Tuesday, September 23, 2008

Race Relations Act Perlu Penelitian Objektif

Oleh: Pemikir Negara

Kini rakyat heboh membincangkan perpaduan, Kerajaan sudah prihatin kepada perpaduan ini sehingga mengujudkan suatu masa dahulu mengwujudkan Jabatan Perpaduan mempunyai tujuan dan skop tugas untuk memupuk keharmonian rakyat dalam negara yang berbilang bangsa. Kini, perpaduan digabung di bawah Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian Dan Warisan.

Negara maju seperti Malaysia perlu memastikan bahawa rakyatnya sentiasa berpadu supaya Kerajaan dapat bergerak dengan mantap. Negara yang tidak mempunyai perpaduan kaum, pasti menghadapi masalah yang boleh mencetuskan pergaduhan antara kaum. Rakyat mungkin ingat kepada insiden Mei 13 1969, Kampung Medan dan beberapa lagi insiden yang tidak diingini.

Malaysia perlu mencari penyelesaian yang berkekalan dalam menangani isu perkauman. Ini termasuklah menggunakan pendekatan pentadbiran dan juga NGO untuk memupuk perpaduan. Kementerian berkaitan perlu proaktif mengemukakan syor-syor mantap yang boleh dilaksanakan dalam situasi semasa. Sebagai contoh, perpaduan dijadikan perkara dalam silibus pendidikan di sekolah-sekolah rendah sehingga ke tahap pengajian tinggi.

Media juga boleh memainkan peranan positif dalam mengukuhkan perpaduan rakyat. Rakyat perlu didedahkan pada realiti hidup harmoni dalam masyarakat majmuk. Mereka perlu tahu bahawa krisis kaum tidak menguntungkan mana-mana pihak jua. Syor untuk mengadakan undang-undang hubungan antara kaum atau Race Relations Act adalah satu yang logikal tetapi perlu perbincangan seimbang melibatkan semua pihak. Setengah pemerhati politik berpendapat bahawa akta demikian, boleh meningkatkan ketegangan kaum kerana ia memberi ruang untuk bangsa lain mempertikaikan hak istimewa Orang Melayu, sosial kontrak, DEB dan lain-lain. Mereka menganggapkan ini satu lagi platform yang boleh mempertikaikan status Orang Melayu dan sekaligus melemahkan lagi mereka.

Ada yang berpendapat bahawa Akta ini hanya mengesahkan bahawa Malaysia sedang menghadapi masalah perpaduan yang kritikal dan ini boleh menjejas pelabur-pelabur asing dari melabur di sini.

Wira berpendapat bahawa pandangan-pandangan pengkritik Akta ini perlu dilihat secara objektif supaya Orang Melayu tidak terus menghadapi penghakisan status satu demi satu.

No comments: