Tuesday, September 9, 2008

16 Sept. 2008: Pembohongan Anwar Kepada Rakyat

Oleh: Tulip Desa

Nampaknya DSAI masih terus mencari katak-katak yang akan menjadi mangsa tipu muslihatnya untuk melompat ke Pakatan Rakyat. Tetapi perlu diingat, katak-katak yang diburunya bukan terdiri daripada yang tamak kuasa dan wang tetapi yang setia dengan BN untuk memperjuangkan dan membela nasib rakyat. Dikatakan tiga orang kanan DSAI paling sibuk dan tidak jemu untuk mencuba nasib memancing MP-MP BN supaya beralih arah. Tulip merasakan DSAI seakan takut dengan tarikh 16 Sept. 2008 yang sering menghantuinya sehinggakan beliau umpama seekor harimau tua yang sudah tidak mampu memburu mangsanya. Adakah mimpi DSAI untuk membentuk Kerajaan baru Malaysia akan tercapai atau sekadar omongan kosong sahaja?
Banyak sms yang mengulas tarikh 16 Sepetmber 2008 yang mengatakan akan berlaku perkara yang di luar dugaan. Antaranya adalah:-
1. Pada 5 September 2008 MP daripada Sabah dan Sarawak akan isytihar keluar daripada Barisan Nasional. 7 parti komponen BN mengadakan sidang akhbar untuk mengumumkan keluar daripada BN.
2. 6 September : Semua komponen BN dari Semenanjung akan keluar BN kecuali MCA dan MIC
3. 7 September jika menurut SMS itu, 10 orang ahli parlimen BN akan umum pindah kerusi kepada PKR
4. 8 September : Lima menteri BN letak jawatan.
5. 9 September: Sidang tergempar Parlimen dipanggil.

Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya, sehingga kini tiada satu MP pun yang melompat parti. Ternyata perang saraf yang digunakan oleh DSAI tidak berjaya. MP-MP Barisan Nasional sudah mual dengan pembohongan yang disebarkan oleh DSAI untuk mempengaruhi rakyat. Kini DSAI berada dalam kebingungan mencari jalan untuk merealisasikan impian yang telah diuar-uarkan kepada rakyat Malaysia dan juga negara jiran Indonesia. Kita sama-sama nantikan apakah alasan yang hendak direkanya untuk menutup malu. Yang pasti, yang terdesak dan tertekan bukannya Barisan Nasional tetapi DSAI yang selalu berilusi dengan angan-angannya yang mustahil untuk dicapai.

No comments: