Tuesday, April 28, 2009

Satu Malaysia Ke Arah Kekitaan Dan Bersama-sama Memajukan Negara...YAB PM

Oleh: Pemikir

Satu Malaysia bukanlah satu perkara yang baru. Ia merupakan kesinambungan yang telah wujud sejak almarhum Tunku Abdul Rahman yang telah berjaya memajmukkan masyarakat berbilang bangsa, agama dan budaya di Malaysia. Malaysia merupakan satu negara berjaya mempunyai banyak pencapaian sejak 50 tahun merdeka.

YAB Dato' Sri Perdana Menteri mengingatkan hadirin dalam Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-10 pada 28 April 2009, bahawa detik buruk 13 Mei 1969 hendaklah diamati dan ia merupakan permulaan semua rakyat Malaysia menerima kemajmukan Malaysia adalah hakikat atau realiti kita tidak dapat elakkan.

Satu Malaysia...Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan, merupakan teras untuk memacu Malaysia terus ke hadapan berpegangkan Perlembagaan dan Rukun Negara. Dengan cara ini kerajaan akan dapat wujudkan satu masyarakat majmuk tanpa kelas dan tidak tercicir dalam arus pembangunan di samping menjamin hak masing-masing.

Satu Malaysia ini juga bertujuan untuk memupuk perasaan kekitaan dan bersama-sama mengukuhkan kerajaan dan negara. Ia juga membolehkan kerajaan memberi keutamaan kepada kebajikan rakyat yang juga digalakkan dalam Islam. YAB Dato' Sri mengingatkan kepada pesanan Nabi Muhammad S.A.W sebelum wafat melafazkan: "Umatku, Umatku, Umatku".

Kerajaan berazam bahawa ia akan sentiasa feel the pulse of the people sebagaimana yang dilakukan oleh Allahyarham Tun Razak yang tidak jemu-jemu turun ke padang, termasuk kampung-kampung, sawah dan bendang menemui tiap rakyat tidak mengira masa dan tempat. Dengan cara ini pemimpin akan dapat lebih memahami keadaan sebenarnya jika dibanding dengan mereka yang duduk di dalam bilik berhawa dingin membaca laporan sahaja.

YAB PM meminta semua pihak supaya memahami Satu Malaysia dengan lebih terbuka dan tidak tertakluk kepada garis-garis tertentu atau commandments. Setakat ini biarlah Satu Malaysia ini mempunyai strategic ambiguity supaya masing-masing mendefinasinya mengikut pemikiran yang terbuka masing-masing.

No comments: