Tuesday, April 28, 2009

KSN Seru Pegawai-pegawai Awam Sama-sama Membangunkan Negara

Oleh: Pemikir

Tan Sri KSN dalam ucapan aluannya pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-10 (MAPPA X) di PICC, Putrajaya 28 April 2009 memaklumkan dewan yang penuh sesak dan melimpah ruah, turut dihadiri oleh YAB Perdana Menteri dan YAB Timbalan Perdana Menteri mengatakan bahawa pegawai-pegawai kerajaan memberi keutamaan kepada pembangunan negara. Tan Sri mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada YAB Perdana Menteri kerana sudi hadir ke majlis ini berdepan dengan semua lapisan penjawat kerajaan termasuk PTD, PDRM, ATM, TLDM, LHDN, RELA, Imigresen, Kastam, Penerangan dan lain-lain lagi.

Beliau menyeru pegawai kerajaan untuk sama-sama memberi khidmat cemerlang dengan iltizam yang tinggi kepada misi dan visi YAB Perdana Menteri terutamanya 1 Malaysia...Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.

Setiap pegawai kerajaan perlu mengamalkan pendekatan mesra rakyat, berprihatin, cekap, berintegriti dan berkesan terutamanya dalam menghadapi cabaran-cabaran dan tekanan-tekanan ekonomi global yang ada impak bercampur-campur di rantau Asia amnya dan Malaysia khususnya.

No comments: