Thursday, April 30, 2009

TAJDID

Perdana Menteri baru menyeru setiap lapisan masyarakat melakukan perubahan jika tidak kita akan ketinggalan atau akan ditinggalkan.

2. Dalam dunia ini, segala-galanya berubah dan tidak ada apa pun yang tidak berubah, semalam bukan lagi hari sebelumnya, dan hari ini bukan lagi semalam. Justeru, esok bukan lagi hari ini dan seterusnya lusa bukan lagi besok.

3. Dulu kita berumur satu hari, kini sudah berada sekolah rendah, menenggah, universiti, bekerja, bersara dari jawatan yang kita sandang. Hakikat ini boleh diterima pehak asalkan berfikiran waras.

4. Ahli falsafah pernah menyatakan meskipun anda mandi di tempat yang sama dalam sebuah kolam atau sebuah sungai yang berbeza air yang kamu gunakan pada hari ini bukan lagi air yang kamu guna semalam, begitu juga besok kamu akan menggunakan air yang berbeza kerana semua sudah pergi dan berlalu.

5. Begitulah dengan diri anda, hari ini bukan lagi diri anda semalam begitu juga anda besok bukan lagi anda hari ini, inilah dia erti perubahan sedar atau tidak perubahan tetap akan berlaku.

6. Justeru itulah umar Al-khayam pernah bersajak ”Seandai sudah berlalu, besok masih dalam cita-cita, hakikatnya hari ini” hanya mereka yang arif dalam bidang biologi sahaja yang dapat menjelaskan kepada kita hakikat ini.

7. Perubahan (Tajdid) adalah pembaharuan ianya mempunyai hubungan yang sangat rapat antara satu sama lain. Logiknya perubahan itu adalah pembaharuan kerana dalam pembaharuan apa yang berlaku atau apa yang terjadi yang lama pergi/hilang dan yang baru datang itu benar-benar baru atau sebaliknya. Apa yang penting, ia baru datang berbanding dengan yang telah pergi. Inilah yang saya maksudkan, hari ini Perdana Menteri baru dengan wawasan barunya, iaitu mengajak kita supaya berhijrah kerana di sebalik penghijrahan itu akan membawa kita kepada perubahan khususnya paradigma kita, pasti turut memikirkan mencari hala tuju baru bagi membina kehidupan yang lebih baik dari sebelumnya.

8. Perubahan merupakan sunnah alam dan sunnah kepada manusia itu sendiri. Bagimananpun sunnah alam bukan satu-satunya menjadi agen kepada perubahan makhluk, kerana alam juga merupakan kejadian Allah, atas dasar inilah perubahan, bererti sekadar berdasarkan sunnah alam, yang tidak banyak pengaruhnya terhadap makhluk sejagat berbanding apa yang dilakukan oleh manusia, semalam dan hari ini.

9. Tidak banyak yang berbeza, boleh jadi juga besok. Matahari pagi tidak banyak berbeza dengan matahari petang yang berbeza dari segi rasa panasnya sahaja ini pun dapat dirasai bagi anda yang biasa dengan alat-alat yang disediakan untuk melindunginya. Bagi orang biasa dengan perit matahari tiada bezanya. Jangan jadi begini, berubahlah mudah-mudahan kita akan mencapai matlamat untuk mencapai tahap negara maju tahun 2020.

10. Islam juga mengajak kita supaya mengislah diri ke arah yang lebih baik, iaitu menggalakkan umatnya supaya berubah dengan mengambil kira lumrah alam yang memerlukan Tajdid dalam semua perkara yang berkait rapat dengan kehidupan manusia seharian.

11. Perubahan tidak mungkin berlaku jika kita sendiri tidak mahu berubah. Tuhan tidak akan mengubah nasib seseorang itu, melainkan orang itu sendiri yang menggubahnya.

12. Apa jua yang kita lakukan merupakan tanggunjawab, justeru, kita sebagai anggota perkhidmatan awam perlu cepat berubah dari malas bekerja, lambat datang ke pejabat, sekarang perlu berubah ke arah datang awal, bersungguh-sungguh berusaha supaya seiring dengan negara yang sudah maju, kini kita hidup di zaman teknologi, dunia tanpa sempadan, apa sahaja yang kita mahu boleh diperolehi dalam jangka masa yang cepat untuk berubah mesti ada ikon, tambah nilai, memahami kehendak negara iaitu dengan mengutamakan kehendak rakyat dan disusuli dengan integriti. Jika ciri-ciri ini ujud dalam jiwa kita pasti perubahan akan berlaku, wawasan akan dapat dicapai bila tiba masanya.


MT
TINGKAT 6.COM

No comments: