Tuesday, September 2, 2008

JANGAN BUAT SESUKA HATI SAJA...

Oleh Awang Selamat

WAJARKAH 16 September yang merupakan hari ulang tahun penubuhan Malaysia, diisytiharkan cuti umum?
Awang lontarkan pertanyaan ini berikutan cadangan Penasihat PKR, Anwar Ibrahim yang mahukan lima negeri pembangkang berbuat demikian.

Rasanya tidak salah untuk sesiapa sahaja termasuk Anwar mengemukakan cadangan yang popular seperti itu.
Pada Awang, ketika negara menuntut produktiviti yang tinggi bagi mencapai taraf negara maju pada 2020, cuti bukanlah penyelesaian kepada segala-galanya.

Yang lebih penting ialah pengisian dan memperhebatkan kesedaran rakyat terhadap signifikan 16 September.

Sebagai negara membangun, kita sudah menikmati begitu banyak cuti umum termasuk untuk ketiga-tiga perayaan kaum dan agama. Lagipun 31 Ogos sempena sambutan hari kemerdekaan, sudah diberikan cuti.

Mungkin cadangan Anwar sekadar muslihat mahu ‘mengubat hati’ rakyat kerana peluang beliau untuk membentuk kerajaan pada 16 September ini seperti yang dicanangkan, makin tipis.

Nasihat Awang kepada Anwar supaya jangan terlalu yakin dan usahlah gundah jika apa yang dirancang tidak kesampaian.

Awang – Jawatan bukan segalanya.

No comments: