Thursday, April 30, 2009

SULTAN SELANGOR JALANI PEMBEDAHAN JANTUNG DI AMERIKA SYARIKAT

Wira Malaysia berdoa agar DYMM Sultan Selangor selamat menjalani pembedahan injap jantung di Standford University Medical Centre, California pada Ahad ini.
Semoga Paduka Sultan Selangor cepat sembuh dan segera kembali ke tanah air tercinta ini.

PENYAKIT SELESEMA BABI...KEMENTERIAN KESIHATAN AMBIL SERIUS.

Oleh: Pemikir - MM

Penyakit selesema babi ini bermula dari negara Mexico yang sangat hampir dengan California, USA. Kini Amerika Syarikat terutamanya penduduk-penduduk yang bersempadan dengan Mexico seperti Texas, California mulai gusar dengan merebaknya kuman ini yang boleh dibawa oleh manusia. Ini satu fenomena yang ganjil dan perlu semua rakyat dalam dunia ini ambil berat.

Seorang doktor Indonesia dalam akhbar Strait Times 29 April 2009 mengatakan bahawa kuman penyakit ini mungkin satu-satunya yang dibuat oleh manusia dan kemudian dalam proses pengujian. Doktor ini hairan kenapa mesti manusia yang membawa kuman ini, mungkin kerana ini adalah yang dimakan. Tetapi beliau masih berharap bahawa saintis-saintis Barat dapat mencari antidot/vaksin yang sesuai. Beliau juga mengatakan bahawa kuman ini agak sukar hendak survive di negara-negara bersuhu tinggi atau Tropika.

Di Malaysia, Kerajaan mengambil berat perkara ini. Menteri berkenaan meminta semua termasuklah Jabatan-jabatan Kesihatan berwaspada terutamanya di sempadan-sempadan dan juga lapangan terbang dan pelabuhan. Langkah-langkah juga diambil untuk memeriksa babi-babi yang diternak di ladang-ladang seluruh Malaysia.

Pemerhati percaya bahawa Kerajaan pandang serius perkara ini dan diharapkan bahawa apa yang disebut oleh doktor dari Indonesia itu bahawa kuman ini tidak mudah survive di negara Tropika.
Kita sama-sama berdoa agar kecelakaan ini berlalu segera supaya rakyat dunia tenang kembali.

LAWATAN YAB PM KE INDONESIA DAN BRUNEI MEMBAWA RAHMAT.

Oleh: Pemikir - MM

Lawatan YAB Perdana Menteri ke Brunei mulai 29-30 April 2009 merupakan lawatan sulung ke negara itu sejak dilantik menjadi Perdana Menteri. Sebelum ini YAB PM telah melawat Indonesia dan menemui rakan ASEAN iaitu Presiden Susilo Bambang Yudhuyono (SBY).

Lawatan ke Indonesia adalah pertama bagi Perdana Menteri kerana Indonesia mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan Malaysia. Negara yang mempunyai 230 juta penduduk dan 17 ribu pulau adalah dianggap penting dan strategik. Malaysia mempunyai hubungan yang luar biasa di Indonesia dari banyak segi tetapi yang penting sekali Malaysia-Indonesia mempunyai sempadan darat yang paling panjang sekali khasnya di Kalimantan. Juga Malaysia berkongsi sempadan laut menjangkau dari Pulau Natuna, dalam kawasan Lautan China, juga di sekitar Pulau Ambalat di sebelah Timur Sabah dan sepanjang Selat Melaka. Hubungan Malaysia-Indonesia sangat konkrit dan sebenarnya menjadi lebih akrab selepas Konfrontasi.

Hubungan Malaysia dengan Brunei pula tidak kurang akrabnya lebih-lebih lagi Malaysia-Brunei berkongsi sempadan di darat dan di laut. Kedua negara ini mempunyai kebudayaan yang sama yang terletak di dalam kawasan Nusantara di mana suatu masa dulu kepunyaan orang-orang keturunan Melayu. Brunei satu negara yang sangat berpegang kepada tradisi dan kebudayaan Melayu yang sangat mantap, juga disegani oleh negara-negara jiran. Sebagai negara kaya dengan hasil minyak, Brunei sentiasa prihatin tentang permasalahan yang dihadapi oleh Kuala Lumpur.

Wira mengalu-alukan lawatan YAB PM ke dua-dua negara ini yang satu rumpun sebelum membuat lawatan ke negara-negara jiran yang lain dalam masa terdekat. Semoga hubungan Malaysia dengan kedua-dua negara yang kaya dengan sumber-sumber alam akan mengukuhkan kehidupan tiap rakyat dalam rantau ini.

LAWATAN SULUNG TPM KE KUCHING...POSITIF

Oleh: Pemikir - MM

Lawatan sulung Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Kuching pada 29-30 April 2009 dipenuhi dengan agenda-agenda padat disediakan oleh kerajaan negeri. TPM yang ditemani oleh Dato' Seri Shafie Afdal, Naib Presiden UMNO dan juga Menteri KPLW mengambil kesempatan untuk menziarah Allahyarham Puan Seri Laila Taib yang meninggal dunia pada petang Rabu, 29 April 2009.

Lawatan demikian dianggap positif dan sekali gus mengukuhkan lagi hubungan Kuala Lumpur dan Kuching terutamanya dalam konteks BN/UMNO.

Pemerhati berpendapat bahawa lawatan TPM ke Kuching sangat tepat pada masanya terutamanya Sarawak akan mengadakan pilihan raya negerinya kelak. Ini memberi peluang TPM melihat sendiri tahap pembangunan yang berlaku di Sarawak di samping mendapat maklumat terbaru mengenai infrastruktur-infrastruktur yang diperlukan bagi mengatasi masalah rakyat termasuklah banjir yang dihadapi oleh penduduk Kampung Samariang Batu, dekat Kuching.

Adalah diharapkan bahawa lawatan sedemikian akan dapat diteruskan dari semasa ke semasa dan rakyat serta pengundi pasti memandang positif kepada keprihatinan pemimpin-pemimpin pusat yang turun ke padang.

JASA-JASA ALLAHYARHAM PUAN SERI LAILA TAIB SENTIASA DIKENANG...AL-FATIHAH

Oleh: Pemikir

Wira rasa terkejut apabila diberitahu mengenai pemergian Allahyarham Puan Seri Laila Taib isteri kepada Tan Seri Mahmud Taib, Ketua Menteri Sarawak yang dicintai rakyat Sarawak. Pemergian Puan Seri Laila setelah mengidap penyakit barah sangat dirasai kerana Puan Seri sangat prihatin kepada kebajikan warga Sarawak dan lebih besar daripada itu terhadap mereka-mereka yang baru memeluk agama Islam. PERKIM pasti merasa kehilangan Puan Seri kerana Tan Seri juga merupakan ketua utama PERKIM Nasional.

Jasa Puan Seri sangat terserlah apabila beliau telah menjadikan kanak-kanak Bosnia Islam dalam program anak angkat Sarawak. Kini kanak-kanak itu sudah menjadi remaja yang terurus segi kebajikan dan juga pembelajaran mereka. Wira pernah melihat remaja-remaja Bosnia ini mengerjakan solat Jumaat di Masjid Kuching dan ini merupakan satu kegiatan Puan Seri yang sangat disukai oleh Rasul dan Allah S.W.T.

Wira mendoakan roh Puan Seri Laila Taib dibawa ke semulia-mulia tempat yang disediakan oleh Allah S.W.T untuk umat yang sentiasa bersyukur dan bertakwa kepada-NYA.

SPR BUKAN BONEKA UMNO

Saya ada terbaca berita Harakah edisi 1434 di bawah tajuk SPR Boneka UMNO apa ertinya?

2. SPR tidak ada kena mengena dengan UMNO. SPR satu badan khusus yang tugasnya untuk melakukan yang terbaik bila berlaku satu-satu pilihanraya diadakan. Keputusan SPR untuk tidak membenar mana-mana parti yang bertanding dalam pilihanraya menyediakan pondok panas bagi perayu-perayu undi di hari pembuangan undi amat baik, ianya memberi ruang dan peluang kepada pengundi untuk berfikir sebelum membuat satu-satu keputusan, begitu juga bagi memudahkan para pengundi berkereta, berjalan dengan lebih selesa tidak ada sebarang gangguan terutama gangguan fizikal yang berlaku di kalangan penyokong yang merayu para pengundi dengan cara yang lebih agresif, keras dan kasar.

3. Keputusan SPR itu adalah tepat pada masanya bagi mencegah berlakunya sesuatu perkara yang tidak diingini. Keputusan ini dibuat melalui pengalaman contoh yang terbaru apa yang berlaku di Bukit Gantang menghalang penyokong
BN keluar mengundi, sebelum ini menghalang penyokong BN memasang bendera BN di tepi jalan menghala ke tempat mengundi, juga berlaku di Bukit Selambau yang macam ini ok? ganggu, halang, bakar bendera, pijak bendera, koyak dan sebagainya ok?.

4. Patuhilah undang-undang, bercakaplah dengan cara yang baik. Undang perlu dilaksanakan jika didapati perlakuan yang melanggar peraturan. Dakwaan Dr. Mariah Ahli Parlimen Kota Raja berat sebelah adalah pandangan yang tidak berasas dan emosional. Sepatutnya menghargai SPR menguatkuasa kan peraturan.

5. Setahu saya selaku pengamal undang-undang, tidak satu undang-undang pun yang diluluskan untuk kepentingan individu mahupun kumpulan. Undang diujudkan untuk tujuan keselamatan, keharmonian dan keamanan sejagat. Justeru itulah ujudnya undang-undang darurat.

6. Pepatah Melayu ”Sedia Payong Sebelum Hujan” yang terlalu emosional. Sehingga yang baik pun dikatakan tak baik. Berfikirlah dengan waras sebelum sebarang kenyataan dibuat
rosak fikiran orang lain kerana kita merupakan satu kesalahan duniawi juga ukhrawi jangan hentam saja.

MT
TINGKAT 6. COM
30 APRIL 2009

HUSAM MUSA TIDAK BERPANDANGAN JAUH

Husam Musa nak tunjuk belang kononnya hasrat Presiden PAS untuk bergabung dengan BN adalah perkara yang patut ditentang habis-habisan oleh semua peringkat dalam PAS, hasrat PAS pada hematnya sudah lari dari perjuangan asal.

2. Pandangan sempit, berfikir saperti fikiran kelas kedua, berkepentingan diri tidak berfikiran waras, tidak bermuhasabah diri, orang seperti ini tak layak nak jadi pemimpin, lebih-lebih lagi sebagai pemimpin parti yang didakwa yang kononnya memperjuangkan Islam.

3. Saudara, cadangan YB Hj. Hadi Awang untuk bergabung dengan UMNO adalah cadangan yang paling adil, sebab itu disokong oleh Timbalannya YB Nasaruddin b. Mat Isa dan rakan-rakan yang lain dalam PAS, malah lebih dari itu kerana ianya telah mendapat mandat dari muktamar Agung PAS tahun lalu. Ingatkah Husam?, dimana kau ketika itu?.

4. Ingatlah perpaduan di suruh oleh Islam, inilah yang diperjuangkan oleh Rasullullah semasa di Madinatul Munawarah iaitu menyatukan diantara Muhajirin dan Ansar dan Aush dan khazraj, tetapi tahukah kamu Husam? apa yang Rasullullah lakukan?, tak belajar sejarah perjuangan Rasullullah? untuk menegakkan Islam di seluruh pelusuk dunia ketika itu, macammana nak jadi pemimpin Islam kalau tak tahu atau sengaja buat tak tahu. Tak layaklah nak bertanding sebagai Timbalan Presiden PAS.

5. Presiden nak buat benda baik tak setuju, ingatlah Husam berpaduan rahmat dan membawa berkat, lebih-lebih lagi dikalangan umat Islam. Dalam hubungan ini saya teringat kepada sabda Rasullullah ”hubungan antara mukmin dengan mukmin yang lain seperti satu tubuh, apabila merasai sakit salah satu anggota badan maka seluruh tubuh badan merasai demam”.

6. Ini bermaksud hendaklah kita berbaik-baik, bersatu, berpadu dalam meneruskan perjalanan hidup asalkan tidak bertentangan dengan garis-garis panduan syarak.

7. Saya berpendapat hasrat beliau untuk mencabar Timbalan Presiden sekarang bererti beliau mencabar keputusan muktamar PAS tahun lalu, mencabar rakan-rakan yang bersetuju dengan pandangan Presiden PAS YB Hj. Hadi Awang, malah pada saya Husam sudah mencabar presiden parti, ini bukan cara Islam. Malah patut ditentang oleh seluruh ahli PAS.

8. Saya tahu ada lagi individu lain yang tidak bersetuju dengan cadangan presiden parti. Orang itu sendiri sedar jika hasrat untuk bergabung menjadi kenyataan, beliau ketika itu akan ditinggal, pucuk pimpinan PAS tidak akan buat kira dengan orang itu, kerana fikirannya semata-mata untuk kepentingan diri, tidak layak duduk dalam jemaah yang besar seperti dalam BN. Mereka hanya berkepentingan ”3P”, pangkat, poket dan perut.


MM
TINGKAT 6. COM
30 APRIL 2009

HADAPI MUSUH DENGAN ILMU

Keadaan umat Islam di seluruh dunia semakin hari semakin menyedihkan jika dibandingkan dengan lain-lain agama. Kini, kita sering mendengar dan melihat melalui media betapa umat Islam dilakukan dengan pelbagai cara, ditindas, diskriminasi. Hidup dalam keadaan kemiskinan, mundur dan sebagainya. Ini secara tidak langsung meletakkan umat Islam sebagai kelas kedua.

2. Malah kini, jika kita lihat dari negaranya Islam ditakluki secara halus oleh negara kuasa besar (Amerika Syarikat), Iraq hancur jadi padang jarak padang tekukur setelah diserang dengan pelbagai peralatan moden (AS).

3. Dengan pelbagai alasan yang sengaja direka bagi membolehkan kuasa besar itu menyerang Iraq. Bangsa-bangsa Bersatu tidak boleh berbuat apa. Justeru negara Islam menjadi mangsa, Saddam Husin dibunuh dengan kejam konon Saddam Husin menyorok senjata nukliar bagi tujuan untuk menyerang sekutu kuatnya Israel laknatullah itu. Ini semua dilakukan untuk menyelamat Israel. Sebuah negara Islam yang kaya dengan minyak tetapi disebabkan kekurangan ilmu, untuk menghalang apa yang didakwa oleh AS terutamanya bila dibahas di Bangsa-bangsa Bersatu pemimpin Islam dilihat agak lemah kerana tidak ada kesatuan yang jitu untuk berdepan dengan negara-negara kuasa besar yang secara terang–terang memihak kepada AS terutamanya sekutu kuat AS iatu Israel dengan angkuh pula menyerang satu lagi negara Islam lain iaitu Palestin.

4. Selain itu AS sehingga hari ini meletakkan tenteranya di Iraq, Afghanistan juga di Arab Saudi masih ramai tentera AS di sana dengan alasan menjaga keselamatan Arab Saudi demi diserang oleh Syiria atau Libya. Alasan ini juga tidak boleh diterima, yang jelas AS tidak perlu membayar gaji kepada tenteranya yang berada di Iraq, Afghanistan dan di Arab Saudi selain dapat berkuasa di negara-negara berkenaan.

5. Sedang pemimpin negara-negara Islam bercakaran antara satu sama lain tidak mampu untuk duduk semeja membincangkan keselamatan serantau.

6. Perkembangan seperti ini jelas menunjukkan kebencian Amerika Syarikat dan sekutu kuatnya Israel dan sebahagian negara Eropah terhadap negara-negara Islam.

7. Pecaturan politik mereka amat jelas memperlekehkan pimpinan Islam di seluruh dunia, lebih memburukkan keadaan, apabila umat Islam sejati tidak bersatu, berpadu, malah masih berpuak-puak konon puak mereka lebih baik. Keadaaan ini diambil kesempatan oleh AS dan sebahagian negara barat lain untuk dijadikan sebagai senjata untuk memecah belahkan umat Islam seluruhnya.

8. Melihat suasana yang menimpa umat Islam hari ini, tidak lain tidak bukan ialah disebabkan kurangnya ilmu pengetahuan, jika dibandingkan dengan barat, justeru membawa kepada ketidak upayaan untuk bersaing dengan negara-negara barat dari segi ekonomi, pendidikan dan juga dari segi politik serta perancangan.

9. Ekonomi tidak akan bertambah jika kita tidak mendapat peluang/ruang untuk mencari seberapa banyak ilmu pengetahuan, justeru rasa tidak yakin dengan diri sendiri bila berdepan dengan pemimpin barat.

10. Hal ini berlaku juga disebabkan masing-masing pemimpin umat Islam bermegah-megah dengan aliran fahaman mereka. Akibatnya satu demi satu negara Islam dihancurkan oleh
musuh Islam. Umat Islam hanya pandai membunuh diri dengan menggunakan bom buatan barat. Selain itu umat Islam mampu mengutuk segala serangan yang dilakukan oleh musuh-musuh Islam. Ini semua akibat kejahilan, kekayaan ada dalam perut negara-negara Islam tetapi hasilnya dimiliki oleh orang lain. Sedarlah dan berubahlah, ingatlah sebelum negara kita menjadi mangsa kepada negara barat.

11. Justeru itu YAB Perdana Menteri menyarankan kepada kita dengan wawasan ”Satu Malaysia” iaitu, antaranya sama-sama membangun kan negara ini tanpa curiga dengan rakan-rakan yang lain. Matlamatnya satu iatu mencapai taraf negara maju pada tahun 2020.


MT
TINGKAT 6. COM
30 APRIL 2009

TAJDID

Perdana Menteri baru menyeru setiap lapisan masyarakat melakukan perubahan jika tidak kita akan ketinggalan atau akan ditinggalkan.

2. Dalam dunia ini, segala-galanya berubah dan tidak ada apa pun yang tidak berubah, semalam bukan lagi hari sebelumnya, dan hari ini bukan lagi semalam. Justeru, esok bukan lagi hari ini dan seterusnya lusa bukan lagi besok.

3. Dulu kita berumur satu hari, kini sudah berada sekolah rendah, menenggah, universiti, bekerja, bersara dari jawatan yang kita sandang. Hakikat ini boleh diterima pehak asalkan berfikiran waras.

4. Ahli falsafah pernah menyatakan meskipun anda mandi di tempat yang sama dalam sebuah kolam atau sebuah sungai yang berbeza air yang kamu gunakan pada hari ini bukan lagi air yang kamu guna semalam, begitu juga besok kamu akan menggunakan air yang berbeza kerana semua sudah pergi dan berlalu.

5. Begitulah dengan diri anda, hari ini bukan lagi diri anda semalam begitu juga anda besok bukan lagi anda hari ini, inilah dia erti perubahan sedar atau tidak perubahan tetap akan berlaku.

6. Justeru itulah umar Al-khayam pernah bersajak ”Seandai sudah berlalu, besok masih dalam cita-cita, hakikatnya hari ini” hanya mereka yang arif dalam bidang biologi sahaja yang dapat menjelaskan kepada kita hakikat ini.

7. Perubahan (Tajdid) adalah pembaharuan ianya mempunyai hubungan yang sangat rapat antara satu sama lain. Logiknya perubahan itu adalah pembaharuan kerana dalam pembaharuan apa yang berlaku atau apa yang terjadi yang lama pergi/hilang dan yang baru datang itu benar-benar baru atau sebaliknya. Apa yang penting, ia baru datang berbanding dengan yang telah pergi. Inilah yang saya maksudkan, hari ini Perdana Menteri baru dengan wawasan barunya, iaitu mengajak kita supaya berhijrah kerana di sebalik penghijrahan itu akan membawa kita kepada perubahan khususnya paradigma kita, pasti turut memikirkan mencari hala tuju baru bagi membina kehidupan yang lebih baik dari sebelumnya.

8. Perubahan merupakan sunnah alam dan sunnah kepada manusia itu sendiri. Bagimananpun sunnah alam bukan satu-satunya menjadi agen kepada perubahan makhluk, kerana alam juga merupakan kejadian Allah, atas dasar inilah perubahan, bererti sekadar berdasarkan sunnah alam, yang tidak banyak pengaruhnya terhadap makhluk sejagat berbanding apa yang dilakukan oleh manusia, semalam dan hari ini.

9. Tidak banyak yang berbeza, boleh jadi juga besok. Matahari pagi tidak banyak berbeza dengan matahari petang yang berbeza dari segi rasa panasnya sahaja ini pun dapat dirasai bagi anda yang biasa dengan alat-alat yang disediakan untuk melindunginya. Bagi orang biasa dengan perit matahari tiada bezanya. Jangan jadi begini, berubahlah mudah-mudahan kita akan mencapai matlamat untuk mencapai tahap negara maju tahun 2020.

10. Islam juga mengajak kita supaya mengislah diri ke arah yang lebih baik, iaitu menggalakkan umatnya supaya berubah dengan mengambil kira lumrah alam yang memerlukan Tajdid dalam semua perkara yang berkait rapat dengan kehidupan manusia seharian.

11. Perubahan tidak mungkin berlaku jika kita sendiri tidak mahu berubah. Tuhan tidak akan mengubah nasib seseorang itu, melainkan orang itu sendiri yang menggubahnya.

12. Apa jua yang kita lakukan merupakan tanggunjawab, justeru, kita sebagai anggota perkhidmatan awam perlu cepat berubah dari malas bekerja, lambat datang ke pejabat, sekarang perlu berubah ke arah datang awal, bersungguh-sungguh berusaha supaya seiring dengan negara yang sudah maju, kini kita hidup di zaman teknologi, dunia tanpa sempadan, apa sahaja yang kita mahu boleh diperolehi dalam jangka masa yang cepat untuk berubah mesti ada ikon, tambah nilai, memahami kehendak negara iaitu dengan mengutamakan kehendak rakyat dan disusuli dengan integriti. Jika ciri-ciri ini ujud dalam jiwa kita pasti perubahan akan berlaku, wawasan akan dapat dicapai bila tiba masanya.


MT
TINGKAT 6.COM

Wednesday, April 29, 2009

Berjuta Rakyat Thailand Tengok Anwar Ibrahim Diurut 'Live' Dalam TV




Oleh: SULAIMAN AKHLAKEN (http://www.malaysia-instinct.com)

Ramai yang tidak tahu, sewaktu kempen pilihanraya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau baru-baru ini, Anwar sempat 'cilok' ke Bangkok untuk menjadi tetamu rancangan televisyen di Channel 9 negara itu.

Tapi yang penulis tak tahan tu, dalam program bual bicara dengan Channel 9 itu, Anwar siap menerima pelawaan host program tersebut untuk diurut oleh seorang jejaka. Oh tidak!!!!

Memang Anwar tidak berbogel, tetapi mengizinkan dirinya divideokan dalam keadaan baring sambil tersenyum kerana 'syok' diurut memang ternyata memalukan kita sebagai rakyat Malaysia.

Apatah aksi tersebut boleh disaksikan berjuta rakyat negara Gajah Putih berkenaan!

Lebih memalukan, Anwar siap boleh tersengih-sengih depan kamera sambil memuji-muji jejaka si tukang urut tersebut kerana berjaya melakukan 'tugasnya' dengan begitu cemerlang, pergh!!!!

Dek kerana terlalu seronok diurut, Anwar terlupa yang dia sebenarnya telah 'mengotori' dirinya yang selama ini dianggap pemimpin Islam, pemimpin reformasi dan pemimpin masa depan rakyat Malaysia.

Ternyata banyak bermain sandiwara mengenai tingkah lakunya sebagai pemimpin.

Banyak topeng yang dipakainya hingga setengah orang menjadi keliru dan tidak tahu apakah dia seorang pejuang nombor wahid ataupun seorang homoseks yang menggerunkan rakyat.

Walaupun bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamads telah menyatakan alasan pemecatannya namun Anwar tetap berdegil dan menganggap dirinya bersih lagi bersih, putih lagi putih dari sabun Fab.

Dia mengatakan itu semua fitnah, suatu konspirasi yang didalanginya Mahathir kerana Mahathir takut kepadanya. Kononnya dia kini sudah menjadi duri dalam daging kepada Mahathir dan kroni-kroni Mahathir.

Kita faham mengapa Anwar berhempas-pulas menafikan dia seorang homoseks.

Dia berhak untuk menafikannya kerana sekiranya benar dia akan tersisih dari arus sejarah dan akan diketepikan oleh orang Melayu dan Islam sebagai pemimpin mereka.

Dia tahu sejarah kehancuran kaum Lut dalam al-Quran. Dia juga sedar bahawa orang Melayu tidak akan menerimanya lagi sebagai pemimpin mereka. Malaysia bukan Amerika Syarikat.

Melayu bukan masyarakat Barat yang menghalalkan homoseksualiti.

Dia juga mempunyai enam orang anak dan seorang isteri yang akan menanggung segala kesengsaraan batin sekiranya dia benar-benar seorang homoseksual.

Di manakah dia akan meletakkan mukanya kalau anak-anaknya mengetahui segala rahsia hubungan sejenis itu?

Isterinya yang setia 1000% juga akan menghadapi tekanan jiwa yang parah kalau suami yang tercinta rupa-rupanya mempunyai hubungan sulit dengan berbagai-bagai lelaki seola-olah dia sebagai isteri dan wanita tidak lagi menimbulkan keghairahan yang melemaskan.

Penulis percaya tak lama lagi akan tersebarlah rakaman video ini, namun seperti biasa, Anwar yang cukup hebat dalam bab 'menepis dan menangkis' akan menggunakan segala kudrat dan keupayaannya untuk mengjustifikasi adegan urut tersebut.

Tak mengapalah, dia mungkin SELAMA ini boleh menipu rakyat tetapi percayalah rakyat tidak akan SELAMANYA ditipu oleh manusia bernama Anwar Ibrahim ini

Penulis berharap sangat janganlah Anwar menjadi Perdana Menteri kita suatu hari nanti.

Takut tak pasal-pasal industri rumah urut akan terhalal dengan sendirinya di bumi bertuah ini, takutnyeeeeeeee.

TAJDID

Perdana Menteri baru menyeru setiap lapisan masyarakat melakukan perubahan jika tidak kita akan ketinggalan atau akan ditinggalkan.

2. Dalam dunia ini, segala-galanya berubah dan tidak ada apa pun yang tidak berubah, semalam bukan lagi hari sebelumnya, dan hari ini bukan lagi semalam. Justeru, esok bukan lagi hari ini dan seterusnya lusa bukan lagi besok.

3. Dulu kita berumur satu hari, kini sudah berada sekolah rendah, menenggah, universiti, bekerja, bersara dari jawatan yang kita sandang. Hakikat ini boleh diterima pehak asalkan berfikiran waras.

4. Ahli falsafah pernah menyatakan meskipun anda mandi di tempat yang sama dalam sebuah kolam atau sebuah sungai yang berbeza air yang kamu gunakan pada hari ini bukan lagi air yang kamu guna semalam, begitu juga besok kamu akan menggunakan air yang berbeza kerana semua sudah pergi dan berlalu.

5. Begitulah dengan diri anda, hari ini bukan lagi diri anda semalam begitu juga anda besok bukan lagi anda hari ini, inilah dia erti perubahan sedar atau tidak perubahan tetap akan berlaku.

6. Justeru itulah umar Al-khayam pernah bersajak ”Seandai sudah berlalu, besok masih dalam cita-cita, hakikatnya hari ini” hanya mereka yang arif dalam bidang biologi sahaja yang dapat menjelaskan kepada kita hakikat ini.

7. Perubahan (Tajdid) adalah pembaharuan ianya mempunyai hubungan yang sangat rapat antara satu sama lain. Logiknya perubahan itu adalah pembaharuan kerana dalam pembaharuan apa yang berlaku atau apa yang terjadi yang lama pergi/hilang dan yang baru datang itu benar-benar baru atau sebaliknya. Apa yang penting, ia baru datang berbanding dengan yang telah pergi. Inilah yang saya maksudkan, hari ini Perdana Menteri baru dengan wawasan barunya, iaitu mengajak kita supaya berhijrah kerana di sebalik penghijrahan itu akan membawa kita kepada perubahan khususnya paradigma kita, pasti turut memikirkan mencari hala tuju baru bagi membina kehidupan yang lebih baik dari sebelumnya.

8. Perubahan merupakan sunnah alam dan sunnah kepada manusia itu sendiri. Bagimananpun sunnah alam bukan satu-satunya menjadi agen kepada perubahan makhluk, kerana alam juga merupakan kejadian Allah, atas dasar inilah perubahan, bererti sekadar berdasarkan sunnah alam, yang tidak banyak pengaruhnya terhadap makhluk sejagat berbanding apa yang dilakukan oleh manusia, semalam dan hari ini.

9. Tidak banyak yang berbeza, boleh jadi juga besok. Matahari pagi tidak banyak berbeza dengan matahari petang yang berbeza dari segi rasa panasnya sahaja ini pun dapat dirasai bagi anda yang biasa dengan alat-alat yang disediakan untuk melindunginya. Bagi orang biasa dengan perit matahari tiada bezanya. Jangan jadi begini, berubahlah mudah-mudahan kita akan mencapai matlamat untuk mencapai tahap negara maju tahun 2020.

10. Islam juga mengajak kita supaya mengislah diri ke arah yang lebih baik, iaitu menggalakkan umatnya supaya berubah dengan mengambil kira lumrah alam yang memerlukan Tajdid dalam semua perkara yang berkait rapat dengan kehidupan manusia seharian.

11. Perubahan tidak mungkin berlaku jika kita sendiri tidak mahu berubah. Tuhan tidak akan mengubah nasib seseorang itu, melainkan orang itu sendiri yang menggubahnya.

12. Apa jua yang kita lakukan merupakan tanggunjawab, justeru, kita sebagai anggota perkhidmatan awam perlu cepat berubah dari malas bekerja, lambat datang ke pejabat, sekarang perlu berubah ke arah datang awal, bersungguh-sungguh berusaha supaya seiring dengan negara yang sudah maju, kini kita hidup di zaman teknologi, dunia tanpa sempadan, apa sahaja yang kita mahu boleh diperolehi dalam jangka masa yang cepat untuk berubah mesti ada ikon, tambah nilai, memahami kehendak negara iaitu dengan mengutamakan kehendak rakyat dan disusuli dengan integriti. Jika ciri-ciri ini ujud dalam jiwa kita pasti perubahan akan berlaku, wawasan akan dapat dicapai bila tiba masanya.


MT
TINGKAT 6

SATU MALAYSIA - SIRI 9

Wawasan YAB. Perdana Menteri merangkap Presiden Parti menzahirkan hasrat beliau betapa sayangnya kepada Malaysia yang menjadi milik kita semua sejak kita mencapai kemerdekaan pada 31 ogos 1957, beliau selaku Perdana Menteri yang ke-6 bercita-cita besar ingin membawa negara ini setanding dengan negara maju di Eropah dalam jangka masa yang telah Tun Dr. Mahathir tetapkan iaitu tahun 2020.

2. Dalam hal ini Datuk Seri Mohamad Najib mahu wawasan Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak mati ditengah jalan maka beliau dengan rasa rendah hati menyuntik semangat juang kepada kita dengan wawasan “Satu Malaysia” bermakna kita sebagai warga negara seharusnya jangan lena, terus bangun menggorak langkah dengan penuh semangat bahawa matlamat dan wawasan itu tidak akan tercapai tanpa kita sendiri yang menggoraknya. Misalnya dari sudut ekonomi kini kita menghadapi sedikit muram, namun kita masih boleh bergerak walau dengan cara perlahan, kita belum sampai ke peringkat parah, lebih-lebih lagi dengan suntikan-suntikan kerajaan maka kita sebagai rakyat dapat bertahan, seharusnya pada saat inilah melipatgandakan daya usaha memulihkan ekonomi ini dengan mengawal perbelanjaan seharian kita.

3. Konsep “Satu Malaysia” tentunya menolak sebarang gerakan atau sebarang agenda dari mana-mana puak/kumpulan (agama/parti) atau sebarang saranan atau tuntutan dari puak-puak yang sempit pemikirannya atau fanatik dengan puak kumpulan, pegangan, mazhab masing-masing.

4. Golongan seperti ini boleh dianggap sebagai radikal, sanggup melakukan apa sahaja asalkan menguntungkan mereka, kita semua tahu perkara ini.

5. Saya yakin bahawa apa yang diperjuangkan oleh kumpulan yang disebutkan seperti tidak dapat membantu memulihkan suasana yang ada. Tindakan-tindakan yang dilakukan boleh menyebabkan pelaburan asing tidak begitu yakin untuk membuat pelaburan ke Malaysia. Justeru kerajaan pimpinan YAB Dato’ Seri Mohamad Najib tidak akan membenarkan sesiapa pun mengatasi undang-undang untuk kepentingan peribadi atau kumpulan-kumpulan tertentu.

6. “Satu Malaysia” yang diilhamkan untuk pembangunan mental dan negara, justeru pihak-pihak tertentu jangan sekali-kali mengkritik atas kepentingan peribadi atau kepentingan puak-puak tertentu, pada saya kita boleh mengkritik apa jua pun asalkan kritikan itu boleh membina atau boleh membantu ke arah kebaikan. Kita tidak mahu apa yang di buat oleh kerajaan, semuanya tak betul. Jika begitu gaya sudah pasti yang merugikan kita sebagai rakyat.

7. “Satu Malaysia” tidak bermaksud untuk dijadikan sebagai slogan kerana ianya tidak akan membawa apa-apa. Justeru kita sebagai rakyat mesti mengisi ruang-ruang yang disediakan oleh kerajaan walau dimana kita berada. Jika kita seorang mahasiswa/i harus belajar bersungguh-sungguh menimba ilmu pengetahuan, jangan sekali-kali membuang masa dengan melibatkan diri dengan pertubuhan/persatuan yang boleh merugikan diri, keluarga dan negara. Diri tidak mendapat ilmu yang secukupnya semasa di billik-bilik kuliah, sementara, keluarga menaruh harapan sepenuhnya untuk melihat anaknya berjaya dalam pelajaran, seterusnya dapat membaiki kehidupan keluarga. Manakala kerajaan pula rugi kerana kita tidak dapat membantu kerajaan sebagai seorang siswa/i yang betul-betul layak diiktiraf sebagai pemegang ijazah khusunya dari segi pemikiran. Itu perlu sedar bahawa sebagai warga negara wajib membantu membangun negara dengan apa cara sekali pun. Negara stabil dapat hidup dalam aman damai, untuk mencapai kestabilan tanggungjawab kita bersama.


MT
TINGKAT 6

APA LAGI YANG NIZAR NAK BUKTIKAN...SUDAH-SUDAHLAH TU....

Nizar nampak gaya masih lagi tidak dapat menerima hakikat yang jawatannya sebagai MB telah gugur dan terlucut bila Sultan Perak melantik Datuk Dr. Zambry sebagai MB Perak yang baru.Sifat tidak puas hati Nizar masih lagi membara walaupun sudah beberapa kali diterangkan.

Perkara ini masih tiada penghujungnya bila Nizar masih lagi memfailkan notis usul agar Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan Perkara 63 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak tidak sah dan terbatal kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Mohammad Nizar masih menyatakan dirinya Menteri Besar yang sah berdasarkan kepada Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak kerana beliau yang bertindak menasihati Sultan.Bagi Nizar semua orang Termasuk Baginda Sultan harus menerima nasihat dari beliau sahaja .Dan orang lain tak layak nak menasihati beliau termasuklah Baginda Sultan Perak.

Sikap Nizar itu menggambarkan beliau seorang pemimpin Islam yang benar-benar sombong dan angkuh.Nizar berada di istana ketika baginda bertitah supaya dicari titik pertemuan antara parti-parti politik berbeza, tetapi selepas itu beliau boleh mengeluarkan kenyataan tidak akan bekerjasama dengan UMNO.

Tindakannya itu menunjukkan beliau bukan sahaja membelakangkan nasihat Sultan tetapi juga seorang pemimpin Islam yang angkuh dan sombong serta sanggup melihat kehancuran bangsa sendiri.

Apakah Nizar buat lupa titah Sultan bahawa perebutan kuasa tidak akan memberi manfaat kepada warga, malah rakyat biasa akan menjadi mangsa kerana terpaksa bergelut untuk memiliki keperluan hidup harian.Sebaliknya Nizar pula beliau meminta Sultan Azlan Shah membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Orang melayu merasa sedih bagaimana seorang pemimpin melayu sanggup memperlekehkan ingatan Baginda yang mahu orang melayu mencari satu formula untuk mencari perdamaian.Apakah Nizar sudah tidak mahu menganggap Sultan sebagai Payung pada seluruh rakyat negeri Perak.

Dari tindak tanduk Nizar dengan membawa kes perlantikan MB ke mahkamah jelas Nizar tidak mahu lagi menerima nasihat dari Sultan.Jelas Nizar ibarat berkerat rotan dalam kemelut ini.Sayang melihat pemimpin melayu sendiri menghina Rajanya sendiri hanya kerana kuasa .

Sedih melihat pemimpin melayu sendiri tidak membantu orang melayu Perak bila kuasa ditangan.Sedih melihat pemimpin melayu sendiri memberi hak orang melayu pada bangsa asing.Sedih melihat pemimpin melayu mementingkan kroni dari melihat bangsa sendiri yang merempat di tanah sendiri.

Pada Nizar ,insafilah titah Sultan yang mahu pergolakan ini berpenghujung bukan bermula....Diharap kita jangan lah jadi si tanggang dan malim kundang yang derhaka pada ibu bapanya.Diharap Nizar menerima apa yang Sultan titah ,walau ianya agak terlambat tapi ianya harus ada permulaan.

RENUNG RENUNGKAN LA.....BAK KATA NABIL YG MENANG ABPBH2008, LU PIKIR LA SENDIRI

OLEH : MELUR...

RELEVANNYA PEGAWAI KERAJAAN ADALAH SEPERTI "JATUH KE LAUT MENJADI PULAU, CAMPAK KE DARAT MENJADI BENIH,..KATA TS ISMAIL ADAM

OLEH : PEMIKIR - MM

Jatuh ke laut jd pulau, campak ke darat menjadi benih, menjadi ibarat penjawat-penjawat awam yang ditaksirkan berprestasi dalam sektor masing-masing. pepatah ini yang di sebutkan oleh Tan Sri Ismail Adam, KPPA dalam sesi dialog TV1, RTM, 9 mlm, 28 April di Auditorium JPA, Putrajaya, sangat dalam dan tepat maknanya, lebih-lebih diaplikasikan kepada watak penjawat awam yang terdiri daripada 1.3 million. Dari jumlah ini, 250 000 adalah penjawat-penjawat pelbagai jawatan dalam perkhidmatan awam.

Selanjutnya Tan Sri KPPA menganalisa prestasi dan kebolehan tiap pegawai itu kepada beberapa faktor. penjawat itu perlu mempunyai pengetahuan, kreativiti/ inovasi, kelainan, keupayaan meningkatkan nilai kerja (added value) dan sentiasa diperlukan oleh pengurusan.Pegawai ini akan dengan sendirinya terasa ia adalah relevan dalam tempat kerjanya. ciri-ciri ini perlu ada supaya pegawai ini dapat lebih berkesan. Dia ini boleh ditugaskan di mana-mana jua dalam perkhidmatan awam dan tetap dapat mencapai prestasi tinggi.

Pemerhati berharap bahawa pegawai-pegawai kerajaan perlu menilai diri mereka sendiri pada tiap masa supaya menjadi asas untuk terus memberi khidmat yang bersungguh-sungguh kepada pengurusan dan juga kepada pelanggan/ stakeholders.

PEGAWAI KERAJAAN MEMPUNYAI MINDA KELAS 1 SEBELUM OGOS 1957...TAN SRI KPPA

OLEH : PEMIKIR - MM

Dalam SIRI DIALOG, TV1, RTM pada 9 mlm, 28 April 2009 di antara Syed Munawar (RTM) dan Tan Sri Ismail Adam ,KPPA ,penonton dan pemanggil telefon berpeluang mengemukakan soalan-soalan. Antara soalan yang menarik ialah bagaimana perkhidmatan awam dapat mewujudkan keperluan minda kelas pertama bagi penjawat-penjawat awam.

Tan Sri KPPA berpendapat bahawa minda kelas pertama telah lama ada pada penjawat-penjawat awam semenjak 50 tahun dahulu lagi. pegawai-pegawai kerajaan ketika itu yang bertanggungjawab membantu pemimpin-pemimpin negara dalam proses membawa Malaya maju kehadapan selepas mencapai kemerdekaan pada Ogos 1957.

Ketika itu, dari rekod-rekod tersimpan di Arkib Negara dan juga di Kementerian Penerangan khususnya Perpustakaan RTM, terdapat banyak maklumat mengenai pegawai-pegawai kerajaan yang bertungkus lumus membuat segala persiapan sebelum dan selepas 31 Ogos 1957. Majoriti pegawai-pegawai tinggi ini yang sudah pun tiada lagi, merupakan graduan-graduan khususnya dari Universiti-universiti tersohor di UK. Mereka ini berkelulusan dalam bidang undang-undang, sains politik, perubatan dari universiti-universiti Britain spt Oxford, Cambridge, Wales, Nottingham,London DLL termasuk Australia.

Tan Sri KPPA memberitahu sesi dialog ini dan juga peminat-peminat RTM bahawa pegawai-pegawai ini yang berlatarbelakangkan pelbagai ilmu adalah dari bandar dan luar bandar termasuklah kampung-kampung yang belum mengenali modenisasi.

Pemerhati berpendapat semua negara didunia ini mempunyai pemimpin-pemimpin, pegawai-pegawai kerajaan mereka yang berminda kelas 1 sehinggakan tiap negara telah menikmati pembangunan yang berterusan pada setiap tahap sehingga memaparkan kemajuan yang sangat dinamis dalam kurun 21 ini.

Bagi Malaysia, rakyat sepatutnya bersyukur serta berterima kasih kerana dengan adanya penjawat-penjawat awam berminda kelas 1 semenjak merdeka lagi, kerajaan terus mencapai anjakan demi anjakan dalam semua segi yang dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat majmuk.

Pemerhati bersetuju dengan pandangan Tan Sri KPPA dan semoga generasi muda pegawai-pegawai kerajaan dalam semua sektor fahami sejarah perkhidmatan awam dan sepatutnya memberi sokongan moral kepadanya untuk terus berprestasi tinggi.

Tuesday, April 28, 2009

Satu Malaysia Ke Arah Kekitaan Dan Bersama-sama Memajukan Negara...YAB PM

Oleh: Pemikir

Satu Malaysia bukanlah satu perkara yang baru. Ia merupakan kesinambungan yang telah wujud sejak almarhum Tunku Abdul Rahman yang telah berjaya memajmukkan masyarakat berbilang bangsa, agama dan budaya di Malaysia. Malaysia merupakan satu negara berjaya mempunyai banyak pencapaian sejak 50 tahun merdeka.

YAB Dato' Sri Perdana Menteri mengingatkan hadirin dalam Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-10 pada 28 April 2009, bahawa detik buruk 13 Mei 1969 hendaklah diamati dan ia merupakan permulaan semua rakyat Malaysia menerima kemajmukan Malaysia adalah hakikat atau realiti kita tidak dapat elakkan.

Satu Malaysia...Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan, merupakan teras untuk memacu Malaysia terus ke hadapan berpegangkan Perlembagaan dan Rukun Negara. Dengan cara ini kerajaan akan dapat wujudkan satu masyarakat majmuk tanpa kelas dan tidak tercicir dalam arus pembangunan di samping menjamin hak masing-masing.

Satu Malaysia ini juga bertujuan untuk memupuk perasaan kekitaan dan bersama-sama mengukuhkan kerajaan dan negara. Ia juga membolehkan kerajaan memberi keutamaan kepada kebajikan rakyat yang juga digalakkan dalam Islam. YAB Dato' Sri mengingatkan kepada pesanan Nabi Muhammad S.A.W sebelum wafat melafazkan: "Umatku, Umatku, Umatku".

Kerajaan berazam bahawa ia akan sentiasa feel the pulse of the people sebagaimana yang dilakukan oleh Allahyarham Tun Razak yang tidak jemu-jemu turun ke padang, termasuk kampung-kampung, sawah dan bendang menemui tiap rakyat tidak mengira masa dan tempat. Dengan cara ini pemimpin akan dapat lebih memahami keadaan sebenarnya jika dibanding dengan mereka yang duduk di dalam bilik berhawa dingin membaca laporan sahaja.

YAB PM meminta semua pihak supaya memahami Satu Malaysia dengan lebih terbuka dan tidak tertakluk kepada garis-garis tertentu atau commandments. Setakat ini biarlah Satu Malaysia ini mempunyai strategic ambiguity supaya masing-masing mendefinasinya mengikut pemikiran yang terbuka masing-masing.

YAB PM Puji Imigresen dan LHDN kerana cekap dan berkesan

Oleh: Pemikir

YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak menyeru kepada pegawai-pegawai awam dalam perkhidmatan kerajaan pada 28 April 2009 di PICC, Putrajaya supaya menghadapi cabaran-cabaran. Dari segi jangka pendek, rakyat sedang berdepan dengan tekanan dan kemelut ekonomi yang dihadapi oleh Malaysia dan negara-negara lain. Keduanya ialah menangani segala keperitan hidup rakyat. Dari segi jangka panjang perkhidmatan kerajaan perlu melihat lebih jauh termasuklah membuat perubahan-perubahan berteraskan kreativiti dan inovasi di samping mencapai hasrat-hasrat dan tujuan-tujuan kerajaan yang lebih tinggi termasuklah melonjakkan kelompok rakyat mencapai pendapatan yang lebih tinggi.

YAB mengingatkan bahawa perkhidmatan awam perlu anjakan dalam memberi khidmat kepada rakyat kerana rakyat adalah mereka yang membayar cukai. Kita tidak memerlukan mereka yang hanya memanaskan kerusi atau seat warmers . Kita memerlukan mereka yang betul-betul berkhidmat demi prestasi perkhidmatan awam.

Ketiga, YAB Dato' Sri memberi contoh-contoh perkhidmatan kaunter dalam perkhidmatan awam yang berjaya seperti Imigresen yang telah dapat mengeluarkan pasport antarabangsa dalam masa tiga hingga enam jam. LHDN juga berjaya mengutip cukai bagi 2008 berjumlah RM90 bilion selepas diwujudkan e-filing. YAB percaya bahawa birokrasi akan terus menjadi lebih licin dengan adanya PERMUDAH yang diketuai oleh Tan Sri KSN sendiri.

Perkhidmatan Awam Relevan Dulu dan Sekarang...YAB PM

Oleh: Pemikir

YAB Perdana Menteri dalam ucapan sulungnya pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-10 (MAPPA X) mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Y.A.Bhg. Tun Abdullah Ahmad Badawi kerana dapat menjalankan proses peralihan kuasa kepada YAB dengan baik dan jayanya. YAB juga mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Tan Sri KSN dan Tan Sri KPPA kerana berjaya mengadakan majlis yang dihadiri oleh begitu ramai pegawai-pegawai awam dari seluruh Malaysia. Kehadiran ini menunjukkan bahawa mereka bersama-sama akan merealisasikan cita-cita murni dan aspirasi kerajaan yang dipimpin oleh YAB Perdana Menteri dan ahli-ahli kabinetnya.
YAB Dato' Sri mengaku perkhidmatan awam merupakan tunjang kepada kekuatan kerajaan semenjak ditubuhkan lima dekad dahulu.

Semasa Malaysia menghadapi peristiwa berdarah pada 13 Mei 1969, Allahyarham Tun Abdul Razak telah dilantik sebagai Pengarah MAGERAN untuk menstabilkan dan memulihkan demokrasi. Proses ini telah dapat dizahirkan kerana dengan bantuan mantap yang diberi oleh perkhidmatan awam. YAB Dato' Sri tidak lupa kepada khidmat pegawai-pegawai tertinggi kerajaan yang telah lama bersara atau pergi, di atas khidmat mereka kepada negara ketika itu.

Kini bak kata pepatah sekali bah, sekali pantai berubah, maka perkhidmatan awam perlu memainkan tugas dan peranan yang berbeza supaya mereka bertambah relevan kepada pembangunan negara.

KSN Seru Pegawai-pegawai Awam Sama-sama Membangunkan Negara

Oleh: Pemikir

Tan Sri KSN dalam ucapan aluannya pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-10 (MAPPA X) di PICC, Putrajaya 28 April 2009 memaklumkan dewan yang penuh sesak dan melimpah ruah, turut dihadiri oleh YAB Perdana Menteri dan YAB Timbalan Perdana Menteri mengatakan bahawa pegawai-pegawai kerajaan memberi keutamaan kepada pembangunan negara. Tan Sri mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada YAB Perdana Menteri kerana sudi hadir ke majlis ini berdepan dengan semua lapisan penjawat kerajaan termasuk PTD, PDRM, ATM, TLDM, LHDN, RELA, Imigresen, Kastam, Penerangan dan lain-lain lagi.

Beliau menyeru pegawai kerajaan untuk sama-sama memberi khidmat cemerlang dengan iltizam yang tinggi kepada misi dan visi YAB Perdana Menteri terutamanya 1 Malaysia...Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.

Setiap pegawai kerajaan perlu mengamalkan pendekatan mesra rakyat, berprihatin, cekap, berintegriti dan berkesan terutamanya dalam menghadapi cabaran-cabaran dan tekanan-tekanan ekonomi global yang ada impak bercampur-campur di rantau Asia amnya dan Malaysia khususnya.

PRK Penanti: BN belum buat keputusan & tiada lagi pondok panas

Oleh: Adora

Semalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 23 Mei depan sebagai tarikh penamaan calon dan 31 Mei hari pengundian bagi Pilihan Raya Kecil DUN Penanti, Pulau Pinang.

Pengumuman ini pastinya melonjakkan rasa gembira bukan kepalang kepada pihak pembangkang kerana mereka kononnya ingin membuktikan bahawa barisan pembangkang amat disukai oleh rakyat dan digeruni parti BN. Kerusi DUN Penanti yang dikosongkan oleh bekas TKM 1 Pulau Pinang, Mohd Fairus Khairudin (PKR) itu kononnya akan tetap menjadi milik mereka.

Namun berlainan pula dengan pendirian parti BN. Seperti diputuskan oleh mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO Jumaat lalu, Biro Politik parti itu akan akan mengadakan mesyuarat dalam waktu terdekat untuk membuat keputusan sama ada BN akan bertanding dalam pilihan raya kecil tersebut. BN akan menimbang daripada pelbagai sudut sebelum membuat keputusan ini.

Dalam pada itu langkah SPR mengenakan syarat untuk tidak membenarkan lagi “pondok panas” ditempatkan berhampiran pusat mengundi, merupakan satu kaedah bijak bagi membawa kepada suasana tenteram dan mengelakkan kekacauan penyokong-penyokong parti yang terlalu taksub dan fanatik.

Mungkin wajar BN tidak menghantar calon untuk bertanding di PRK DUN Penanti ini. Biarlah parti pembangkang menang tanpa bertanding dan terus memegang kawasan dewan undangan negeri tersebut. BN tidak akan rugi sedikit pun. Ini bukanlah bermakna BN takut atau gentar. Banyak perkara lagi yang boleh Kerajaan/BN fikirkan dalam memacu dan membangunkan negara.

Kita sendiri sedia maklum tahun 2008 dan 2009 merupakan tahun pilihan raya kecil. Setiap kali pilihan raya akan menelan belanja yang sangat banyak. Wang ini boleh digunakan untuk perkara-perkara lain lebih-lebih lagi di zaman kegawatan ekonomi global pada masa kini.

Monday, April 27, 2009

HARAPAN TINGGI TERHADAP RAIS

Oleh KU SEMAN KU HUSSAIN

KEMBALINYA Datuk Seri Dr. Rais Yatim ke Kementerian Penerangan dan penyusunan semula tiga kementerian di bawah Rais memperlihatkan anjakan dalam barisan Kabinet baru.

Kementerian Penerangan; Kementerian Kebudayaan, Perpaduan, Kesenian dan Warisan serta Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi kini dikenali sebagai Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

Pembentukan Koridor Raya Multimedia (MSC) pada akhir 90-an dianggap sebagai pencetus dasar "langit terbuka Malaysia". Ia menjadikan Akta Penyiaran (Pindaan 1997) sudah tidak relevan. Akta itu terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Penerangan untuk mengawal selia stesen penyiaran kerajaan dan juga swasta.

Disebabkan Akta Penyiaran tidak relevan dengan dasar langit terbuka, maka pada 1999 diwujudkan Akta Komunikasi dan Multimedia dan penubuhan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM). Ini membuatkan kawal selia di bidang penyiaran berpindah dari Kementerian Penerangan kepada Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi.

Cabaran utama penyiaran negara ini adalah untuk memastikan isi kandungan berpaksikan kepada tatasusila budaya setempat.

Tetapi dasar langit terbuka pula difahami sebagai suatu yang menuntut keterbukaan seluas-luasnya tanpa sempadan. Maka banyak larangan dalam Akta Penyiaran sudah tiada dalam Akta Komunikasi dan Multimedia.

Kelonggaran dan SKMM mengakibatkan ada stesen penyiaran yang sudah terpesong jauh dan menjadi pemangkin kepada penularan budaya songsang dari luar. Semua ini tidak menjadi suatu yang sensitif dalam Akta Komunikasi dan Multimedia. Apa lagi ia terpisah dengan kementerian yang bertanggungjawab dalam hal-hal kebudayaan dan kesusilaan.

Kerana itu apabila kerajaan menyusun semula Kementerian Penerangan yang di dalamnya ada kebudayaan dan juga hal ehwal komunikasi, ia diharap memperlihatkan keterbukaan yang ada batasan. Banyak perkara yang ada dalam Akta Penyiaran dulu perlu diberi perhatian oleh kementerian baru ini. Antaranya isi kandungan di stesen penyiaran tempatan.

Pengarah Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Datuk Zainal Abidin Borhan berkata, pemilihan Rais menerajui kementerian itu tepat kerana beliau memahami soal budaya dan prihatin mengenainya.

"Saya berharap kementerian ini akan memberi penekanan kepada Dasar Kebudayaan Kebangsaan dalam bidang penyiaran dan komunikasi," tegas beliau.

Menurutnya, kementerian baru itu harus memberi penekanan untuk memahamkan rakyat mengenai Perlembagaan Malaysia terutama Akta 152 yang menyentuh tentang kedudukan bahasa Melayu.

Selama ini bahasa Melayu terpinggir dan diletakkan pada kedudukan yang tidak sewajarnya. Menggunakan bahasa Melayu bukanlah bererti sudah memartabatkan bahasa Melayu kalau tidak dengan susun kata dan nahu yang betul.

Apabila bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan, ini bukan bahasa orang Melayu tetapi bahasa rasmi rakyat Malaysia. Tidak ada pihak lain yang lebih berpengaruh daripada media elektronik.

Kalau media elektronik dimanfaatkan untuk memacu jurus pemikiran rakyat ke arah pembangunan minda, hasilnya lebih ketara.

Menggabungkan bidang penyiaran, komunikasi dan kebudayaan di bawah satu kementerian adalah langkah pragmatik untuk mengatasi kerenah birokrasi. Ini kerana ketiga-tiga bidang ini berhubung kait antara satu dengan lain. Malah penyusunan semula ini juga akan mengangkat kedudukan Kementerian Penerangan yang telah diambil bidang kuasanya selepas kewujudan Akta Komunikasi dan Multimedia.

Sebelum ini ada pihak mempersoalkan Kementerian Penerangan apabila ada stesen televisyen swasta yang sewenang-wenang melanggar adab dan etika budaya dalam isi kandungannya. Tetapi hakikatnya itu di luar bidang kuasa kementerian itu.

Kandungan di stesen televisyen sekarang begitu kacau-bilau dan pengaruh budaya luar sangat ketara. Sama ada radio atau televisyen, kedua-duanya semakin hilang adab. Tetapi semua ini dianggap sebagai "pembaharuan" yang mesti diterima di bawah dasar langit terbuka.

Walaupun kita menjengah langit terbuka tetapi stesen-stesen penyiaran tempatan perlu memahami tanggungjawab sosial selain tuntutan perniagaan. Persaingan dalam bidang penyiaran dengan kewujudan lebih banyak stesen penyiaran belum memberikan yang terbaik kepada masyarakat. Malah jauh lebih buruk daripada segi nilai berbanding isi kandungan RTM ketika belum wujud stesen swasta.

Jangan terkejut atau pura-pura terkejut kalau dikatakan ada stesen penyiaran negara ini menjadi pemangkin yang merosakkan bahasa Melayu. Malah membawa gaya hidup hedonisme dalam isi kandungan penyiaran.

Semua ini berlaku dengan bebas tanpa sebarang sekatan selepas Kementerian Penerangan tidak mempunyai kuasa ke atas stesen penyiaran swasta.

Ada stesen penyiaran yang dengan sengaja memaparkan campur aduk bahasa Melayu dengan Inggeris dan menjadi satu prasyarat untuk membolehkan sesebuah program diterima oleh stesen berkenaan.

Malah Rais diharap akan memulihkan kembali kedua-dua saluran televisyen RTM supaya berada pada landasan yang sewajarnya. RTM perlu menjadi agen pembudayaan dan bukan agen propaganda murahan.

Dengan tercetusnya fenomena baru bidang komunikasi iaitu kewujudan jutaan blog yang digerakkan oleh blogger, Rais diharap dapat memanfaatkan ruang undang-undang yang ada untuk mendisiplinkan sesetengah blogger.

Tindakan undang-undang diperuntukkan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia ke atas individu yang menyebarkan berita palsu dan juga fitnah.

Biarlah kalau ada pihak yang menganggap penguatkuasaan undang-undang komunikasi sebagai mengekang kebebasan media. Kalau mereka sedar, kewujudan Internet di negara ini adalah satu tanda kebebasan media.

Dengan kecanggihan teknologi komunikasi, penyebar fitnah atau berita palsu boleh dikesan dalam sekelip mata.

Tetapi malangnya sebelum ini peruntukkan undang-undang yang ada dijadikan perhiasan. Undang-undang komunikasi tidak digunakan semaksimum mungkin untuk memberi keadilan kepada mangsa yang difitnah.

Undang-undang adalah perlu untuk mendidik rakyat bertanggungjawab di atas sesuatu yang dilakukan. Rakyat wajar membezakan antara pandangan yang kritikal dengan fitnah. Dan kita memerlukan pandangan kritikal bukan fitnah.

Maka harapan yang tinggi diletakkan ke bahu Rais yang sebelum ini memimpin Kementerian Kebudayaan, Perpaduan, Kesenian dan Warisan dengan jayanya.

Pemilihan tokoh yang memahami dan prihatin kepada soal budaya dan adab susila seperti Rais di Kementerian Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan dijangka mengubah kesongsangan yang ada.

PENULIS ialah Penolong Pengarang
Mingguan Malaysia

Sumber : Utusan Malaysia, 27 April 2009

OPINION: 'Promoting RTM is first priority'





Datuk Ibrahim Yahaya, the former chief news editor of Berita Harian, was appointed the Ministry of Information's director-general of broadcasting. Ibrahim talks to ARMAN AHMAD about his new job.

Q: You are the highest ranking civil servant to have been appointed directly. How do you feel about this?

A: It carries a lot of responsibility. I feel like I am an experiment. If this works out, then the government may take in more people straight into higher posts in the civil service. It's important that I do a good job.


Q: Your appointment was met with a protest by RTM staff who sent a memorandum to Cuepacs. Does this worry you?


A: Actually, there was talk that a PTD (administrative and diplomatic) officer would be appointed. I think that is why some people were unhappy when my appointment was announced. I'm not new in RTM. I have served as a media consultant to the ministry since 2005. I know most of the people in RTM. In fact most of them are my friends. They know I have the experience necessary for the job.


Q: Tell us something about your work in the media.


A: I joined Berita Harian in 1983 as a reporter and was the chief news editor when I left in 1996. Then I joined TV3 as deputy manager of the research division. I became manager of news and current affairs before I left in 1999.


Q: What is RTM's biggest challenge now? What does it need to do to be competitive with other TV stations as well as satellite TV.


A: RTM already has good products. What is needed is a lot of promotion and publicity. Currently, this is number three on our list. We have to give it number one priority. There are areas which need to be improved in terms of work attitude. Our staff need to develop themselves. What they can do today they have to do today and not wait until tomorrow to do it.

Q: RTM hires contract staff. Could this lead to problems?


A: Naturally, the contract workers have to work harder due to the nature of their terms. The demands of the newsrooms mean that extra people need to be employed (for a shorter period compared to permanent staff). It also means that we pay them higher salaries.


Q: What would you do to retain good people, especially since some of your good reporters have gone to the private sector.


A: Good people are hard to come by and they are in high demand. Unfortunately, because the salary scheme here is unattractive, we lose some of our news staff to the private sector. I am trying to get the Public Service Department to put reporters on a higher scale to retain them. We have to give the reporters due recognition. When we promote a good reporter, we take him out of his news beat and give him other duties. This shouldn't be the case. He should get a promotion and also be allowed to continue with his work.


Q: How will you address the opposition's complaint that it gets very little coverage on TV and even then it's negative coverage.


A: One of my objectives is to make RTM known as the national television station and not the government's TV station. In terms of fairness, of late we have given a lot of coverage to the opposition. Many of our shows like Dari Parlimen and dialog@1 are fair to both sides.


Q: What is RTM doing to upgrade itself as it prepares to go digital by 2012?


A: We are upgrading our human resources to cater for the increased amount of content. We are also expanding our engineering and technical units to cope with the expansion. We now have two digital channels, and we also have one televised by Astro known as Muzik TV. There are a lot of challenges ahead. When we go digital by 2012, we will have 19 channels. Astro has more than 100 channels.


Sumber : NST, 26 April 2009

Lambang kegigihan KRU

Kewujudan KRU Studios di Cyberjaya yang sedang rancak dibina bukti kesungguhan tiga beradik dalam industri hiburan

SELEPAS hampir 12 tahun bertapak di Taman Setiawangsa di pinggir ibu negara, KRU Studios Cyberjaya memindahkan keseluruhan operasi syarikatnya di lokasi baru yang lebih luas di Cyberjaya.

Perpindahan itu dianggap wajar kerana kegiatan syarikat kumpulan KRU yang semakin besar, terutama sejak pembabitan mereka dalam sektor perfileman dan teknologi animasi. Ini menyebabkan mereka perlu mempunyai sebuah kompleks studio yang lebih luas untuk menempatkan pelbagai peralatan penerbitan berteknologi tinggi, bukan saja untuk perfileman tetapi juga penghasilan produk muzik.
Malahan KRU Studios di Cyberjaya turut menempatkan ibu pejabatnya bersama 17 lagi syarikat yang khusus dalam multimedia kreatif.

Apapun ini adalah satu pencapaian membanggakan kepada tiga bersaudara - Norman, Yusry dan Edry Abdul Halim yang sentiasa bersungguh-sungguh dalam bidang yang mereka ceburi sama ada muzik, perfileman dan teknologi animasi.

Ia dimulakan dengan kompleks studio rakaman berkeluasan enam hektar milik Cyberview Sdn Bhd, yang mula dibina pada awal tahun 2009 dan bakal siap sepenuhnya Ogos tahun ini. Ia dijangka beroperasi sepenuhnya Januari 2010.
Presidennya merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KRU Studios, Norman Abdul Halim berkata, KRU Studios Cyberjaya juga adalah kompleks yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan peralatan canggih untuk bidang penerbitan pelbagai produk hiburan serta multimedia.

Apabila siap, KRU Studios dilengkapi dengan lima studio penerbitan audio, lima studio suntingan, studio pengimejan digital dan studio animasi visual kesan khas.

Dua dua studio soundstage masing-masing berkeluasan antara 2,500 hingga 10,000 kaki persegi, sesuai untuk persembahan konsert serta rakaman muzik video.

KRU Studios juga turut menempatkan peralatan produksi berteknologi digital seperti sistem penataan kesan khas dan Imej Janaan Komputer (CGI) yang digunakan secara meluas dalam industri penerbitan antarabangsa ketika ini.
“Tidak ketinggalan set penggambaran luar berkeluasan 1.8 hektar (4.5 ekar), kafetaria, pusat rekreasi dan blok pejabat yang mampu menempatkan 100 petugas KRU Studios pada satu masa,” katanya ketika melawat tapak pembinaan KRU Studios bersama-sama dengan wakil media, baru-baru ini.

Norman berkata, KRU Studios Cyberjaya bertindak sebagai Pusat Sehenti Penyelesaian atau One-Stop Solution membabitkan kerja awal hingga akhir proses penerbitan filem cereka, muzik, program TV dan iklan komersial.

“Kita merancang mengeluarkan 300 drama dan 12 filem untuk tahun depan. Ia sebenarnya dapat memperkukuhkan lagi strategi pemasaran antarabangsa syarikat kami dengan mengadakan lebih banyak usaha sama dengan pihak produksi luar negara.

“Ia juga dilihat bakal menjadi tarikan baru syarikat produksi dari luar negara, setanding Universal Studios di Hollywood,” katanya.

Studio sekarang tidak selesa

SEMENTARA itu, Edry berkata dalam usahanya menerokai pasaran industri kreatif dunia, KRU Studios harus memindahkan operasinya ke ibu pejabat baru bagi memberi keselesaan kepada pelanggan tempatan dan luar negara yang menggunakan khidmat syarikatnya.

“Memang pejabat operasi kita yang berada di Taman Setiawangsa tidak lagi sesuai disebabkan rumah kedai yang diubah suai untuk dijadikan studio. Apabila kami mendapat perkhidmatan daripada syarikat produksi dari luar negara, kita harus mengutamakan keselesaan pelanggan.

“Ruang yang ada agak terhad, tidak sesuai untuk menjalankan kerja produksi,” katanya.

Diminta mengulas lanjut, Yusri berkata, pembinaan ibu pejabat dan studio baru itu juga sebahagian daripada pelaburan strategik syarikatnya dalam usaha menguasai pasaran industri kreatif antarabangsa, terutama di peringkat serantau.

“Ia sebagai memenuhi visi dan misi antarabangsa KRU Studios, selain menjadikan satu jenama hiburan terulung dunia sejajar semangat Malaysia Boleh. Memang kami berazam menjadikan kompleks ini setanding studio gergasi di luar negara seperti di Hollywood,” katanya dengan pembinaan studio itu dapat mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada lepasan institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan, terutama yang mempunyai kepakaran berkaitan.

Tambah Yusri, dengan adanya kompleks serba canggih itu, KRU Studios dapat membantu perkembangan industri muzik, filem, penerbitan program televisyen dan multimedia di negara ini.

“Sebelum ini penerbit filem tempatan termasuk kami sendiri masih bergantung kepada proses kesan khas dari Thailand. Apabila studio ini siap, kita tidak perlu lagi ke luar negara. Ini secara tidak langsung dapat membantu penerbit menjimatkan masa dan kos penerbitan,” katanya yang turut mengalu-alukan syarikat penerbitan tempatan yang lain untuk sama-sama manfaatkan KRU Studios.

FAKTA NOMBOR: KRU Studio

60 peratus siap

14 studio akan dibina bagi tiga fasa sehingga 2015

RM50 juta kos bagi setiap satu fasa pembinaan.


WIRA : Tahniah KRU...

Sumber : Berita Harian, 27 April 2009

PAS : Letak syarat terima kerajaan campuran

KUALA LUMPUR: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, tidak menolak pembentukan kerajaan campuran dengan Barisan Nasional (BN) jika Pas ditawarkan kementerian penting seperti kewangan dan pelajaran.

Nik Abdul Aziz berkata, jika BN ingin menawarkan Pas untuk bersama membentuk kerajaan campuran, mereka mesti bersedia untuk menyerahkan dua kementerian berkenaan kepada wakil parti itu.

Perkara itu dinyatakan anak lelaki Nik Abdul Aziz, Nik Abduh, dalam blognya, sambil mendakwa pembantu bapanya cuba melaga-lagakan antara beliau (Nik Abdul Aziz) dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata, Pas perlu miliki kementerian yang penting bagi membolehkan program Islam dilaksanakan.

"Saya memiliki banyak cerita menarik di sebalik apa yang anda tahu mengenai bapa. Komennya di atas bukankah mencetuskan persoalan kerana bukankah beliau lantang menolak Kerajaan Perpaduan dan bukankah beliau berang dengan cadangan Abdul Hadi.

"Biar saya beritahu anda, bapa hidup dengan hujah. Itulah makanan berkhasiat yang memanjang dan memberkati umurnya. Bila hujah agama itu ada, bagaimana beliau akan tolak mentah-mentah," katanya.

Beliau mendakwa, Nik Abdul Aziz menolak Kerajaan Perpaduan adalah disebabkan hasutan pembantunya yang kononnya serba tahu dan mereka berseronok untuk melaga-lagakan antara kedua-dua tokoh Pas itu.

Katanya, Nik Abdul Aziz pernah menghentam kerajaan campuran tetapi selepas pertemuan 10 minit dengan Abdul Hadi, beliau tidak lagi menyerang Presiden Pas itu kerana sudah mendapat penjelasan sebenarnya.

Nik Abduh berkata, pembantu bapanya kini tidak berpuas hati atas kegagalan mereka untuk melaga-lagakan Nik Abdul Aziz dan Abdul Hadi.

Berhubung pemilihan menjelang Muktamar Pas Jun ini, Nik Abduh berkata, wujud usaha yang dirancang rapi untuk memisahkan kepimpinan ulama daripada menerajui parti itu.

Katanya, nama Nik Abdul Aziz juga digunakan yang kononnya menyokong sesetengah pihak bagi tujuan mencapai hasrat mereka untuk memperoleh kemenangan.


Sumber : Berita Harian, 27 April 2009

PPSMI elak dipolitikkan

KERTAS kerja Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sudah sedia untuk dibentangkan dan hasilnya memang dinantikan. Banyak pihak menyokong tidak kurang membangkang PPSMI.

Kadang-kadang apabila politik menjadi keutamaan, isu PPSMI yang menjadi penentu masa hadapan generasi diperjudikan begitu saja tanpa melihat akibat dan kesannya.

Pada pandangan saya, kerajaan sewajarnya membuat pertemuan meja bulat dengan semua pihak yang menyokong dan membangkang PPSMI. Panelnya daripada wakil pelajar sekolah supaya mereka boleh membuat keputusan tepat.
Saya khuatir jika suara membangkang menenggelamkan suara yang menyokong akan tergambar bahawa seolah-olah tiada sesiapa menyokong PPSMI ini.

MOHD SYAMEER FIRDAUS,
Pelajar sekolah menengah.

Sumber : Berita Harian, 27 April 2009

Masjid Besi : Mercu tanda baru Putrajaya

Masjid Besi mampu tampung 20,000 jemaah, bakal tarik pelancong

PUTRAJAYA: 'Masjid Besi' berharga RM200 juta di Presint 3 di sini yang dijangka siap sepenuhnya Ogos ini, bakal menjadi mercu tanda baru bandar raya pentadbiran Kerajaan Persekutuan ini termasuk tarikan pelancong dan keselesaan beribadat.

Kontraktor pembinaan sudah diarah menyiapkan masjid berkenaan mengikut tempoh ditetapkan dan apabila siap ia berkenaan boleh menampung jemaah sehingga 20,000 pada satu-satu masa.

Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Samsudin Osman berkata antara ciri istimewa masjid yang dibina menggunakan 6,000 tan keluli yang membentuk 70 peratus daripada bahan binaannya menggabungkan teknologi moden dari Jerman dan China.

Apabila siap, masjid berkenaan akan diuruskan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan bakal diberikan nama lain. Masjid mula dibina pada 2004 tetapi pembinaannya terlalu perlahan.

Keluli yang menjadi kerangka tiang dan dinding masjid juga dikemaskan dengan bahan telus cahaya dikenali ‘crystalized glass’ bagi membolehkan ia kelihatan berwarna putih dari jauh.

Apabila malam, cahaya lampu akan menambah keindahan masjid yang boleh dilihat dari jambatan Seri Saujana.

Setiap panel dinding luar masjid dinamakan Masyrabiah diperbuat daripada anyaman besi tahan karat atau ‘architectual wire mesh’ yang mempunyai ciri unik iaitu telus cahaya dan angin membuatkan pengunjung selesa dengan hembusan angin segar.

Malah, masjid berkenaan tidak mempunyai kipas angin, sebaliknya menggunakan menggunakan sistem pengudaraan udara sejuk dalam bangunan masjid bagi menggantikan sistem penghawa dingin.

Beliau berkata, anyaman Masyrabiah diimport khas dari Jerman dan menjadikan ia satu-satunya bangunan dengan anyaman besi tahan karat di negara ini.

Ia juga dilitupi panel bercorak geometri pada bahagian luar, juga daripada jenis besi tahan karat selain hiasan kaligrafi di setiap ruang bangunan itu.

Perjalanan ke masjid melalui sebuah jejantas yang menghubungkan Dataran Putrajaya ke kawasan masjid, Kiblat Walk seluas 13,639 meter persegi. Kawasan yang menghadap kiblat itu dihiasi kolam air seolah-olah berada di kawasan kota istana purba al-Hambra.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal ketika meninjau pembinaan masjid itu, memberitahu kontraktor beliau mahu sembahyang Tarawih di masjid itu pada Ramadan akan datang atau jika tidak siap akan sembahyang di luar masjid.

"Apabila siap nanti saya berharap masjid ini akan menjadi mercu tanda dan daya tarikan baru kepada orang ramai dan pelancong asing dari seluruh dunia datang ke Putrajaya pada masa depan," kata

INFO: Masjid Besi, Putrajaya

10 bazar atau ruang niaga dalam kawasan masjid.

Bilik pameran mampu memuatkan 250 orang.

Bilik pengurusan jenazah.

Bilik kawalan audio visual

Ruang letak kereta (bawah tanah).

Kiblat Walk - ruang kolam umpama Istana al-Hambra yang menghadap Kiblat.

Iwan Utama - Laluan gerbang utama menuju Sahn yang terukir Asma Ul-Husna.

Sahn - kawasan laman menempatkan ruang solat terbuka dan padang.

Dinding Mihrab - kawasan ruang solat utama, ditempatkan cermin kaca dengan ukiran ayat al-Baqarah dan Ibrahim kelihatan seolah-olah terapung di udara.


Sumber : Berita Harian, 27 April 2009

Friday, April 24, 2009

Ulama-Erdogan divide sees cracks within Pas

OVER the past decade, Parti Islam Se-Malaysia has always made headlines whenever its faithful have gathered for the muktamar or annual party assembly.

Major contests for senior party posts are shaping up in the approach to Pas' 55th muktamar, to be held from June 5 to 7 in Selangor.

Umno, having only recently elected its new team, is keen to see the type of leaders Pas delegates will elect. The new line-up will indicate how intense the traditional Umno-Pas battle for the Malay ground will be for the next general election, what with more liberal Malays also turning to Parti Keadilan Rakyat and the DAP.

The concern of Pas' allies Parti Keadilan Rakyat and the DAP, meanwhile, is that the new Pas leaders remain committed to Pakatan Rakyat, amid disquiet among groups within Pas wanting the party to be on its own. PKR and the DAP are crossing their fingers that Pas post-June will be the sort of partner they would be comfortable with.

Since 2005, when many Young Turks, led by deputy president Nasharuddin Mat Isa, gained places on the party's central committee, delegates have been openly criticising party leaders. Even party president Datuk Seri Abdul Hadi Awang was not spared at the 2005 muktamar. Delegates criticised him for Pas' heavy losses in the 2004 general election, while at another muktamar, members of the Dewan Ulama had an earful for "not playing their roles in society".

Just 10 months ago, at last year's Pas muktamar in Ipoh, several leaders from the "pro-ulama" faction were singled out for being overly friendly with Umno, while those from the "Erdogan" faction were ticked off by delegates for supporting opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim, whose obsession with becoming prime minister sits uneasily with many in Pas.

Party organ Harakah is also scrutinised at almost every muktamar, with the management and editorial board questioned on content.

There have also been contests for party positions up to the deputy-president level, with the outcome of elections in 2005 and 2007 being a line-up balanced between conservatives and reformists.

Developments in Pas since last year, however, have led to uncharacteristically intense campaigning for contests for key posts, particularly for the deputy presidency held by Nasharuddin.

As much as Pas leaders deny that factionalism exists in the party, political watchers view this year's elections as being between the pro-ulama group and the Erdogan faction.

The side supporting closer ties with Umno, led by Hadi, are labelled the "ulama" faction, while those who support Anwar are tagged the "Erdogans" because of Anwar's close ties with Turkish leader Reccip Tayyip Erdogan.

The former is synonymous with a more conservative Malay-Muslim view of the party's objectives, while the Erdogans, who have the blessing of spiritual leader Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, believe that Islamic principles can complement an equitable multicultural society.

Hadi is almost certain to be returned unopposed despite criticisms of the botched unity talks with Umno, and more recently, his proposal for a "unity government" between Umno and Pakatan Rakyat.

Nik Aziz, despite having secured a nomination for the presidency from the Bukit Bintang division, has declined to contest.

Nasharuddin, despite being the key person who led the third generation in Pas four years ago, is expected to face a tough fight to retain his post.

Party insiders say his rise from secretary-general to the No. 2 position in the party as having been "too fast" -- Nasharuddin won the post in a straight fight with conservative ulama Hassan Shukri in 2005.

Some also feel he is losing the support of some Young Turks who had worked with him on pushing for reforms in Pas to appeal to a wider multiracial audience, because of his direct involvement in the controversial unity talks with Umno.

Nasharuddin was challenged in the 2007 party elections by conservative Terengganu ulama Datuk Harun Taib, then Dewan Ulama chief, and retained his post.

Now Pas divisions are again considering others for Nasharuddin's post. To date, vice-presidents Husam Musa and Mohamed Sabu, Kedah Menteri Besar Datuk Seri Azizan Razak, and deputy Mursyidul Am Datuk Dr Haron Din have been nominated for the post.

Mohamed Sabu and Azizan have indicated interest. Husam has been more coy, but his interest to contest might be seen in his own division -- Kubang Kerian -- having nominated him.

The contest for the three vice-presidencies is developing interestingly, with the nomination of the now-popular former Perak menteri besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin. Nizar, although not a member of any faction, clearly shares the sort of moderate views espoused by the Erdogans, and he would consider contesting should nominations continue to stream in.

Other popular new faces are youth chief Salahuddin Ayob and central committee member Hanipa Maidin.

While contests are encouraged in Pas, the excessive campaigning and politicking of the 2005 elections were a departure from the party's tradition of syura or consultation.

Campaigning, now marred by agents, has moved into the blogosphere where minor and irrelevant issues are played up by pro-Pas bloggers.

Prior to 2005, there were certain taboos in Pas party elections. As a party espousing what it believes are the highest ideals of Islamic theocracy, Pas candidates were known to prefer gentlemanly syura rather than open contests for party posts. It was just not proper for candidates to employ agents to lobby support and run down opponents.

Candidates who campaigned excessively were rejected by delegates as being too concerned with fighting for positions and recognition.

But that was then, and times have changed.

zubaidah@nst.com.my

Sumber : NST, 24 April 2009

MALAYSIA JADI PEMAIN UTAMA

Oleh sahbulah darwi
pengarang@utusan.com.my

JOHOR BAHRU 23 April - Langkah kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor perkhidmatan mampu menjadikan Malaysia sebagai pemain utama dalam ekonomi global.

Setiausaha Agung Persatuan Perdagangan dan Industri Kebangsaan, Datuk Syed Hussein Al Habshee berkata, langkah berkenaan dijangka meningkatkan lagi kemasukan pelaburan asing dalam sektor terlibat dan seterusnya merancakkan ekonomi.

"Para pelabur sudah tentu tertarik dengan langkah liberalisasi itu yang memudahkan perniagaan kerana mereka tidak perlu lagi memikirkan soal 30 peratus ekuiti tempatan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan 27 sektor berkenaan diliberalisasikan berkuat kuasa serta-merta tanpa sebarang syarat ekuiti dikenakan.

Najib memberitahu, langkah itu bermakna syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor terbabit tidak lagi terpakai.

Syed Hussein berkata, pertumbuhan subsektor berkenaan akan menguntungkan rakyat tempatan khususnya masyarakat peniaga bumiputera melalui penyertaan mereka dalam bidang-bidang berkaitan.

"Contohnya dalam bidang perubatan, jika ada syarikat asing dari Asia Barat yang hendak membuka hospital di negara ini, maka sudah tentu manfaatnya bukan sahaja untuk sektor itu tetapi juga kepada rakyat tempatan dalam mendapatkan perkhidmatan dan peluang pekerjaan," katanya.

Beliau yang juga Naib Presiden Persatuan Anak-Anak Melayu Johor, Wilayah Persekutuan dan Selangor berkata, ia seterusnya melonjakkan daya saing masyarakat perdagangan dan perniagaan serta golongan profesional bumiputera.

"Liberalisasi ini sesuatu yang kita tidak boleh elak dan ia sebenarnya bertepatan dengan masa kerana masyarakat bumiputera sudah bersedia dan mampu untuk bersaing," katanya.

Justeru, menurutnya, kerajaan menerusi Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) boleh memantau penyertaan masyarakat bumiputera bagi memastikan mereka tidak terpinggir dalam subsektor berkenaan.

Sumber : Utusan Malaysia, 24 April 2008

Perjumpaan Blogger Dengan YB Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim



Antara kawan-kawan blogger yang hadir.


YB Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia telah menganjurkan satu Majlis Ramah Mesra bersama para blogger Malaysia bertempat di Restoran Seri Melayu, Jalan Conlay, Kuala Lumpur pada 22 April 2009. Tulip merupakan salah seorang jemputan dalam majlis tersebut. Majlis itu dihadiri oleh ramai rakan blogger yang terkenal seperti Dato Kadir Jasin, Dato Ruhanie Ahmad, Dato Ibrahim Yahya, Dr. Novandri, Rocky Bru, Nuraina Samad, Nobisha, A Voice, Syed Akbar Ali, Parpukari, Kepal Nasi Kepal Beras dan lain-lain lagi.

Pada majlis yang santai itu, YB Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim menyatakan bahawa generasi muda kini lebih menggemari dan meminati kepada genre Internet, apabila banyak blog dan facebook yang wujud umpama 'cendawan tumbuh, selepas hujan'. Ini merupakan satu platform baru bagi anak muda melahirkan pandangan kritis mereka.
Dato' Rais juga mengingatkan para blogger mematuhi etika ketika menulis dan sentiasa menulis berdasarkan fakta yang sahih dan jangan dijadikan alam maya sebagai tempat menabur fitnah. Penulisan berdasarkan fakta yang tidak betul akan melunturkan reputasi dan kredebiliti seseorang blogger. Blogger perlu memperbanyakkan penulisan yang menjelaskan program dan dasar Kerajaan sebagai satu bonus positif terhadap apa yang telah dilakukan oleh Kerajaan.

Beliau juga meminta agensi di bawah kementeriannya supaya sensitif apa yang berlaku di alam maya ini dan bersedia memberikan hujah dan penerangan dengan keintelektualan agar segala permasalah dan kebuntuan dapat dirungkai. Jika dibiarkan, agensi ini menjadi ketinggalan zaman dan minda rakyat akan terus rosak disogok dengan cerita-cerita fitnah dan palsu.

Di akhir pertemuannya, beliau berharap kawan-kawan bloggers akan terus mengamalkan, menyemai dan menjayakan konsep 'Satu Malaysia' dalam setiap penghasilan nukilannya.

Thursday, April 23, 2009

JACKSON GIVES THUMBS-UP 1MALAYSIA CONCEPT

Kuala Lumpur : A Top United States civil rights leader believes Malaysia can become a leading economy with the implementation of the 1Malaysia concept.

Reverend Jesse Jackson Sr said "Malaysians who profess many cultures, relegions and languanges must become one nation under a common umbrella. The many languanges should bear a common message because to grow, you have to ear down walls and build bridges"

Jackson, who was speaking after delivering his keynote address at the : Bridgs - Dialogues Towards a Cultured of Peace" peace conference here yesterday, said the goverment must make room for woman, immigrants and more than one religion.

"people cannot survive in their own little group as Muslim, Hindus, Buddhists and Christian. Those who live in one nation must find common ground.

" so , the more you go to school, work and live in neighbourood together, you learn to be progressive together. So long as you have walls of separation, it will inhabit growth".

Former Deputy Prime Minister, Tun Musa Hitam, who is also Malaysian chairman of the conference, said the 1Malaysia concept had been the objektive of Malaysian leaders since dependence. He said Malaysians needed to put aside prejudices and perceptions they had against each other.

on another subject,Jackson said he would be leading a mission to Iran to make a humanitarian plea for the release of US-Iranian journalist Roxana Saberi,31, who was sentenced to eight years' jail last week for allegedly spying for the US.

Sumber : NST, 23 April 2009

SATU MALAYSIA - SIRI 8

Satu Malaysia ” merupakan satu konsep baru yang diperkenalkan oleh YAB. Perdana Menteri, ianya merupakan kesinambungan konsep-konsep yang telah diperkenalkan oleh pemimpin terdahulu terutamnya Tun Dr. Mahathir Mohamad misalnya konsep pandang ke Timur, Penerapan Nilai-nilai Islam, Wawasan 2020 dan lain-lain lagi, ianya merupakan konsep pentadbiran yang mengutamakan kerja keras, cepat dan betul, berteraskan bersih dari semua aspek yang boleh menghilangkan keyakinan masyarakat terhadap diri dan seterusnya negara. Amanah dalam melaksanakan tanggungjawab walau dalam keadaan apa sekalipun supaya dipandang tinggi oleh masyarakat sejagat. Amanah merupakan antara sifat yang paling mulia disisi Allah, seterusnya jika sifat ini menjadi darah daging seseorang khususnya dalam menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah dan pucuk pimpinan, pasti matlamat dapat dicapai, tidak akan timbul sebarang masalah.

2. ”Satu Malaysia” merupakan slogan untuk rakyat Malaysia tanpa mengira asal usulnya, yang jelas ianya membawa maksud iaitu setiap individu sanggup bertanggungjawab melakukan apa sahaja pekerjaan yang dipikul asalkan mendapat rezeki halal melalui titik peluh sendiri tanpa mengambil kesempatan untuk bertindak di luar batasan, peraturan atau adat resam atau budaya ketimuran yang menjadi budaya hidup orang-orang timur.

3. Dalam kontek kerja rakyat Malaysia seharusnya sanggup bertanggungjawab melaksanakan apa sahaja kerja yang dilakukan. Jika kerja yang diamanahkan kepadanya, sepatutnya sanggup meletakkan jawatan yang mereka sandang. Budaya seperti ini seharusnya menjadi budaya kerja kita, atau lebih dari itu, iaitu menjadi amalan hidup, jika berlaku sebarang kegagalan seharusnya melakukan muhasabah diri, jika jawapan ianya berlaku di sebabkan kecuaian atau dengan niat, atau dengan sengaja ianya dilakukan maka seharusnyalah bertanggungjawab di atas kegagalan itu dan meletakkan jawatan yang disandang itu, misalnya seorang penjawat awam setiap hari atau mungkin sepanjang tahun telah menjadi budaya datang ke pejabat gagal menepati masa yang telah ditetapkan dengan pelbagai-bagai alasan bila diaju soalan oleh pihak atasan, maka jangan timbul rasa marah bila pihak yang bertanggungjawab mengambil tindakan, kerana ianya bertentangan dengan konsep, peraturan yang telah diperkenalkan oleh kerajaan.

4. Perbaikilah diri kita. Amalan menipu diri, keluarga, negari dan negara dikutuk oleh semua agama, amalan menipu boleh menghalang pembangunan, yang diharap-harapkan. Menghalang pertumbuhan ekonomi diri dan negara. Justeru sama-samalah kita kembali kepada fitrah kejadian kita, iaitu manusia dijadika oleh Allah s.w.t. dengan seelok-elok kejadian, putih bersih semasa dilahirkan walau di bukaah mana pun mereka dilahirkan.

5. ”Satu Malaysia” juga bermaksud rakyat perlu hidup bersatu padu dalam apa jua keadaan sekalipun, perpaduan merupakan benteng yang menjadi kekuatan kepada individu masyarakat dan negara. Perpaduan satu-satunya sifat yang dipuji oleh pencinta (Al-Khalik).

6. Malaysia sebuah negara yagn sedang membangun, perpaduan amat penting dalam apa jua keadaan, jika tidak segala dasar-dasar yang dibuat oleh kerajaan tidak dapat dilaksanakan, akibatnya segala dasar yang diperkenalkan gagal untuk dilaksanakan. Justeru setiap individu dalam masyarakat seharusnya menyedari betapa besarnya erti perpaduan yang dilaung-laungkan oleh kerajaan ke arah itu.

7. Kerajaan tidak dapat mengurus dengan baik segala dasar yang diperkenalkan, atau sebaik mana sekalipun dasar yang dirancang dan diperkenalkan, jika warga negara tidak memberi kerjasama untuk menjayakannya, pasti ianya akan menemui kegagalan.

8. Selain itu satu sifat lagi perlu disematkan di lubuk hati setiap warga negara di mana mereka berada, jawatan apa pun yang mereka sandang, iaitu sifat kesetiaan kepada pemimpin, kesetiaan kepada pemimpin sangat-sangat dituntut dan sangat-sangat penting kerana ia adalah asas kepada kepercayaan.

9. Dalam ibadat kepada Allah misalnya jika hilang sifat kesetiaan, kepercayaan dan keyakinan, dalam melaksanakan ibadat itu, pasti tidak akan mendapat sebarang ganjaran daripada Al-Khalik. Dalam apa jua pertubuhan, persatuan atau apa jua badan yang kita sertai, kesetiaan adalah yang terpenting, misalnya sebagai seorang pelajar perlu setia kepada gurunya, dan kesetiaan itu dapat membina kepercayaan dan keyakinan terhadap guru tersebut. Sebagai seorang pegawai di pejabat, beliau wajib setia kepada bosnya dari itu lahirlah kepercayaan dan keyakinan dan seterusnya dapat melakukan kerja-kerja yang diamanahkan,
dapat dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh dan insyaAllah ikatan pegawai berkenaan dengan bosnya tadi akan menjadi lebih erat, yang pasti hasilnya akan dicapai.

10. Begitu juga dengan orang politik sifat kesetiaan kepada ketuanya perlu di tanam dalam jiwanya. Justeru segala keputusan yang dibuat oleh ketuanya dapat dilaksanakan dengan baik. Seterusnya kejayaan akan diperolehi seperti yang diharap-harapkan. Dalam hal kesetiaan, saya ingin menyentuh kesetiaan membabi buta, apa sahaja yang diarahkan oleh ketuanya dilakukan tanpa usul periksa ini tidak akan mendatangkan hasil, kerana ianya bertentangan dengan dasar dan pengurusan. Bila kita menyambut sifat kesetiaan, tidak bererti pula kita tidak boleh menegur tetapi teguran itu hendaklah dibuat mengikut kesesuaian, masa tempat dan sebagainya yang penting teguran itu untuk membina.

11. Melalui teguran atau keritikan dapat mengubah sikap, dapat bermuhasabah dan seterusnya perbetulkan. Yang paling penting kesetiaan hendaklah disertai dengan
kemampuan dan keupayaan diri untuk melakukan. Jika ini wujud insyaAllah selain ganjaran duniawi, ukhrawi pun diperolehi, syabas kerana anda setia kepada diri sendiri, keluarga dan negara.


MT
Tingkat 6
23 April 2009
http://tingkat-6.blogspot.com/

SATU MALAYSIA - SIRI 7

Sejak YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Najib Tun Abd. Razak memperkenalkan konsep “Satu Malaysia” ramai yang tidak memahaminya atau mungkin sengaja tidak mahu memahaminya. “Satu Malaysia” bukan baru, ianya telah diperkenalkan dari zaman Tun Abd. Razak, Perdana Menteri ke-2, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri ke-4 dan Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi Perdana Menteri yang ke-5, pendekatan atau jenamanya berbeza. Semua pemimpin terdahulu ingin melihat negara maju berfikiran kelas pertama seterusnya hidup dalam keadaan harmoni, tidak ungkit-mengungkit, lebih-lebih lagi ada yang sanggup menderhaka semata-mata untuk kepentingan satu-satu kelompok, ini sudah pasti tidak diingini oleh semua pemimpin yang terdahulu dan kini. Malah rakyat jelata jika berfikir secara ikhlas dan tidak emosional maka ianya tidak bercanggah dengan Perlembagaan.

2. “Satu Malaysia” tidak bererti menafikan hak-hak semua kaum seperti yang tercatit dalam perlembagaan yang telah dipersetujui bersama bilamana kita hendak mencapai kemerdekaan, konsep “Satu Malaysia” tidak bererti semua kaum yang ada dalam negara boleh menuntut yang bukan-bukan, tidak bererti tidak ada lagi pembangkang.

3. Hakikatnya segala apa yang tersurat di dalam perlembagaan negara tentulah tidak akan disentuh, malah segala peruntukan yang termaktub di dalam perlembagaan sudah semestinya menjadi asas kepada kita semua, tidak siapa yang berhak dicabuli.

4. Dari sudut agama, telah juga wujud peruntukan dalam perlembagaan bahawa agama Islam adalah agama rasmi negara, dan lain-ain agama bebas untuk diamalkan di dalam negara kita secara aman dan bebas. Peruntukan seperti ini membawa mesej yang amat jelas, iaitu perlindungan kepada panganut-penganut agama yang tidak mungkin boleh dicabar kedudukannya dan siapa yang memimpin negara ini, atau menjadi kerajaan, maka kerajaan itu haruslah menghormati hak semua rakyat. Tidak ada satu individu pun boleh dinafikan, melainkan jika mereka melanggar peraturan-peraturan yang telah dipersetujui bersama saperti yang kita bincang sebelum ini.

5. Iaitu, kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi negara dan lain-lain agama bebas diamalkan, maka kerajaan wajib melindungi ketinggian dan kesucian agama.

6. Sejarah kegemilangan Islam di zaman Rasullullah seterusnya di zaman Khulafah Rashidin, Muawiyah dan Abbasiah dapat bertapak di Eropah dan lima ini membuktikan konsep “Wahdatul Ummah” dan Konsep ”Wahdatu Al-Din” dapat membangunkan aqidah dan kerajaan dengan kekuatan aqidah umat Islam di samping menghormati agama-agama lain dan amalan masing-masing, maka terbuktilah Islam di zaman Rasullullah dapat diterima oleh umat sejagat, sehingga tersebar luas ke Andalusia. Semua umat menerima hakikat yang ditunjukkan oleh Rasullullah. Konsep “Wahdatul Al-Umah” konsep “Wahdatul Al-Din” berjaya dikembangkan kerana tidak merampas hati sesiapa.

7. Dasar yang di bawa oleh Rasullullah dihormati dan difahami oleh semua warga yang menjadi rakyat semasa pemerintahannya. Justeru tidak wujud pertikaian, pertelingkahan dikalangan rakyat sehingga memungkinkan kerahan kegelisahan tak puas hati dikalangan rakyat/masyarakat samada masyarakat jahiliah mahupun masyarakat yang menganut agama Islam.

8. Konsep “Satu Malaysia” semestinya mengambil iktibar dari perjalanan sejarah tamadun Islam dari keamanan dan keharmonian serta kepada negara Malaysia yang kita cintai. Pepatah Arab ada berkata “Kasih kepada Tanah Air Sebahagian Daripada Iman”.

9. Sejak merdeka kita bermastautin dan berdaulat, berpayungkan kepada 5 prinsip rukun negara.Kepercayaan kepada tuhan, kesetiaan kepada raja dan negara, keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang, kesopanan dan kesusilaan.

10. Malah kedudukan agama Islam, sebagai agama rasmi negara yang ulung di dalam negara kita juga adalah merupakan satu kontrak sosial yang tidak boleh dinafikan oleh sesiapa pun, kerana sejarah telah membuktikan bahawa persetujuan untuk memaktubkan Islam sebagai agama rasmi negara ketika itu, adalah merupakan kesepakatan dikalangan wakil-wakil yang hadir menuntut kemerdekaan. Sebagai jaminan, mereka bersetuju perlembagaan negara memperuntukkan bahawa agama-agama lain bebas diamalkan dinegara ini.

MT
TINGKAT 6
http://tingkat-6.blogspot.com/

Wednesday, April 22, 2009

SATU MALAYSIA: ‘RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN’: SATU LANGKAH PENTADBIRAN NEGARA

Oleh: ATH

Konsep Satu Malaysia ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ lebih merupakan satu konsep dalam bidang pentadbiran yang menyarankan kepada pemimpin-pemimpin Kerajaan untuk menjalankan tugas dengan lebih cekap, amanah dan bertanggungjawab demi kepentingan rakyat.

Pemimpin-pemimpin Kerajaan dibentuk supaya bekerja dan berusaha dengan lebih keras untuk memenangi hati rakyat kerana tanpa rakyat tiadalah barisan kepimpinan Kerajaan pada masa kini. Rakyat adalah raja dan penentu kepada tampuk pentadbiran negara. Rakyat yang menentukan jatuh bangun sesebuah Kerajaan itu sama ada untuk terus kekal atau sebaliknya.

Justeru pemimpin-pemimpin, baik politik atau Kerajaan, perlulah mengotakan segala janji dan melaksanakan segala dasar yang telah ditaburkan kepada rakyat. Pelaksanaannya pula hendaklah cepat, tepat, efisien dan tidak mengambil masa bertahun-tahun untuk disiapkan. Jangan pula membiarkan janji hanya tinggal janji dan menjadi retorik politik semata-mata.

Kepada Pegawai-pegawai Awam, mereka juga juga tidak terkecuali dalam merealisasikan konsep Satu Malaysia ini. Pegawai-pegawai awam perlu mempunyai pemikiran yang inovatif, tatacara kerja yang efisien, sistematik dan mengamalkan budaya kerja yang cemerlang.

Melihat Satu Malaysia ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ merupakan satu usaha yang telah lama diamalkan sejak dahulu lagi. Usaha-usaha dalam memelihara dan menjaga kepentingan rakyat serta negara sudah dilaksanakan sejak zaman pentadbiran Perdana Menteri Malaysia yang pertama iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Kemudian usaha-usaha dalam membangunkan rakyat dan negara disambung oleh Perdana-perdana Menteri yang seterusnya. Setiap Perdana Menteri mempunyai gagasan yang tersendiri namun matlamatnya tetap sama iaitu untuk rakyat dan negara. Umpamanya semasa pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohamad, beliau memperkenalkan konsep-konsep seperti Kepimpinan Melalui Tauladan, Dasar Pandang Ke Timur dan Sistem Punch Card. Mantan Perdana Menteri Ke-5, Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi pula menggagaskan konsep 10 Prinsip Islam Hadhari dalam memacu rakyat dan negara ke arah Satu Malaysia.

Dari sudut politik pula, Satu Malaysia menjurus kepada perpaduan rakyat dan integrasi wilayah tanpa sempadan. Ini bermaksud segala pelaksanaan dasar-dasar Kerajaan akan dinikmati semua rakyat tanpa mengira kaum, agama dan budaya di seluruh Malaysia. Penyatuan rakyat Malaysia sebagai satu bangsa yang dikenali sebagai Bangsa Malaysia yang benar-benar mendokong Perlembagaan Negara mengikut lunas undang-undang negara. Bangsa Malaysia perlu memiliki semangat patriotisme yang kuat di dalam diri masing-masing.

Satu Malaysia ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ gagasan Perdana Menteri Malaysia Ke-6, YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak ini adalah satu gagasan yang baik dan sangat bertepatan dalam suasana sekarang. Gagasan ini benar-benar menguji sikap kepimpinan para pemimpin negara agar lebih bertanggungjawab dalam menggalas amanah yang telah diberikan rakyat kepada mereka. Pemimpin-pemimpin Kerajaan perlu dekat di hati rakyat, lebih mesra rakyat, sanggup turun padang menyingsing lengan dan melakukan pelbagai perkara yang boleh mengukuhkan lagi kepercayaan serta keyakinan rakyat kepada Kerajaan.

Melihat kepada senario persekitaran politik Malaysia hari ini, rakyat semakin bijak berfikir dan melontarkan pendapat. Barisan kepimpinan Kerajaan mesti sanggup melakukan perubahan dan pembaharuan bersandarkan kepada kehendak rakyat. Satu Malaysia adalah jawapannya.

1 Malaysia Hasrat Najib Perkukuh Negara Bangsa

Sumber: Berita Harian, 22 April 2009

KETIKA melancarkan Bulan Perpaduan Peringkat Kebangsaan pada Mei 2008, Datuk Seri Najib Razak yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri dalam ucapannya berkata, "bangsa Malaysia perlu direalisasikan dalam kerangka minda kita sendiri dengan melihat seseorang warga negara Malaysia tanpa berdasarkan warna kulit, agama, keturunan dan budayanya."

Apa yang disebutkan Najib itu jelas menggambarkan bahawa minda atau psikologi kita memainkan peranan penting dalam membina tasawur yang sihat mengenai erti perpaduan dan konsep bangsa Malaysia itu.

Kini, selepas menjadi Perdana Menteri, Najib mahu memecahkan minda dan psikologi sempit itu melalui konsep '1Malaysia'. Dalam ucapan sulungnya Najib menyatakan konsep 'Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' ditunjangi dua prinsip utama iaitu sikap saling menghormati antara satu sama lain dan keyakinan antara satu sama lain.

Apabila kita sudah menghormati antara satu sama lain bererti kita sudah mempunyai sikap terbuka untuk menghayati konsep perpaduan dalam kepelbagaian. Seperti dijelaskan Najib, konsep '1Malaysia' bermaksud kita berdiri, berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. Ini bermakna cara pemikiran dan bertindak kita mesti keluar daripada cara bertindak dalam tembok atau kepompong etnik. Contohnya, jika kita memperjuangkan soal kemiskinan, maka kemiskinan itu mesti dilihat merentasi semua kaum sama ada di bandar, luar bandar, ladang, kampung baru atau kumpulan orang asli. Daripada lensa pembangunan, konsep dan falsafah '1Malaysia' adalah bertitik tolak atau berteraskan sebuah kerajaan yang mengutamakan prestasi berpaksikan keutamaan rakyat. Ia bertujuan menjamin tidak ada masyarakat atau komuniti tercicir atau terpinggir daripada sebarang bentuk pembangunan yang dilaksanakan kerajaan. Semua kaum wajar menikmati kemakmuran dan nikmat pembangunan di negara ini. Hanya melalui dasar pembangunan yang adil untuk semua kaum maka perpaduan yang utuh dapat dibina.

Kerajaan tetap mengiktirafkan sumbangan semua kaum. Setiap rakyat tanpa mengira warna kulit bebas menyertai arus pembangunan negara. Kesaksamaan untuk semua kaum adalah sesuatu yang amat ditekankan kerajaan. Ini tidak bermakna konsep '1Malaysia' sama dengan konsep kesamarataan seperti diperjuangkan di bawah konsep 'Malaysian Malaysia.' Negara mempunyai sejarah, tradisi dan warisan budayanya tersendiri. Semua resipi ini disalut dan diterap dalam Perlembagaan Persekutuan.

Justeru, Najib sudah pun menegaskan bahawa apa yang terkandung di dalam Perlembagaan Negara tetap menjadi prinsip dan landasan dalam menterjemahkan konsep terbabit. Ini bermakna semua fasal yang ditakrifkan sebagai hak istimewa orang Melayu tetap dipelihara kerana hak-hak terbabit tidak sedikit pun menafikan hak kaum lain. Apa yang nyata ialah konsep '1Malaysia' bertemakan perpaduan rakyat. Perpaduan dalam kepelbagaian mendasari elemen kemajmukan rakyat di negara ini. Justeru, untuk meyakinkan rakyat maka Najib menegaskan bahawa beliau adalah Perdana Menteri untuk semua komuniti di negara ini. Ini bukan bermakna kepemimpinan terdahulu tidak memberi perhatian kepada semua kaum dan komuniti di negara ini.

Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan Tun Abdul Razak Hussein adalah antara lain bertujuan membina perpaduan dan keharmonian kaum di negara ini. Pelbagai dasar utama negara yang diperkenalkan kerajaan juga menekankan aspek perpaduan kaum. Dalam konsep Islam Hadhari yang menjadi pendekatan pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi turut menekankan pembelaan hak kumpulan minoriti di negara ini. Tun Hussein Onn, Perdana Menteri ketiga dikenali sebagai 'Bapa Perpaduan'. Pada hakikatnya semua Perdana Menteri sebelum ini sentiasa menekankan perpaduan kaum kerana ia adalah asas penting dalam membina negara. Tidak mungkin asas penting ini diketepikan oleh kepemimpinan negara.

Mereka memahami perpaduan melalui hubungan kaum yang sihat amat penting dalam mengekalkan kestabilan sosio-politik di negara ini. Tun Dr Mahathir Mohamad pernah mengingatkan bahawa isu perkauman adalah kekangan utama dalam membina negara-bangsa yang bersatu padu. Justeru, salah satu daripada sembilan cabaran yang digariskan beliau dalam Wawasan 2020 ialah usaha membina perpaduan kaum. Yang perlu difahami ialah setiap kepemimpinan mempunyai hasrat dan cita-cita untuk melihat bangsa dan negaranya terus mantap dan perkasa.

Demikianlah halnya apabila Najib menjadikan konsep dan falsafah baru itu sebagai landasan pentadbirannya. Ia adalah untuk memberi 'nafas segar' kepada barisan Kabinetnya serta menyuntik semangat rakyat untuk sama-sama berganding bahu dengan kepemimpinan negara. '1Malaysia' adalah aspirasi untuk memperbaiki, memantap dan memperkasa hubungan kaum bagi memastikan rakyat di negara ini membina dan menjalin persahabatan berasaskan rasa hormat menghormati dan percaya mempercayai. Di dalam blognya, 1Malaysia, Najib memperincikan nilai yang perlu diamalkan rakyat bagi menjayakan konsep itu.

Katanya di dalam blog, 'Saya telah mengenal pasti lapan nilai yang tidak saling eksklusif yang saya percaya adalah penting untuk kita semua.' Nilai itu tidak dijelaskannya sekali gus tetapi berperingkat-peringkat. Setakat rencana ini disiapkan, Najib sudah pun menghuraikan empat daripada lapan nilai terbabit iaitu budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati dan nilai penerimaan. Untuk mengetahui nilai selanjutnya, pembaca disarankan melayari blog berkenaan.

Pada saya, konsep '1Malaysia' adalah satu konsep yang merangkumi pakej perpaduan, kemakmuran, pembangunan, keamanan dan keselamatan. Ia kesinambungan usaha kerajaan membina negara-bangsa yang bersatu padu serta memiliki jati diri yang kukuh. Ia bertujuan memastikan haluan negara benar-benar dapat mencapai keunggulan dan kelangsungan masa depan yang cemerlang, gemilang dan terbilang bagi memenuhi hasrat Wawasan 2020. Ahli-ahli akademik mungkin boleh melihat dan menghuraikannya sebagai satu konsep sosio-politik yang dapat dihuraikan daripada perspektif sosiologi, politik dan sejarah tanah air.

Kesimpulan, konsep '1Malaysia' tidak meminggirkan ciri-ciri asas kenegaraan, perlembagaan, hak asasi dan sifat kependudukan di negara ini. Ia memerlukan anjakan pemikiran politik yang merentasi ideologi untuk melonjakkan wacana agenda nasional. Justeru, seluruh rakyat wajar berpadu tenaga memikul tanggungjawab bersama membina negara-bangsa yang lebih perkasa. Ia tidak wajar dipolitikkan kerana tujuan dan matlamatnya jelas untuk memperkasa negara-bangsa.

Penulis ialah Ketua Unit Komunikasi Media di Jabatan Hal Ehwal Khas, Kementerian Penerangan