Wawasan YAB. Perdana Menteri merangkap Presiden Parti menzahirkan hasrat beliau betapa sayangnya kepada Malaysia yang menjadi milik kita semua sejak kita mencapai kemerdekaan pada 31 ogos 1957, beliau selaku Perdana Menteri yang ke-6 bercita-cita besar ingin membawa negara ini setanding dengan negara maju di Eropah dalam jangka masa yang telah Tun Dr. Mahathir tetapkan iaitu tahun 2020.
2. Dalam hal ini Datuk Seri Mohamad Najib mahu wawasan Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak mati ditengah jalan maka beliau dengan rasa rendah hati menyuntik semangat juang kepada kita dengan wawasan “Satu Malaysia” bermakna kita sebagai warga negara seharusnya jangan lena, terus bangun menggorak langkah dengan penuh semangat bahawa matlamat dan wawasan itu tidak akan tercapai tanpa kita sendiri yang menggoraknya. Misalnya dari sudut ekonomi kini kita menghadapi sedikit muram, namun kita masih boleh bergerak walau dengan cara perlahan, kita belum sampai ke peringkat parah, lebih-lebih lagi dengan suntikan-suntikan kerajaan maka kita sebagai rakyat dapat bertahan, seharusnya pada saat inilah melipatgandakan daya usaha memulihkan ekonomi ini dengan mengawal perbelanjaan seharian kita.
3. Konsep “Satu Malaysia” tentunya menolak sebarang gerakan atau sebarang agenda dari mana-mana puak/kumpulan (agama/parti) atau sebarang saranan atau tuntutan dari puak-puak yang sempit pemikirannya atau fanatik dengan puak kumpulan, pegangan, mazhab masing-masing.
4. Golongan seperti ini boleh dianggap sebagai radikal, sanggup melakukan apa sahaja asalkan menguntungkan mereka, kita semua tahu perkara ini.
5. Saya yakin bahawa apa yang diperjuangkan oleh kumpulan yang disebutkan seperti tidak dapat membantu memulihkan suasana yang ada. Tindakan-tindakan yang dilakukan boleh menyebabkan pelaburan asing tidak begitu yakin untuk membuat pelaburan ke Malaysia. Justeru kerajaan pimpinan YAB Dato’ Seri Mohamad Najib tidak akan membenarkan sesiapa pun mengatasi undang-undang untuk kepentingan peribadi atau kumpulan-kumpulan tertentu.
6. “Satu Malaysia” yang diilhamkan untuk pembangunan mental dan negara, justeru pihak-pihak tertentu jangan sekali-kali mengkritik atas kepentingan peribadi atau kepentingan puak-puak tertentu, pada saya kita boleh mengkritik apa jua pun asalkan kritikan itu boleh membina atau boleh membantu ke arah kebaikan. Kita tidak mahu apa yang di buat oleh kerajaan, semuanya tak betul. Jika begitu gaya sudah pasti yang merugikan kita sebagai rakyat.
7. “Satu Malaysia” tidak bermaksud untuk dijadikan sebagai slogan kerana ianya tidak akan membawa apa-apa. Justeru kita sebagai rakyat mesti mengisi ruang-ruang yang disediakan oleh kerajaan walau dimana kita berada. Jika kita seorang mahasiswa/i harus belajar bersungguh-sungguh menimba ilmu pengetahuan, jangan sekali-kali membuang masa dengan melibatkan diri dengan pertubuhan/persatuan yang boleh merugikan diri, keluarga dan negara. Diri tidak mendapat ilmu yang secukupnya semasa di billik-bilik kuliah, sementara, keluarga menaruh harapan sepenuhnya untuk melihat anaknya berjaya dalam pelajaran, seterusnya dapat membaiki kehidupan keluarga. Manakala kerajaan pula rugi kerana kita tidak dapat membantu kerajaan sebagai seorang siswa/i yang betul-betul layak diiktiraf sebagai pemegang ijazah khusunya dari segi pemikiran. Itu perlu sedar bahawa sebagai warga negara wajib membantu membangun negara dengan apa cara sekali pun. Negara stabil dapat hidup dalam aman damai, untuk mencapai kestabilan tanggungjawab kita bersama.
MT
TINGKAT 6
Wednesday, April 29, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment