Wednesday, September 24, 2008

MP Seputeh Kebudak-Budakkan Dan Cuba Jadi Heroin PR

Oleh: Pemikir Negara

Sejak MP Seputeh merangkap DUN Selangor dibebaskan daripada penahanan ISA, beliau ini sibuk menegak benang yang basah terutamanya beliau tidak mendapat layanan yang baik khususnya makanan semasa ditahan. Nampak sangat MP ini lebih mementingkan makanan atau perut daripada perkara-perkara nasional.

Sedarkah beliau bahawa penahanannya adalah kerana menyentuh agama Islam termasuklah masjid-masjid tidak dibenarkan menguatkan azan. Jelas walaupun beliau dilahir dan dibesarkan di Malaysia tetapi masih mempunyai minda kelas tiga iaitu umpama katak di bawah tempurung. Beliau tidak sensitif kepada persekitaran dimana masyarakat Malaysia bebas beragama.

Sepatutnya penahanan ini, adalah untuk membolehkan beliau merenung apa yang patut beliau lakukan sebagai MP atau ahli DUN secara normal dan bertanggungjawab. Walaupun beliau telah memecah rekod mendapat undi terbanyak di Parlimen Seputeh, ini bukan satu pasport untuk beliau berlaku sombong dan mendabik dada cuba menjadi heroin untuk tujuan yang tidak menguntungkan semua pihak.

Sahabat Cina saya memberitahu bahawa adalah tidak elok sekiranya seseorang itu telah dipenjara atau ditahan. Dia kata Swei bagi MP itu. Kini MP Seputeh hendak memberitahu pengundi-pengundi Cina bahawa dia ditahan bukan kerana beliau bersikap seperti samseng, rakus dan keterlaluan yang boleh membawa orang Melayu meradang. Dia cuba lari daripada kes penahanan beliau dengan cara mengutuk Kerajaan dan polis.

Pemerhati ingin menasihatkan Teresa Kok supaya jangan bersikap samseng sebagai MP. Rakyat Malaysia atau pengundi-pengundi memerhati sikap MP ini. Eloklah MP ini kaji bagaimana MP-MP wanita di negara barat bertugas mendampingi pengundi-pengundi dengan penuh hormat dan sikap rendah diri.Pemimpin-pemimpin PAS dan PKR perlu tegur sikap rakan mereka dari DAP ini kerana apa yang dipamerkan oleh Teresa Kok ini pasti menjejas secara menyeluruh keburukan yang terdapat dalam Pakatan Rakyat.

No comments: