Tuesday, April 28, 2009

Perkhidmatan Awam Relevan Dulu dan Sekarang...YAB PM

Oleh: Pemikir

YAB Perdana Menteri dalam ucapan sulungnya pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-10 (MAPPA X) mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Y.A.Bhg. Tun Abdullah Ahmad Badawi kerana dapat menjalankan proses peralihan kuasa kepada YAB dengan baik dan jayanya. YAB juga mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Tan Sri KSN dan Tan Sri KPPA kerana berjaya mengadakan majlis yang dihadiri oleh begitu ramai pegawai-pegawai awam dari seluruh Malaysia. Kehadiran ini menunjukkan bahawa mereka bersama-sama akan merealisasikan cita-cita murni dan aspirasi kerajaan yang dipimpin oleh YAB Perdana Menteri dan ahli-ahli kabinetnya.
YAB Dato' Sri mengaku perkhidmatan awam merupakan tunjang kepada kekuatan kerajaan semenjak ditubuhkan lima dekad dahulu.

Semasa Malaysia menghadapi peristiwa berdarah pada 13 Mei 1969, Allahyarham Tun Abdul Razak telah dilantik sebagai Pengarah MAGERAN untuk menstabilkan dan memulihkan demokrasi. Proses ini telah dapat dizahirkan kerana dengan bantuan mantap yang diberi oleh perkhidmatan awam. YAB Dato' Sri tidak lupa kepada khidmat pegawai-pegawai tertinggi kerajaan yang telah lama bersara atau pergi, di atas khidmat mereka kepada negara ketika itu.

Kini bak kata pepatah sekali bah, sekali pantai berubah, maka perkhidmatan awam perlu memainkan tugas dan peranan yang berbeza supaya mereka bertambah relevan kepada pembangunan negara.

No comments: