Monday, September 8, 2008

ANWAR TAK BOLEH JADI PERDANA MENTERI

Oleh: Pemikir
Anwar Ibrahim tidak boleh menjadi Perdana Menteri pada 16 September 2008 walaupun pihak PKR memperolehi bilangan ahli Parlimen yang mencukupi bagi membolehkan undi tidak percaya kepada Perdana Menteri di Parlimen. Jawatan Perdana Menteri adalah di bawah kuasa Yang Di Pertuan Agong .Jawatan berkenaan ialah eksekutif. Maka terpulang pada budi bicara Yang Di Pertuan Agong untuk melantik sesiapa sahaja dalam kalangan parti yang mendapat majoriti atau sesiapa sahaja dalam kalangan Barisan Nasional. Atau Yang Di Pertuan Agong dengan kuasanya mengisytiharkan darurat, sesiapa yang melakukan huru-hara boleh ditangkap dan dipenjarakan.
Pendek kata, Anwar atau PKR seluruhnya tak payah berangan-angan kerana banyak halangannya bagi membolehkan Anwar menjadi PM dari segi peruntukan undang-undang dan kuasa mutlak eksekutif yang termaktub dalam perlembagaan. Saya penuh yakin bahawa anwar tidak boleh menjadi PM walaupun seminit. Yang boleh hanya menjadi penghuni penjara. Saya ulangi melantik PM di bawah kuasa Agong. Melantik MB atau Ketua Menteri adalah di bawah kuasa Raja-Raja. Contoh renung balik peristiwa yang berlaku pada Terengganu, Perlis dan Perak baru-baru ini.

No comments: