Oleh: Pemikir Negara
“Program Apa Dah Jadi” di RTM 1, 9.30 malam pada 16 Sept. 2008 yang dihadiri oleh beberapa YB Parlimen termasuklah YB Razali Hashim (Muar), YB Ibrahim Ali (Bebas) dan YB dari Sarawak dipengerusikan oleh Datuk Ibrahim Yahya, telah sungguh-sungguh mendedahkan secara intelektual bahawa retorik, politics of deceptions atau tipu daya yang berlaku sekarang tidak sesuai dalam masyarakat Malaysia yang tahap literasi sangat tinggi.
16 Sept. 2008 merupakan tarikh yang ditetapkan oleh MP Permatang Pauh dimana beliau akan menjadi Perdana Menteri tetapi pada hari itu tiada apa pun menjadi. Penyokong-penyokong pembangkang dari DAP, PAS dan PKR menunggu dengan penuh debaran bahawa impian MP itu menjadi kenyataan. Malangnya, apa yang diimpikan itu adalah ibarat mirage iaitu kelihatan ada, tetapi tiada.
Hujah-hujah yang dikemukan oleh ahli panel pada malam itu diterima oleh majoriti penonton-penonton setia RTM. Rata-rata mereka menerima hakikat bahawa satu pembohongan atau disinformasi berleluasa telah dilakukan oleh MP tertentu tanpa memperinci implikasi negatif kepada dirinya sendiri. MP ini daripada Permatang Pauh sangat-sangat memperjuangkan demokrasi tetapi minda beliau masih terpaku dengan cara-cara liar yang seolah-olah tidak berpedoman.
Wira berpendapat bahawa program RTM seperti ini berkesan dan sekaligus membuka minda rakyat supaya berfikir dan tidak mudah dipesong oleh kata-kata kosong yang tidak menguntungkan.Lagu Apa Dah Jadi yang didendangkan oleh Tan Sri S.M.Salim sangat tepat sebagai tirai penutup perbincangan panel pada malam itu. Wira harap penonton termasuklah pembangkang tidak mudah diheret oleh MP Permatang Pauh masuk gaung gelap yang penuh dengan duri-duri dan kepalsuan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment