Monday, April 20, 2009

YAKINLAH...... "SATU MALAYSIA"- SIRI KE-5

Konsep ini menjadi agenda utama kepada semua pemimpin negara tanpa mengira Kementerian, Jabatan mana mereka berada, ianya juga menjadi gagasan kepada semua peringkat berteraskan kecemerlangan berpaksikan kepada rakyat di semua peringkat supaya menggorak langkah sedaya upaya bagi mencapai Wawasan 2020 yang telah diilhamkan oleh bapa Pemodenan Negara Tun Dr. Mahathir Mohamad.

2. ”Satu Malaysia” merupakan satu kesinambungan konsep 2 bekas Perdana Menteri iaitu Tun Abd. Razak dan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang ingin menjadikan Malaysia sebuah negara maju. Hasrat dan cita-cita 2 orang bekas Perdana Menteri diterjemahkan oleh YAB Datuk Seri Mohamad Najib.

3. Bagi menjaya hasrat YAB Perdana Menteri masyarakat di semua peringkat perlu bertanggungjawab melaksanakan segala dasar-dasar yang telah diperkenalkan oleh negara seperti bersih dalam melaksanakan pengurusan pentadbiran, manjauhi rasuah, kerenah birokrasi, mementingkan diri dan keluarga iatu kepentingan rakyat diutamakan.

4, Konsep ”Satu Malaysia” bermaksud setiap individu hendaklah bertanggungjawab melaksanakannya dengan
cekap dan amanah tanpa menoleh ke belakang tanpa mempersoalkan asal usul bahagian yang diperolehi kerana semua rakyat Malaysia.

5. Yakinlah, menjayakan konsep ”Satu Malaysia” merupakan jihad. Setiap daripada kita perlu berusaha bersungguh-sungguh menjayakan konsep ini kerana ianya merupakan fardhu kifayah kepada setiap individu dalam negara.

6. Kecemerlangan sebuah negara hasil usaha gigih warganegaranya setiap insan di mana mereka berada perlu melaksanakan tanggunjawab dengan penuh jujur ikhlas dan rendah hati. Contoh jika seorang Pensyarah di Pusat Pengajian Tinggi semestinya jika ingin mencapai kecemerlangan yang pastinya hendaklah melaksanakan tugas beliau sebagai seorang Pensyarah dengan penuh jujur dan ikhlas terhadap mahasiswa dan mahasiswi dalam kuliahnya. Begitu juga dengan lain-lain pekerjaan semuanya memerlukan keikhlasan, jika ini dapat dilakukan pasti konsep ”Satu Malaysia” akan tercapai dalam jangka masa yang telah ditetapkan iaitu tahun 2020.

Sumber : http://tingkat-6.blogspot.com/

No comments: