Oleh Pemikir Negara
Nizar Jamaludin, MB Pas yang diperalatkan oleh DAP. Kami sedang memerhatimu. Jangan lari daripada tanggungjawab untuk membela bangsa Melayu.
Jangan kamu agih-agihkan tanah Melayu di Perak kepada kaum lain kerana terlalu mengikut telunjuk DAP terutama "pasukan bapa dan anak saudara" yang memainkan peranan mereka. Malah anak saudara itu mempersoalkan mengapa kerajaan Negeri Perak memberi tanah kepada institusi pengajian Islam pada tahun sebelum ini.
Apa hak anak saudara itu bertanyakan pemberian tanah itu?
Nizar, kami sedang memerhatimu apa yang kamu lakukan selama ini, terutama menjadi boneka DAP yang terang-terang ingin merampas tanah di negeri Perak. Kini mereka menyerahkan kepada rakan-rakan mereka yang berselindung di sebalik sekolah Cina. Banyak tanah yang diberikan itu.
Kami tahu bagaimana DAP sudah mula masuk ke SEDC dan Agensi Pertanian Perak dengan memastikan semuanya menguntungkan mereka. Nizar, ingatlah apa yang kamu lakukan sekarang akan dipersoalkan oleh bangsa Melayu pada masa akan datang.
Nizar, kamu sebagai pemimpin PAS dan penjual durian sambilan ketika dulu perlu mengingatkan tuhan dalam menjalankan tugas-tugas kamu di Perak. Kami sedang memerhatimu dengan tindakan mengikut telunjuk DAP.
Ingat Nizar, kami sedang memerhatimu. Kami juga memerhati gerak-gerik bapa dan anak saudara yang mahu menimbulkan pelbagai persoalan termasuk isu perkauman semata-mata mahu meraih undi bukan Melayu. Kami juga sedang memerhati kamu berdua.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment