Wednesday, April 29, 2009

PEGAWAI KERAJAAN MEMPUNYAI MINDA KELAS 1 SEBELUM OGOS 1957...TAN SRI KPPA

OLEH : PEMIKIR - MM

Dalam SIRI DIALOG, TV1, RTM pada 9 mlm, 28 April 2009 di antara Syed Munawar (RTM) dan Tan Sri Ismail Adam ,KPPA ,penonton dan pemanggil telefon berpeluang mengemukakan soalan-soalan. Antara soalan yang menarik ialah bagaimana perkhidmatan awam dapat mewujudkan keperluan minda kelas pertama bagi penjawat-penjawat awam.

Tan Sri KPPA berpendapat bahawa minda kelas pertama telah lama ada pada penjawat-penjawat awam semenjak 50 tahun dahulu lagi. pegawai-pegawai kerajaan ketika itu yang bertanggungjawab membantu pemimpin-pemimpin negara dalam proses membawa Malaya maju kehadapan selepas mencapai kemerdekaan pada Ogos 1957.

Ketika itu, dari rekod-rekod tersimpan di Arkib Negara dan juga di Kementerian Penerangan khususnya Perpustakaan RTM, terdapat banyak maklumat mengenai pegawai-pegawai kerajaan yang bertungkus lumus membuat segala persiapan sebelum dan selepas 31 Ogos 1957. Majoriti pegawai-pegawai tinggi ini yang sudah pun tiada lagi, merupakan graduan-graduan khususnya dari Universiti-universiti tersohor di UK. Mereka ini berkelulusan dalam bidang undang-undang, sains politik, perubatan dari universiti-universiti Britain spt Oxford, Cambridge, Wales, Nottingham,London DLL termasuk Australia.

Tan Sri KPPA memberitahu sesi dialog ini dan juga peminat-peminat RTM bahawa pegawai-pegawai ini yang berlatarbelakangkan pelbagai ilmu adalah dari bandar dan luar bandar termasuklah kampung-kampung yang belum mengenali modenisasi.

Pemerhati berpendapat semua negara didunia ini mempunyai pemimpin-pemimpin, pegawai-pegawai kerajaan mereka yang berminda kelas 1 sehinggakan tiap negara telah menikmati pembangunan yang berterusan pada setiap tahap sehingga memaparkan kemajuan yang sangat dinamis dalam kurun 21 ini.

Bagi Malaysia, rakyat sepatutnya bersyukur serta berterima kasih kerana dengan adanya penjawat-penjawat awam berminda kelas 1 semenjak merdeka lagi, kerajaan terus mencapai anjakan demi anjakan dalam semua segi yang dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat majmuk.

Pemerhati bersetuju dengan pandangan Tan Sri KPPA dan semoga generasi muda pegawai-pegawai kerajaan dalam semua sektor fahami sejarah perkhidmatan awam dan sepatutnya memberi sokongan moral kepadanya untuk terus berprestasi tinggi.

No comments: