Oleh: Pemikir Negara
Malaysia adalah satu negara demokratik yang mengamalkan sistem berparlimen sejak merdeka lagi. Pemimpin-pemimpinnya dipilih oleh rakyat setiap lima tahun. Politik demikian telah menjadi Malaysia aman dan disukai oleh pelabur-pelabur asing.
Dalam proses untuk terus menuju ke puncak kemajuan, Malaysia tidak sepi daripada gangguan-gangguan dalaman dan luaran, tambah lagi negara ini adalah berbilang kaum. Kerajaan Barisan Nasional dapat menghadapi gangguan-gangguan sejak merdeka.
Namun, ada yang masih suka melihat Malaysia kucar-kacir kerana sebab-sebab yang sukar difahami. Kenapa mereka perlu membuat sesuatu yang tidak berkepentingan dengan cara yang tidak demokratik? Peganggu-penganggu atau penyangak-penyangak antinasional tidak boleh dibiarkan bermaharajalela dan ini termasuklah bloggers yang tidak patriotik mempertahankan negara.
Berita penahanan blogger Malaysia Today oleh Kerajaan di Kamunting selama dua tahun adalah satu yang berasas dan wajar demi menjaga ketenteraman awam. Rakyat berasa lega apabila berita ini disiarkan oleh Utusan Malaysia. Apabila seseorang itu sudah melampaui batas dalam sebarannya, kita perlu bertindak. Disini penggunaan ISA sangat tepat dan penahanan blogger ini perlu menjadi amaran kepada blogger-blogger lain yang bersikap liar sehingga boleh mencetuskan kemarahan rakyat.
Wira mengucapkan syabas kepada Menteri Dalam Negeri kerana tegas dan berani menjalankan kewajipan demi keselamatan dan ketenteraman negara.
Tuesday, September 23, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment