Kementerian Penerangan, Komunikasi, Kesenian Dan Kebudayaan telah mempunyai barunya iaitu Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim yang telah berkhidmat di bawah 5 Perdana Menteri. Beliau seorang yang berkaliber serta berwawasan akan pasti dapat membawa kementerian yang mempunyai 15 jabatan ke satu puncak kecemerlangan.
Beliau yang pernah menjadi Menteri Penerangan sebanyak dua kali akan dapati bahawa mudah untuk menjalankan tugas-tugas penerangan di samping portfolio-portfolio lain yang turut mencabar.
Sebagai bekas Menteri Luar Negeri, kementerian ini akan mendapat input yang global dan berguna kepada tiap warganya. Wira Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YB Dato' Seri Utama di dalam tugas barunya dan warga kementerian mengalu-alukan pelantikan Menteri yang berwawasan ini.
No comments:
Post a Comment