Thursday, September 4, 2008

ANWAR, KAMU BERTANGGUNGJAWAB

Oleh Pemikir Negara

Tiada siapa yang perlu dipersalahkan, jika Malaysia menghadapi masalah perkauman pada masa akan datang, melainkan Anwar Ibrahim.

Tiada siapa yang perlu dipersalahkan, jika Malaysia menghadapi keruncingan dari segi kestabilan politik dan ekonomi, melainkan Anwar Ibrahim.

Sejak dipecat pada 1998, Anwar telah melakukan satu dosa besar yang tidak pernah dibuat oleh mana-mana pemimpin pembangkang atau rakyat negara ini dengan mengajak rakyat "menghuru-harakan" negara ini.

Ketika dalam penjara, beliau mengarahkan konco-konconya membuat pembohongan besar dengan menuduh kerajaan untuk mendapat simpati. Antaranya menuduh kerajaan akan menyuntik hiv kepadanya dan memberikan racun arsenik.

Anwar mengajar rakyat untuk kurang ajar dengan kerajaan dan tidak menghormati pasukan keselamatan. Yang sedihnya Anwar mengajar orang Melayu untuk menghina bangsa mereka dalam pasukan keselamatan dengan melemparkan apa saja termasuk kata nista, botol atau batu kepada pasukan polis yang telah menjaga keselamatan kita.

Anwar juga mengajak rakyat untuk membuat demonstrasi jalanan sehingga menyebabkan para peniaga di Kuala Lumpur resah dan gelisah. Mereka mengalami kerugian kerana siapa yang sanggup datang ke tempat mereka jika berlaku kekecohan memaksa pasukan keselamatan memancutkan air agar mereka bersurai.

Anwar juga telah memalukan negara dengan mengadakan huru-hara ini yang menyeronokkan media asing unguk memburuk-burukkan negara ini. Malaysia digambarkan sebuah negara yang sedang mengalami anarki sedangkan ia adalah permainan Anwar, rakan baik mereka.

Kini, Anwar sudah kemaruk kuasa dengan menimbulkan sentimen perkauman untuk meraih undi bukan Melayu. Mula-mula beliau berkata Dasar Ekonomi Baru perlu dihapuskan bagi memberikan kedudukan sama rata kepada semua kaum di negara ini. Kaum Cina dan India termakan dengan "gula-gula" beliau.

Seterusnya, beliau mengarahkan TS Khalid Ibrahim bercakap untuk membuka 10 peratus UITM kepada bukan Melayu yang menjadi modal untuk menarik pengundi bukan Melayu di Pilihanraya Kecil Permatang Pauh.

Tidak hairanlah Lim Guang Eng yang selama ini memainkan lagu sentimen perkauman sempit, berusaha gigih berceramah untuk memastikan "orang Melayu ini" yang menentang DEB , yang dikehendaki oleh DAP, terus menang. Yang penting Guan Eng dan bapanya mengetahui banyak rahsia Anwar yang boleh dipegang atau digunakan apabila Anwar menjadi Perdana Menteri. Tidak hairanlah Guan Eng mengumumkan DAP sokong Anwar jadi PM.

Kini, Anwar membuat kecoh mengenai 16 September untuk diadakan hari cuti. Inilah langkah seterusnya Anwar untuk meraih sokongan bukan Melayu di Sabah dan Sarawak. Isunya bukan cuti tetapi memainkan sentimen membencikan pemimpin negara.

Anwar, ingatlah kamu bertanggungjawab jika negara ini huru-hara. Kamu bertanggungjawab menjual negara ini kepada Lee Kuan Yew dan PAP. Kamu bertanggungjawab menjual negara ini kepada Amerika Syarikat. Kita tahu apa yang PAP lakukan terhadap anak kamu, Nurul Izzah.

Wan Azizah, ingatlah tuhan dan apa yang dilakukan oleh suamimu. Kita tahu apa yang kamu cakap dengan Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali mengenai Anwar. Insaflah wahai Wan Azizah. Bulan yang mulia ini, bertaubatlah.

No comments: