Tuesday, September 16, 2008

KECELARUAN 16 SEPTEMBER

Oleh Azman Anuar
(WARTAWAN UTUSAN)

Tanggal 16 September adalah ulang tahun penubuhan Malaysia. Tarikh keramat yang memerdekakan Sabah, Sarawak dan Singapura apabila menyertai Persekutuan Malaysia pada tahun 1963.

Hari ini, tarikh 16 September 2008 menjadi perhatian seluruh negara dan masyarakat antarabangsa. Apakah sejarah baru akan dicipta, dengan pemerintahan kerajaan Persekutuan bertukar tangan daripada Barisan Nasional (BN) kepada Pakatan Rakyat?

Dalam politik ia bukan mustahil berlaku dan tidak boleh ditolak ke tepi begitu sahaja.

Cerita pembentukan kerajaan baru yang digembar-gemburkan dan sepatutnya berlaku pada hari ini adalah satu perkara yang ditunggu-tunggu, tetapi kecelaruan rakyat dan ketidaktentuan satu hal yang lain.

Tidak pernah dalam sejarah 51 tahun negara merdeka, fikiran orang Melayu yang sepatutnya menumpukan kepada ibadah puasa Ramadan ini didera kerana pergolakan politik dan cita-cita merebut kuasa.

Inilah yang terjadi apabila Anwar Ibrahim yang tidak berkesempatan menyertai pilihan raya umum ke-12 pada Mac lalu menggunakan pilihan raya kecil Permatang Pauh untuk memulakan langkah ke Putrajaya.

Anwar menyatakan bahawa kerajaan BN akan tumbang pada 16 September ini. Mereka mendakwa seramai 30 orang ahli parlimen (MP); 13 daripada Sabah dan 17 daripada UMNO Semenanjung akan menyertai mereka menubuhkan sebuah Kerajaan Persekutuan baru menggantikan BN.

Ketika ini Parlimen Malaysia mempunyai 222 buah kerusi. Kerajaan BN mempunyai 140 kerusi manakala PR 82. BN menubuhkan kerajaan persekutuan dengan majoriti mudah iaitu majoriti 58 kerusi; kurang 8 untuk membentuk majoriti 2/3.

Apakah mungkin 'Kejutan 16 September' terjadi pada hari ini? Ikuti laporan seterusnya di sini .

1 comment:

Zaidil Ripin said...

Salam...
Kita telah buktikan kepada pembangkang yang kerjaan BN masih kuat dan mendapat mandat dari rakyat dalam pRU yang lepas. Namun pihak pembangkang mahu ambik jalan pintas dengan cara lompat parti. Pikirlah sendiri wahai pembangkang, siapa yang sanggup gadaikan maruah dan amanah rakyat... berdosa tau.... Lu Pikirlah Sendiri Wahai Pembangkang!!!!!