Wednesday, April 22, 2009
TAHNIAH. YB DATO' SERI HISHAMUDDIN, MENTERI KDN
OLEH : PEMIKIR JASA
Perlantikan YB Dato' Seri Hishamuddin bin Tun Hussein sebagai Menteri Dalam Negeri kepada Kementerian Dalam Negeri dalam kabinet baru merupakan satu pilihan sangat tepat oleh YAB Dato' Sri Najib Tun Abd. Razak, Perdana Menteri Malaysia.
Berlatarbelakangkan pengalaman yang sungguh banyak dalam kabinet, kita yakin bahawa YB menteri, MP kawasan parlimen Semberong, akan dapat memberi khidmat mantap bersesuaian dengan keperluan dan aspirasi kerajaan BN/UMNO. Beliau seperti menteri-menteri sebelum ini pasti menghadapi cabaran-cabaran tugas yang dihadapi oleh kementerian, yangkian bertambah termasuklah isu ISA, Hindraf, PATI, dadah, keganasan, demonstrasi-demontrasi yang tidak bertanggungjawab oleh parti pembangkang, penyeludupan dan banyak lagi.
Dipercayai YB dengan dibantu oleh pentadbiran kementerian dan juga jabatan-jabatan seperti PDRM, JPN, Imigresen, AADK, Rela dan lain-lain lagi, kementerian YB Dato' Seri akan dapat menangani apa jua cabaran demi menjaga ketenteraman awam dan keselamatan dalam negeri yang bersempadan dengan 7 negara termasuk Thailand, Brunei, Indonesia, Cambodia, Vietnam, Singapura, Filipina.
Wira Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YB Dato' Seri di atas perlantikan ke kabinet disamping dipilih menjadi Naib Presiden UMNO Malaysia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
yupp ! setuju !
setuju !
Post a Comment