Oleh: Pemikir Negara
Kes Anwar Ibrahim meliwat pembantunya timbul lagi di mahkamah Sesyen kali ini. Mahkamah memutuskan bahawa kes dipindah ke Mahkamah Tinggi.
MP Permatang Pauh yang terlibat dengan kes ini pasti menghadapi cabaran-cabaran yang tidak menentu, pertamanya, tidak melaksanakan tugasnya sebagai MP di kawasan. Sejak menjadi MP Ogos 2008 beliau menghabiskan masa menghentam dan cuba mengganggu perjalanan Kerajaan Barisan Nasional dengan cara liar yang bertentangan demokrasi berparlimen.
Pada bulan Ramadhan ini adalah digalakkan semua umat Muhammad (s.a.w) beramal dan mendekati Allah. Bagi orang-orang Islam yang normal mereka akan bertungkus-lumus cuba mendapatkan kredit untuk Allah. Siang dan malam memuji kebesaran Allah. MP Permatang Pauh buat sebaliknya mengacau dan cuba memporak-perandakan Ramadhan yang indah ini. Alangkah baiknya jika MP ini berikhtikaf dalam masjid daripada membuat kerja politik yang bukan-bukan dan tidak disenangi oleh kawan-kawannya sendiri dalam PAS, DAP dan PKR.
Pada 7 Oktober 2008, selepas Hari Raya kes beliau akan timbul lagi dan ini tidak dapat dielakkan kerana kes ini agak serius dari segi undang-undang jenayah dan juga syariah. Beliau bebas dengan jaminan peribadi dengan RM20,000.
MP-MP Pakatan Rakyat kelihatan tidak berwibawa kerana ada yang didakwa kerana meliwat dan ada juga ditahan di bawah ISA kerana membahayakan ketenteraman awam.
Wira berpendapat bahawa Pakatan Rakyat elok kaji semula pendirian politiknya yang pada masa ini kelihatan berkecamuk dan tidak berpedoman. Adalah diminta Ustaz Nik Aziz, Ustaz Hadi Awang, Lim Kit Siang dan Karpal Singh mengaudit prestasi buruk Pakatan Rakyat yang mula dibenci oleh pengundi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment