Friday, September 19, 2008

MP-MP PEMBANGKANG TERTIPU HIDUP-HIDUP OLEH MP PERMATANG PAUH

Oleh: Pemikir Negara

Sesi parlimen akan bermula pada 13 Oktober 2008 apabila budget 2009 akan dibahaskan oleh dewan. Namun sebelum dewan bersidang MP-MP DAP, PAS dan PKR terutamanya Lim Kit Siang, Ustaz Hadi Awang sibuk berhujah menyokong ketua mereka, MP Permatang Pauh yang mendesak parlimen diadakan 23 September 2008. perkara ini tidak masuk akal kerana MP Permatang Pauh hanya minat untuk dirinya sendiri supaya parlimen dipanggil bersidang. Asas-asas beliau adalah tidak kukuh dan ini ditolak oleh Barisan Nasional.

Pada Bulan Ramadhan ini, eloklah MP Permatang Pauh memberi tumpuan kepada program-program berunsur agama dan lebih elok jika beliau pergi ke Arab Saudi buat umrah. Kerja-kerja membuat fitnah dibulan mulia ini tidak digalakkan. Malahan apa yang beliau lakukan, bertentangan dengan saranan Islam.

Lim Kit Siang pun turut terjebak membuat tindakan yang boleh meragukan orang Islam terhadap beliau di bulan ini. Beliau dan anaknya sepatutnya bertenang dan menjauhi dari dipalit oleh MP Permatang Pauh yang tidak sensitif pada keperluan Ramadhan.

Pemerhati tidak puas hati dengan sikap ahli-ahli pembangkang yang tidak sabar-sabar memperlekehkan Ramadhan. Tunggulah apabila parlimen bersidang dan berhujahlah dengan sepuas hati. Jangan melakukan sesuatu yang menjadi pengundi-pengundi meluat terhadap MP-MP mereka.

No comments: