Friday, September 19, 2008

ANWAR, MP PERMATANG PAUH, PERLU HENTIKAN TINDAKAN LIAR DI BULAN RAMADHAN INI

Oleh: Pemikir Negara

Semenjak 16 September di mana PR gagal menepati janji untuk membentuk kerajaan yang diuar-uarkan selama ini, MP Permatang Pauh mula mengubah taktik pembohongan yang terbaru. Beliau berlakon seperti sudah mencapai matlamatnya menjadi PM dengan membuat surat kepada kerajaan dengan desakan-desakan yang tidak mengikut saluran demokratik. Beliau cuba memikat penyokong-penyokong dari DAP, PAS dan PKR supaya berdiri teguh di belakangnya.

Kegiatan terbaru ini adalah sepatutnya dihentikan kerana dengan terus membuat pembohongan kepada rakyat, kredibiliti MP Permatang Pauh yang juga penasihat PKR, sudah pun menurun. Ahli-ahli PKR, DAP dan PAS mulai tidak senang dengan pemimpinnya yang tidak mempunyai nilai-nilai kepimpinan yang diharapkan. Apabila MP Permatang Pauh terus berbohong, maka ahli-ahlinya juga terpaksa mempertahankan pembohongan-pembohongan ini. Apa yang berlaku sekarang putaran pembohongan atau cycle of lying akan terus menjangkiti semua pengikut-pengikut setia yang tidak sedar tertipu hidup-hidup.

Pemerhati politik berpendapat bahawa MP Permatang Pauh kelihatan ketandusan fikiran dan letih membuat helah dan pembohongan untuk kepentingan diri sendiri. Beliau juga gagal mengumpul ahli-ahli parlimen untuk menyeberang. Adalah wajar MP Permatang Pauh berehat dan menjadi ahli parlimen yang normal seperti dikehendaki oleh pengundi-pengundi Permatang Pauh dan juga ahli-ahli DAP, PAS dan PKR.

No comments: