Monday, September 8, 2008

JANGAN DENGAR OMONG KOSONG PKR

Oleh Pemikir Negara

Semua menanti tarikh 16 September yang diuar-uarkan oleh Anwar Ibrahim akan terbentuknya kerajaan baru.

Bagi penulis janganlah mengambil endah dengan omongan kosong Anwar ini. Sejak dari dulu lagi, beliau memang pandai membuat pendustaan untuk mempengaruhi rakyat membenci kerajaan.

Ingat tak kita dengan pembohongannya bahawa kerajaan akan menyuntik kuman hiv ke dalam badannya dan pemberian racun arsenik yang boleh menyebabkan beliau mati secara perlahan-lahan.

Inilah dia manusia yang bernama Anwar Ibrahim.

Hakikatnya, rakyat negara ini tidak seharusnya terperangkap dengan permainan politik kotor Anwar ini yang mahu "memporak-perandakan" negara ini dan membuat tuduhan terhadap pasukan keselamatan negara dengan mengatakan mereka berkonspirasi dengan kerajaan.

Inilah tindakan pemimpin yang kemaruk kuasa dan mahu melakukan apa saja demi untuk mendapat kuasa. Matlamat menghalalkan cara. Anwar tidak akan duduk diam selagi hasratnya untuk menjadi Perdana Menteri tidak tercapai dan beliau sanggup melakukan apa saja untuk kepentingan peribadi.

Sejak beberapa hari lalu banyak petanda yang menunjukkan apa yang disebut oleh Anwar adalah satu pendustaan. Malah ia akan mendatangkan keburukan kepada penasihat PKR ini kerana sifat berbohongnya itu.

Antara petanda itu ialah penafian wakil rakyat dari Sabah dan Sarawak bahawa mereka akan menyertai PR sebaliknya menganggap mereka yang membuat demikian sebagai ahli politik yang bankrap.

Penafian itu membuktikan Anwar tidak akan mendapat sokongan wakil rakyat kedua-dua negeri itu tambahan pula mereka kita membabitkan diri program melawat sambil belajar yang dianjurkan oleh BNBBC. Wakil rakyat akan mendapat banyak faedah daripada program pertanian itu.

Keduanya ialah Anwar tidak mudah menjadi PM kerana ia perlu mendapat sokongan daripada majoriti parti di Dewan Rakyat dan sudah tentulah UMNO, MCA, MIC dan Geakan tidak mahu beliau merampas mandat yang diiberikan oleh rakyat pada PRU12.

Banyak lagi alasan yang menidakkan pembentukan kerajaan baru ini. Jangan kita terpengaruh dengan omong ksong golongan politik yang sudah bankrap idea.

No comments: