Monday, September 8, 2008

ANWAR IBRAHIM MASIH BERMIMPI

oleh: mustikacitra-indah

16 September yang kelam! Itulah yang dapat Mustika simpulkan daripada apa yang Mustika teliti, lihat dan dengar tentang angan-angan PKR untuk menggantikan kerajaan dan kepimpinan yang sedia ada di Malaysia dengan dakwaan kononnya mereka akan dapat memerintah hasil dari Ahli Parlimen yang lompat parti.

Memungkinkan angan-angan ini menjadi satu kenyataan adalah mustahil sama sekali. Berkali-kali kita mendengar dan menonton di kaca-kaca televisyen mengenai pengesahan dan pengakuan Ahli Parlimen yang didakwa akan melompat parti dari BN kepada Pakatan Rakyat. Mereka dengan tegas mendakwa itu hanyalah omong kosong Anwar Ibrahim, tidak terlintas di fikiran mereka untuk berbuat demikian, malah mereka juga tidak sanggup menggadaikan maruah diri, rakyat dan negara semata-mata kerana kepentingan politik individu yang bernama Anwar Ibrahim. Budaya lompat-melompat parti bukanlah budaya mereka dan berkali-kali juga mereka menyanggah dan menyangkal dakwaan tersebut.

Terbaru, Lim Kit Siang sendiri telah menyatakan pendirian DAP bahawa mereka tidak akan menerima mana-mana Ahli Parlimen yang lompat parti. Terserlah sekarang bahawa apa yang didakwa Anwar Ibrahim adalah palsu dan bertentangan dengan pendirian DAP sendiri yang merupakan teman sehati sejiwa Anwar.

Apa motif utama Anwar? Tidak lain dari hanya ingin menutup pandangan umum daripada kesalahan peribadinya sendiri. Alahai Anwar...... Sudah terang lagi bersuluh mana boleh diselubung lagi. Ibarat katil sudah reput, bantal sudah hilang empuknya, selimut sudah koyak rabak dan kelambu pula berlubang sana-sini tetapi Anwar Ibrahim masih bermimpi di siang hari. Biarlah Anwar masih bermimpi, yang penting kita tetap bersatu hati dan setia pada agama, bangsa dan negara.

No comments: