Oleh: Pemikir - MM
Lawatan sulung Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Kuching pada 29-30 April 2009 dipenuhi dengan agenda-agenda padat disediakan oleh kerajaan negeri. TPM yang ditemani oleh Dato' Seri Shafie Afdal, Naib Presiden UMNO dan juga Menteri KPLW mengambil kesempatan untuk menziarah Allahyarham Puan Seri Laila Taib yang meninggal dunia pada petang Rabu, 29 April 2009.
Lawatan demikian dianggap positif dan sekali gus mengukuhkan lagi hubungan Kuala Lumpur dan Kuching terutamanya dalam konteks BN/UMNO.
Pemerhati berpendapat bahawa lawatan TPM ke Kuching sangat tepat pada masanya terutamanya Sarawak akan mengadakan pilihan raya negerinya kelak. Ini memberi peluang TPM melihat sendiri tahap pembangunan yang berlaku di Sarawak di samping mendapat maklumat terbaru mengenai infrastruktur-infrastruktur yang diperlukan bagi mengatasi masalah rakyat termasuklah banjir yang dihadapi oleh penduduk Kampung Samariang Batu, dekat Kuching.
Adalah diharapkan bahawa lawatan sedemikian akan dapat diteruskan dari semasa ke semasa dan rakyat serta pengundi pasti memandang positif kepada keprihatinan pemimpin-pemimpin pusat yang turun ke padang.
Thursday, April 30, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment