Oleh Maharaja Blogger
Menoleh kembali sejarah dari sejak sebelum dan sesudah merdeka,perjuangan UMNO dengan kerjasama parti parti bukan Melayu telah meletakan Malaya dan Malaysia dalam sistem sosio-ekonomi dan politik Barat.
Malaysia senantiasa bersama negara Blog Barat dalam perang dingin dan perang senjata untuk menentang komunisma dan sosialisma Soviet Union dan China.Bagaimanapun pragmatisme dalam pengisian kemerdekaan dan kebijaksanan kepimpinan Melayu telah membolehkan Malaysia dengan kekuatan ekonominya berperanan sebagai negara bebas dan bermaruah sekalipun terus terikat dengan Barat dalam kerjasama keselamatan dari era menentang komunisme hingga Islamisme militan sekarang ini.Memberikan kekuatan kepada Malaya dan Malaysia dari awal lagi ialah dasar pintu terbukanya, amalan pasaran bebas dalam konsep kapitalisme Barat sejak merdeka berbanding dengan negara negara Asia Africa lainnya yang bersama dengan Soviet Union dan China Komunis mengamalkan dasar pintu tertutup sistem sosialis dan komunis . Keruntuhan komunisme telah meletakan negara pergantungan mereka dalam keadaan menyerah kalah kepada kuasa Barat untuk survival. Contoh terdekat adalah Indonesia.
Walaupun komunisme dan sosialisme telah kalah tetapi kebenarannya tegak sekarang. Doktrin mereka bahawa Blog Barat yang dikepalai oleh Amerika Syarikat bermatlamat menjajah seluruh dunia, memeras,menindas dan mengexploitasi negara negara sedang membangun menerusi new colonialisme dan capitalism ternyata benar sekarang.
Mimpi surga kebebasan dalam sebuah dunia demokrasi yang dijanjikan oleh Amerika Syarikat dengan penghapusan komunisme ternyata palsu. Malaysia sendiri tersandar pada kenyataan lari dari mulut naga masuk ke mulut buaya. AS bersama kuncu kuncunya melakukan pembunuhan dengan kejam atas nama demokrasi , menyekat kemerdekaan Palestin, menawan Iraq,menceroboh negara negara Afrika, menghisap kekayaan negara negara Arab dan menjadi polis dunia.Dalam hubungan ini ,konklusi mudah boleh dibuat iaitu perjuangan nasionalis kiri tanah air seperti Ibrahim Yaacob,Ishak Haji Muhamad(Pak Sako),Dr.Burhanuddin Hilmi,Ahmad Boestamam,Shamsiah Fakeh ,Khatijah Sidik ,Kassim Ahmad,Said Zahari,A.Samad Ismail dan lain lain adalah benar. Benar kata mereka AS adalah imperialis.
Sukarno juga benar.Parti Komunis Malaya(PKM) juga benar ,Chin Peng juga benar.Parti Komunis Indonesia juga benar.
Kita sekarang berada dalam dunia yang mereka takutkan kita sebelom ini. Suara mereka yang dianggap rhethoric sebelum ini adalah suara kebenaran hari ini. Mereka telah berjuang dengan ikhlas dan jujur,sanggup keluar masuk penjara, membawa senjata dalam hutan rimba dan sanggup mati.Bagaimanapun kita tidak harus terbawa dalam sentimen perhitungan ini. Sekiranya perjuangan nasionalis kiri Melayu berjaya di Malaya maka apakah orang Melayu akan mendapat tempat yang sewajarnya , apakah orang Melayu akan men jadi Perdana Menteri?
Perhitungan Almarhum Tunku Abdulrahman Putra Perdana Menteri pertama Malaysia ialah kita akan berada dibawah penjajahan China Komunis.Maka itu beliau memutuskan untuk bersama British dari sejak awal kemerdekaan demi untuk keselamatan Melayu.
Ini berasaskan kedudukan orang Melayu pada masa itu miskin dan mundur, jauh ketinggalan dibidang pelajaran, tanpa kepakaran sains dan teknologi , tanpa kekuatan senjata. Dalam keadaan ini Malaysia dan Indonesia dan lain lain negara di Asia dan Afrika pastinya berada di dibawah telunjuk Soviet Union atau China Komunis yang telah jauh kehadapan sebagai kuasa nuklear.
Malaya tentunya berada dibawah China Komunis kerana PKM adalah sayap kepada Parti Komunis China . Rakyat Malaya akan berada di bawah kongkongan dan penindasan komunisme China yang percaya kepada pemusatan kuasa tanpa demokrasi ,tanpa hak bagi rakyat menjalankan perniagaan sendiri dan semuanya adalah milik negara.Chin Peng pastinya Perdana Menteri kita dan bukannya Pak Sako atau Ahmad Boestamam.
Dengan menjalankan dasar kapitalisme dan pasaran bebas Barat , UMNO telah membangunkan orang Melayu untuk bersaing. Dalam masa lebih lima puluh tahun merdeka , orang Melayu yang berasal dari kaum nelayan dan petani yang miskin telah bertukar menjadi orang terpelajar, golongan profesional yang menjalankan TV stesen , universiti, hospital, institusi kewangan dan bank disamping mengisi apa juga ruangan pekerjaaan yang dulunya hanya diisi oleh orang Cina dan India.
Kejayaan Malaysia menerusi dasar perniagaan bebas dalam konsep kapitalisme Barat ini tanpa mengorbankan indentiti bangsa dan agama sebaliknya mengangkat maruah bangsa dan agama tidak menyenangkan Barat terutama Amerika Syarikat yang melihat Islamisme berkembang bersama nasionalisme yang akan menyukarkan Malaysia menjadi "Pak Turut" seperti Singapura yang kesabatian dalam sistem globalisai AS.
Barat telah menentang Dasar Ekonomi Baru sejak diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia kedua Tun Abdul Razak dan lain lain keistimewaan kepada Melayu dan Islam tetapi kepimpinan Malaysia yang padu ,bijak,tegas dan berani telah menggagalkan berbagai usaha dan serangan berterusan media Barat sejak lebih tiga puluh tahun lalu yang bertujuan untuk merosakan imej dan ekonomi negara Malaysia.
Namun apabila sahaja mereka dapat menciumi kelemahan kepimpinan negara dan terdedahnya kerapuhan perpaduan rakyat yang tersembunyi dan terpendam selama ini maka Barat dengan pantas menyerapkan anasir anasirnya menerusi media tanah air di bawah dasar liberalisme yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Sri Abdullah Badawi.
Dasar ini yang meruntuhkan kekuatan kepimpinan UMNO dalam pilihanraya Mac lalu telah membuka pagar tidak sahaja kepada anasir anasir asing tetapi juga kepada pendendam politik,penggila kuasa dan gulongan yang tidak matang untuk menyokong secara sedar atau tanpa sedar dasar globalisasi Amerika Syarikat .
Kita semua terperangkap dalam keadaan ini sekarang termasuk orang sosialis dan Islamis.
Kita tidak penah terfikir seorang pejuang rakyat, nasionalis dan sosialis seperti Syed Hussin Ali akan terlibat bersekongkong dengan boneka Amerika. Dia lah yang paling kuat berteriak anti kapitalisme dan imperialisme tetapi dia sekarang berada dalam kumpulan yang terang terangan disokong oleh AS.Pas sebuah parti yang diasaskan oleh nasionalis Melayu dan ulama bersekongkong dengan DAP yang meneruskan perjuangan Malaysian Malaysia warisan Singapura semasa dalam Malaysia bertujuan untuk menghapuskan Raja Raja Melayu dan hak keistemewaan orang Melayu dan kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi negara.
UMNO sebuah parti nasionalis Melayu telah tunduk kepada dasar demokrasi,kebebasan,ketulusan dan keterbukaan Barat yang telah menyebabkan runtuhnnya kepercayaan rakyat Melayu dan bukan Melayu kepada kepimpinan Melayu.
Dibawah dasar ini , Melayu bimbang akan kehilangan hak dan bukan Melayu tetap merasa tidak cukup dengan kebebasan yang diberikan. Akibatnya tunggak negara yang diasaskan oleh Tun Abdul Razak selepas perisitwa 13 Mei terumbang ambing dalam ketidakstabilan UMNO .Dalam suasana ini ,anak anak Cina yang berpotensi yang telah dilatih di Taiwan untuk menjalankan peranan menerusi media bagi melumpuhkan prinsip dan dasar dasar negara yang mengikat perpaduan rakyat selama ini telah diarah pulang ketanah air . Jika pembangkang tidak menang besar dalam pilihanraya lalu,mereka tidak akan pulang.
Diantaranya ialah Wee Meng Chee(gambar disebelah) yang lebih dikenali sebagai Namewee. Beliau telah menimbulkan kemarahan rakyat negara ini dengan menyindir orang Melayu dan agama Islam dalam lagu" Negarakuku "yang digubahnya semula dalam rentak rap dan disiarkan menerusi laman YouTube.Beliau adalah graduan dari Universiti Ming Chuan Taiwan dalam Pengajian Komunikasi Massa.Akhbar akhbar berbahasa Cina dan juga The Star sedang dalam peringkat mempromosikan Namewee sebagai penentang kerajaan yang berani. Kehadhirannya di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman baru baru ini untuk soalsiasat telah digambarkan oleh akhbar akhbar itu sebagai seorang yang bersemangat tinggi . Bapanya telah memberikan isyarat kemenangan
DAP mencela polis kerana memanggil Wee dan menuduh MCA tidak mempertahankannya pada hal MCA lah yang telah menjalankan usaha untuk menyelamatkan Wee dengan menemui ibubapanya supaya memujuknya meminta maaf.
Dengan tekanan dari DAP, MCA dan juga Gerakan akan bersuara senada dengan DAP atau lebih dari itu kerana parti parti Cina di Malaysia sekarang percaya survival mereka bergantung kepada mengapikan chauvinisma Cina.
Di belakang Wee,di belakang DAP ,di belakang PKR dan Pakatan Pembangkang dan di belakang Abdullah Badawi , Khairy Jamaluddin dan Kalimullah sekarang berdiri orang orang Amerika Syarikat yang tidak kelihatan tangannya.
Apakah kita rakyat Malaysia yang tidak berkepentingan dan hanya pentingkan kehormatan bangsa,agama dan negara mahu menyerah kalah.
Apakah kita hanya sekadar boleh berteriak:
DOWN WITH AMERIKA !
DOWN WITH YANKEE!.
Sebenarnya kita boleh berbuat sesuatu yang lebih berkesan. Ikutilah Maharaja Blogger dalam langkah seterusnya untuk memerangi kuasa yang paling ganas dan paling kejam di dunia sekarang: Amerika Syarikat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
If they didn't learn from History we felt very sorry for them.
please fellows Malaysians " BERTAUBAT"
Post a Comment