Monday, April 20, 2009

PEMBINAAN SEMULA TAMBAK JOHOR ADALAH LOGIKAL

Oleh: Pemikir

Isu jambatan bengkok untuk menggantikan Tambak Johor telah timbul semula setelah dibatal pembinaannya kerana pihak Singapura bermasalah dalam hal ini. MP Johor Baharu Dato' Seri Shahrir Samad bekas Menteri KPDN & HEP dan MP Pulai Datuk Jazlan Tan Sri Mohamad Rahmat senada bahawa pembinaan ini dilaksanakan dalam bentuk apa jua.
Kini sudah sampai masa perkara ini dikaji semula oleh pihak EPU Jabatan Perdana Menteri. Tambak Johor ini sudahpun memberi khidmat yang optima sejak dibina berpuluh-puluh tahun kebelakangan sehingga ia membantu dalam pertumbuhan Singapura daripada kawasan Woodlands sehinggalah di Orchard Road.
Pembinaan jambatan baru ini perlu dilihat dari perspektif yang lebih luas kerana ini merupakan penghubung strategik secara fizikal antara rakyat Malaysia dan Singapura, sebuah negara yang stabil dan kaya. Hubungan kedua-dua negara ini adalah simbiotik dan kemajuan negeri Johor dan Singapura adalah saling berkaitan. Singapura dan Malaysia mempunyai sama banyak pelaburan oleh pelabur-pelabur Malaysia dan Singapura terutamanya di Johor.
Pemerhati berpendapat bahawa pada masa 20 tahun akan datang di mana penduduk Malaysia akan bertambah terutamanya di Johor Selatan iaitu Tenggara, Pengerang, Kota Tinggi, Mersing dan Johor Baharu, kemungkinan perlu dibina dua tiga lagi jambatan menghubungi Johor-Singapura. Ini jelas berlaku di Amerika Syarikat terutamanya Kota New York/Manhattan yang dihubungi dengan banyak jambatan dengan Long Island dan New Jersey.

No comments: