya untuk memperkuatkan kedudukan politik dalam parti dan bagi mencabar"Ketua".

Anwar Ibrahim telah memperkenalkan politik wang secara rakus semasa beliau menjadi Menteri Kewangan.Dengan kedudukan itu beliau mempunyai jentera politik parti,ahli pernigaan dan koporat dan pentadbiran negara bagi mencabar Datuk Seri Dr.Mahathir.

Tindakan Abdullah ini juga telah menjawab rasa tidak puas hati penyokong penyokong Najib kerana Pak Lah tidak menunjukan tanda hendak menyerahkan kuasanya kepada Najib. Jawatan Timbalan Perdana Menteri di lihat sebagai bersifat ceremonial dan jawatan Menteri Pertahanan tidak membantu politik.

Kedudukan Najib menjadi bertambah popular sejak beberapa hari terakhir ini setelah beliau berganjak dari persetujuan dengan Abdullah tentang tarikh peralihankuasa pada 2010 dengan menyerahkan keputusan itu kepada bahagian UMNO.

Sementara itu veteran UMNO Tengku Razaleigh secara tidak langsung telah mencabar supaya Najib membuat keputusan untuk mencabar Abdullah atau tidak.Menurut akhbar The Star Tengku Razaleigh berkata: Now,in UMNO first there is a so-so called transition plan and then a back track and now it is back on.

"Stop it.We must be brave in order to bercome leaders.If we are cowards ,then stop becoming leaders.If we want to contest say so-like me"

Sementara itu sejumlah besar bahagian bahagian UMNO diseluruh negara telah menunjukan kecendorongan untuk mencalonkan Najib sebagai Presiden UMNO.

Penyerahan Menteri Kewangan "jawatan penting penoh kuasa" kepada Najib adalah menampakan Abdullah Badawi telah menyedari perkembangan terbaru ini dan menampakan caranya menyelesaikan masaalah dengan deplomasi dan bukan konfrantasi,dengan cara memadamkan api dengan air dan bukan melawan api dengan api.

Tindakan ini mungkin akan meredakan kegelisahan dalam parti dan kabinet tetapi belum tentu akan dapat memulihkan keyakinan rakyat terutama orang Melayu yang terluka kerana maruah mereka telah tercabar di bawah dasar kertebukaan dan ketelusan yang telah diperkenalkan Abdullah sejak menjadi Perdana Menteri.

Dasar ini telah meruntuhkan tunggak kestabilan negara,membongkar pekong Barisan Nasional dan lebih banyak membnerikan kesan negatif kepada kerajaan dari meningkatkan keyakinan rakyat.Ia berakhir dengan kekalahan besar BN dalam pilihanraya Mach lalu.

Dasar ini mundur kebelakang malah dikatakan gagal apabila kerajaan terpaksa menggunakan ISA untuk mengatasi activiti fitnah dan hasutan , penyalahgunaan kebebasan oleh ahli politic dan media atas dasar yang diperkenalkan oleh Abdullah sendiri.

Dasar ini diperkenalkan atas nasihat unit media JPM dengan tujuan untuk menunjukan kerajaan Abdullah adalah lebih bebas daripada Kerajaan Dr.Mahathir.

Abdullah telah menegaskan berkali kali memerlukan masa hingga 2010 untuk melaksanakan rancangan rancangan pembangunan yang belum selesai tetapi sejauh ini apa yang terlihat ialah beliau terpaksa melalui satu demi satu masaalah tetapi tidak dapat menyelesaikannya dengan berkesan. Kebanyakan masalah adalah cetusan dari dasar liberalismanya.

Adalah diharapkan dengan Najib memegang jawatan Menteri Kewangan 1,beliau dapat menunjukan keupayaannya menstabilkan ekonomi, menggiatkan semula ekonomi dan memulikan keyakinan penanam modal luar dan dalam negara. Jika beliau berkesan, maka kelemahan Abdullah Badawi tidak akan bagitu ketara dan dengan itu beliau dapat berjalan bersama Najib dengan selesa menuju ketahun 2010.

No comments: