Oleh: ATH
Saya terpanggil untuk menyatakan mengenai kebimbangan saya dan orang-orang Melayu pada hari ini. Dahulu semasa era pentadbiran Allahyarham Tun Abdul Razak sebagai Perdana Menteri, negara berhadapan dengan tuntutan yang keterlaluan datangnya daripada orang bukan Melayu dan terbatas kepada hal-hal pelajaran dan ekonomi.
Tetapi situasi kebimbangan orang Melayu pada masa ini adalah lebih dahsyat dan parah kerana menyentuh Institusi Raja-Raja Melayu dan telah disemarakkan pula oleh orang-orang Melayu sendiri. Ada segolongan orang-orang Melayu sendiri yang ingin menjatuhkan institusi ini. Sungguh menyedihkan.
Dulu kita ada ramai pemimpin Melayu terbilang untuk disandarkan harapan. Malah kita ada Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mendapat gelaran Ultra Malay.
Kita ada akhbar Utusan Melayu dan wartawan nasionalis yang hebat.
Kini apakah barisan kepimpinan seperti dahulu itu masih ada untuk berdepan dengan DSAI dan PAS yang lebih liberal dan rela pula menjual Islamnya kepada orang bukan Islam hanya semata-mata kerana tamakkan kuasa.
Sesungguhnya saya benar-benar bimbang tentang nasib bangsa Melayu dan kesucian agama Islam. DSAI terang-terang telah meracuni pemikiran orang bukan Melayu sehinggakan mereka melihat UMNO seolah-olah tidak pernah berjasa rakyat dan negara. DSAI telah meracuni pemikiran anak-anak muda Melayu sehingga mereka sanggup mencerca Raja dan berjaya menanam budaya samseng serta ganas.
Ke mana kita selepas ini? Saya berdoa semoga kita akan menjadi lebih kuat. UMNO dan PAS perlu bersatu dan PKR perlu disisihkan. NGO Melayu perlu bangkit mempertahankan Institusi Raja dan masa depan orang-orang Melayu.

No comments:
Post a Comment