Oleh: Pemikir Negara
Penangkapan tiga orang termasuklah pemberita akhbar Cina Tempatan, Ahli Parlimen Seputeh dan blogger di bawah ISA adalah pendekatan positif. Mereka bertiga ini ditahan kerana Kerajaan berminat untuk mengetahui motif tindakan masing-masing. Kegiatan mereka sebelum ditahan dianggap oleh rakyat sangat tidak berkepentingan kepada keselamatan dan ketenteraman awam.
ISA atau Akta Keselamatan Dalam Negeri dipakai jika perlu. Ia bertujuan untuk mengelakkan atau preempt daripada berlaku sesuatu yang boleh membawa kepada kucar-kacir dan menjejas ketenteraman awam. ISA telah membantu pihak keselamatan melawan kemaraan komunis Parti Malaya untuk menakluk Malaysia secara kekerasan. Ia juga membantu mengamankan keadaan semasa insiden berdarah 13 Mei 1969. Penahanan ketiga-tiga orang ini adalah untuk menjaga keselamatan mereka-mereka itu dari di apa-apakan oleh elemen-elemen yang marah kepada mereka.
ISA ini juga digunapakai di Singapura, Brunei, United Kingdom dan Amerika Syarikat bersesuaian dengan keperluan dan persekitaran. Filipina, Indonesia, Thailand menggunakan undang-undang jenayah untuk menangani masalah keselamatan dan ketenteraman awam. Mereka yang ditemui menganggap bahawa Akta seperti ini sangat diperlukan di Thailand dan Filipina untuk membanteras kegiatan-kegiatan bersenjata yang melampau di kawasan negara masing-masing. Undang-undang jenayah tidak boleh mengatasi masalah yang dihadapi oleh Bangkok di selatan Thailand di mana tiap-tiap hari berlaku kematian akibat penembakan-penembakan. Situasi ini juga berlaku di selatan Filipina di mana pihak Manila tidak berkemampuan langsung untuk membanteras keganasan oleh puak-puak tertentu sejak awal 1970 hingga sekarang.
Bagi Malaysia, ISA ini dipakai jika perlu. Justeru, Malaysia dapat mengawal keadaan dari tercetusnya masalah yang lebih luas dan merugikan semua pihak.
Wira berpendapat bahawa rakyat tidak terhad untuk mengkritik ISA kerana mereka tidak mengetahui keadaan sebenarnya yang dihadapi oleh negara. Namun rakyat perlu ingat bahawa Kerajaan Barisan Nasional mempunyai tanggungjawab untuk memastikan wujud keamanan dan ketenteraman awam. Maka dengan itu, apa yang dibuat oleh Kerajaan bersabit dengan ISA adalah sebenarnya untuk memastikan kehidupan rakyat sentiasa selamat dan tiap rakyat boleh tidur dengan nyenyaknya tiap malam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment