OLEH : MUHAMAD TAIB, PEMIKIR JASA
5. Hasrat Perdana Menteri mengenai Satu Malaysia untuk membangun dan memajukan negara yang kita diami ini setanding dengan negara maju yang wujud tanpa meminggirkan mana-mana pihak, setiap seorang dari kita akan mendapat hak masing-masing tanpa ada diskriminasi. Hak setiap kaum yang ada dalam negara tidak ada sesiapa pun yang boleh menafikannya, kerana semua termaktub dalam perlembagaan negara yang telah dipersetujui semasa menuntut kemerdekaan.
6. Satu Malaysia sepatutnya menyelit semangat untuk kita bekerja keras kerana ianya dituntut oleh Islam. Islam melarang keras umatnya berpeluk tubuh malah Islam mengajar kita supaya tidak melenggah-lenggahkan masa berpoya dengan apa yang ada, malah Islam melarang kita membuang masa di kedai-kedai kopi, masjid dan sebagainya. Mari kita perhatikan firman Allah bermaksud apabila selesai menunaikan solat, pada hari Jumaat, maka bertibarlah kamu mencari rezeki bagi membaik pulih kehidupan keluarga jika baik keluarga, maka baiklah negara. Negara baik rakyat seluruhnya akan menikmati kebaikan itu, justeru matlamat ”Satu Malaysia” akan tercapai seterusnya budaya hidup masyarakat akan berubah.
7. Satu Malaysia merupakan prinsip yang sangat-sangat baik kerana ianya menepati ciri-cairi rendah diri, tawadduk di kalangan kita. Malaysia hak kita tidak perlu bimbang. Kerajaan tetap memberikan kepada kita, hak kita, kita bebas menentukan halatuju kita, asalkan tidak melanggar lunas undang-undang, tatasusila, budaya dan keistimewaan kita. Syabas Perdana Menteri. Selamat Maju Jaya
Sumber : http://tingkat-6.blogspot.com/
Friday, April 17, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment