Tuesday, April 28, 2009

YAB PM Puji Imigresen dan LHDN kerana cekap dan berkesan

Oleh: Pemikir

YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak menyeru kepada pegawai-pegawai awam dalam perkhidmatan kerajaan pada 28 April 2009 di PICC, Putrajaya supaya menghadapi cabaran-cabaran. Dari segi jangka pendek, rakyat sedang berdepan dengan tekanan dan kemelut ekonomi yang dihadapi oleh Malaysia dan negara-negara lain. Keduanya ialah menangani segala keperitan hidup rakyat. Dari segi jangka panjang perkhidmatan kerajaan perlu melihat lebih jauh termasuklah membuat perubahan-perubahan berteraskan kreativiti dan inovasi di samping mencapai hasrat-hasrat dan tujuan-tujuan kerajaan yang lebih tinggi termasuklah melonjakkan kelompok rakyat mencapai pendapatan yang lebih tinggi.

YAB mengingatkan bahawa perkhidmatan awam perlu anjakan dalam memberi khidmat kepada rakyat kerana rakyat adalah mereka yang membayar cukai. Kita tidak memerlukan mereka yang hanya memanaskan kerusi atau seat warmers . Kita memerlukan mereka yang betul-betul berkhidmat demi prestasi perkhidmatan awam.

Ketiga, YAB Dato' Sri memberi contoh-contoh perkhidmatan kaunter dalam perkhidmatan awam yang berjaya seperti Imigresen yang telah dapat mengeluarkan pasport antarabangsa dalam masa tiga hingga enam jam. LHDN juga berjaya mengutip cukai bagi 2008 berjumlah RM90 bilion selepas diwujudkan e-filing. YAB percaya bahawa birokrasi akan terus menjadi lebih licin dengan adanya PERMUDAH yang diketuai oleh Tan Sri KSN sendiri.

1 comment:

Waris Pahang said...

Apa perbezaan 1Malaysia dan Malaysian Malaysia?

Baca di : http://warisanpahang.blogspot.com/