Friday, September 26, 2008

MP SEPUTEH ELOK KE NEGERI CHINA KAJI PEMIKIRAN ORANG MANDARIN

oleh: Pemikir

MP Seputeh ditahan di bawah ISA bukan untuk tujuan melihat kedudukan makanan di pusat penahanan. Beliau ditahan kerana melakukan sesuatu yang dianggap tidak sesuai oleh kaum Islam. Beliau sibuk hendak menghentikan azan di masjid di Selangor.

Kegiatan beliau ini tidak sensitif kepada perasaan orang-orang Islam. Orang-orang Cina dan India termasuk Melayu perlu faham bahawa isu makanan tidak timbul dalam kes ini. Kita jangan lari dari tujuan sebenar yang melibatkan Teresa Kok ditahan.

Beliau telah menjadikan isu makanan untuk mengalihkan sensitiviti orang Cina bahawa beliau kononnya membuat sesuatu yang baik. Tetapi beliau ini melampaui batas apabila menyentuh hati sanubari orang-orang Melayu.

Sebagai MP dan juga ahli exco Selangor, beliau ini perlu lihat samada apa yang beliau lakukan itu adalah rasional. Sejak 50 tahun, tiada MP-MP Melayu cuba membuat seperti Teresa Kok iaitu memberi arahan-arahan kepada Jawatankuasa-Jawatankuasa kuil atau tokong. Orang-orang BN mendekati perkara ini secara baik atau melalui saluran pentadbiran.

Pemerhati berpendapat bahawa Teresa Kok masih tidak matang sebagai MP. Beliau perlu pergi melihat ahli-ahli parti komunis di negara Republik China yang tua-tua belaka tetapi bijaksana. Eloklah Teresa Kok belajar dari orang-orang Mandarin di Beijing terlebih dahulu dengan adab-adab tua Cina yang suatu masa dahulu adalah halus. Sedangkan orang Islam pun digalakkan oleh Nabi Muhammad S.A.W untuk menuntut ilmu sehingga sampai ke negeri China.

Diingatkan supaya MP Seputeh jangan suka hentam kromo seperti perangai-perangai ahli-ahli DAP dan PKR di Perak.

No comments: