Showing posts with label PAKLAH. Show all posts
Showing posts with label PAKLAH. Show all posts

Thursday, October 9, 2008

AKHIRNYA BUAT KEPUTUSAN SENDIRI

Oleh Maharaja Blogger

Hari ini (8 Oktober 200) terbukti Abdullah Badawi tidak lagi mendengar nasihat orang orang yang kerana nasihat mereka telah membawa kepada keruntuhanya, yang memaksanya berundur secara terhormat dalam keadaan yang tidak popular.Seluruh rakyat mengangkat topi memberi hormat kepadanya kerana pada akhirnya beliau mendengar suara mereka dan kata hatinya sendiri dan tidak lagi mendengar nasihat seorang dua.Beliau ternyata membuat keputusannya sendiri apabila mengumumkan untuk tidak mempertahankan jawatannya sebagai Presiden UMNO yang menjadi jambatan kepada jawatan Perdana Menteri.

Beliau sedar sokongan yang ditunjukan kepadanya pada saat saat terakhir menjelang pengumumannya yang bersejarah itu adalah dipentaskan.Amat jelas bahawa penasihat pernasihatnya telah mengetahui lebih dahulu keputusan itu apabila Portal Berita Malaysian Insider yang dikendalikan oleh Kalimullah Hassan sahabat karib kepada menantu Abdullah , Khairy Jamaluddin telah pun membayangkan bahawa Abdullah tetap akan berundur demi untuk kepentingan perpaduan party dan kestabilan ekonomi negara.Penasihat penasihat ini telah berusaha sehingga saat terakhir untuk memujuk Abdullah Badawi supaya jangan berundur tetapi bila Abdullah membuat keputusan mereka menuding jari kepada orang lain sebagai penghalang Abdullah berhenti yang mereka sifatkan sebagai gulongan yang terpaksa bergantung kepada Abdullah dari segi kepentingan diri, perniagaan dan kedudukan.Merekalah yang menguruskan penyokong penyokong untuk mengunjungi Abdullah di Sri Perdana dan juga berhimpun di luar kediaman Perdana Menteri dan di luar dewan pertemuan dengan pemimpin pemimpin BN untuk meneriakan sokongan dan meminta Abdullah jangan berundur.Dengan itu tangan mereka sendiri yang telah kotor dengan dosa dosa yang membawa kepada kemarahan orang kepada Abdullah tersembunyi.

Sekian lama mereka telah menggunakan media perdana NST,Berita Harian dan TV3 untuk memperjuangkan isu isu sensitif yang menyinggong perasaan pemimpin pemimpin UMNO dan orang Melayu dan membangkitkan perasaan Hindunisme dibawah kebebasan baru yang mereka sendiri dorongkan kepada Abdullah.Berapa ramai anak anak Melayu yang telah meninggalkan NST kerana merasa terhina dengan penguasaan yang ditunjukan oleh wartawan wartawan India dan keturunan India .Bahawa keberanian Hindraf mencemarkan kesucian Hari Raya yang diberikan oleh Perdana Menteri adalah hasil pembinaan kebesaran dan keagungan Hindunisme menerusi promosi pemberitaan,penulisan dan keterbukaan NST sehingga kaum minority di negara ini merasa lebih besar dari gulongan majoriti , sehingga isu kuil menjadi lebih penting dari isu azan dan masjid.Akhbar akhbar lain hanya mengambil isyarat dari akhbar ini untuk menjalankan kempen yang sama kerana NST diketahui sebagai mempunyai hubungan paling rapat dengan kuasa tertinggi.Beberapa rencana yang dikeluarkan oleh Malaysian Insider menjelang pengumuman pengunduran Abdullah, telah mengaitkan Timbalan Perdana Menteri Najib Tun Abdul Razak turut bertanggungjawab diatas kekalahan besar BN dalam pilihanraya lalu dan juga kekalahan yang memalukan di Permatang Pauh.Najib juga dituduh berkonspirasi dalam usaha untuk menyingkirkan Abdullah Badawi lebih awal daripada tarikh yang ditetapkan.

Perlu disebutkan selepas Pilihanraya Mac lalu, apabila kekalahan besar BN di pertanggungjawabkan kepada Abdullah ,tiba tiba NST menyiarkan permohonan maaf Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Hishamuddin Onn kerana menghunus dan menjulang keris yang menakutkan orang bukan Melayu.Tindakan Hisham ini diikuti dengan rencana pengarang muka hadapan serentak di NST dan Berita Harian (terjemahan dari NST) yang menunjukan Hisham turut bersalah menyebabkan orang bukan Melayu menolak BN dan bukan hanya kerana kesilapan dan kelemahan Abdullah.Hisham terpaksa mematuhi arahan"Ketua" meminta maaf bagi kali kedua tetapi telah menjual maruahnya sebagai Ketua Pegerakan Pemua UMNO Malaysia . Siapakah yang memberikan fikiran kepadanya untuk berbuat demikian?.Tanyalah dengan Hishamuddin.

Demikianlah kuasa penasihat penasihat Abdullah Badawi yang mengatasi kuasa menteri kerana didodorongkan oleh keghairahan untuk menunjukan bahawa Abdullah Badawi lebih baik dari Dr.Mahathir dengan memberikan demokrasi baru, kebebasan dan keterbukaan yang tidak terbatas kunonnya mengikut aliran globalisasi , menganjurkan Monsoon Cup untuk menyaingi FI dan projek raksaksa Koridor Selatan ,Utara dan Pantai Timur untuk menyaingi Purtra Jaya.Tetapi tindakan yang tidak berasaskan kematangan dan kebudakbudakan tidak membantu menaikan imej Abdullah Badawi sebaliknya lebih banyak menghakiskan kewibawaannya dan semakin menjauhkannya dari dasar dan inspirasi nasional dan kejatian diri parti dan rakyat di akar umbi. Melihat keburukan hubungan kaum yang meningkat maka dalam ucapan Selamat Hari Raya baru baru ini Abdullah telah mengumumkan pengunduran dari euphoria kebebasanyang diberikan. Katanya kebebasan perlu dikawal.

Tidak cukup dengan kerosakan ini , pada saat saat terakhir Abdullah Badawi hendak mengumumkan untuk tidak mempertahankan kedudukannya , penasihat penasihat telah mengatur sokongan yang menampakan seolah olah Abdullah terpaksa bergantung di dahan rapuh , selain dari sokongan orang orang "masakan segera", juga disebutkan oleh akhbar mereka sokongan dari UMNO bahagian yang di ketuai oleh bekas Menteri Besar Kedah Syed Abdul Razak yang karier politiknya dimusnahkan oleh TV3 sendiri.Mereka jugalah yang menasihatkan Mohd Zahid Hamidi Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk mencabar bakal calun Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin Yassin setelah mereka pasti bahawa Abdullah tidak akan mempertahankan jawatan Presiden dan Najib akan mengambilalih.

Zahid memberitahu rakan rakannya beliau diarahkan.Mereka menyangka ini suatu kebijksanaan politik tetapi inilah suatu kerakusan dan kebodohan politik yang tidak ada taranya yang dengan jelas menampakan perbuatan untuk membalas dendam kepada Muhyiddin yang berani mencetuskan kebangkitan UMNO untuk meminta Abdullah berundur lebih awal.Stratiji yang diatur ini mudah dibaca dan akan menyebabkan orang ramai mempunyai prasangka buruk terhadap tangan yang mudah nampak walaupun tersembunyi.Seorang lagi yang menjadi mangsa hukuman politik mereka ialah Mohd Khir Toyo bekas Menteri Besar Selangor yang sejak sebelum pilihanraya telah menjadi sasaran utama kecaman dan serangan dari TV3 atas berbagai isu . Sekarang dengan jelas di ketahui sebabnya ialah oleh kerana Toyo telah dijangka akan menjadi pencabar hebat kepada Khairy Jamaluddin untuk jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO. Maka itu pengaruhnya mesti dikikis dan dibunuh lebih awal.Sesungguhnya dosa penasihat penasihat ini terhadap Abdulah Badawi, terhadap Barisan Nasional, terhadap pemimpin pemimpin UMNO dan khusususnya parti UMNO sendiri sangat besar.Mereka telah mencemarkan karier politik Abdullah Badawi,mereka menghancurkan tunggak perpaduan yang diletakan oleh Perdana Menteri Kedua ,Tun Abdul Razak dan meruntuhkan kemuliaan dan maruah bangsa yang dibina oleh Dr.Mahathir Mohammad.

Dosa mereka akan luput dari pandangan dalam masa yang berlalu tetapi kemusnahan yang mereka lakukan akan mengambil masa yang amat panjang untuk diperbaiki dan dibangunkan semula.Abdullah Badawi telah mewarisi dari tangan Tun Dr.Mahathir sebuah negara yang mantap , makmur , mewah , bermaruah dan rakyat yang berada dalam semangat yang cukup tinggi tetapi Najib Tun Abdul Razak akan mewarisi sebuah negara yang berada dalam krisis keyakinan , perpecahan dan ketidak tentuan politik dan ekonomi.

Sunday, August 17, 2008

ANWAR DAN AZIZAH LUPA DARATAN

sumber: ANTI PKR

Itu antara intipati ceramah Ezam Md. Noor di Kg. Tanah Liat pada 16 Ogos 2008 di hadapan lebih 300 orang pengundi parlimen P44 Permatang Pauh. Ezam membangkitkan perkara tersebut berdasarkan satu peristiwa pada tahun 2004, ketika Anwar masih di dalam penjara. Ketika itu BN baru memperolehi kemenangan besar dalam Pilihanraya Umum 2004, dan Wan Azizah dalam kedudukan yang agak sukar.

Atas dasar simpati dan ingin membantu, Ezam telah mengambil inisiatif mempertemukan Wan Azizah dengan Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi. Dalam pertemuan tersebut, Wan Azizah telah mengemukakan 3 PERMOHONAN kepada Pak Lah. Permintaan tersebut adalah seperti berikut :

PERMOHONAN 1

WAN AZIZAH MEMOHON KEPADA PM AGAR ANWAR DIBEBASKAN TERUS DAN DIBERIKAN RAWATAN DI HOSPITAL, MEMANDANGKAN KEADAAN KESIHATAN ANWAR KETIKA ITU.

REAKSI PM

PAK LAH TERUS MENGHUBUNGI PIHAK PENJARA PADA MALAM ITU JUGA DAN MENGARAHKAN ANWAR DIBAWA KE HOSPITAL UNTUK MENERIMA RAWATAN. JARANG SEKALI ADA BANDUAN YANG DIBAWA KELUAR DARI PENJARA PADA WAKTU MALAM, TETAPI BERBEZA DENGAN ANWAR YANG DIBERI LAYANAN ISTIMEWA OLEH PAK LAH SELAKU PERDANA MENTERI.

PERMOHONAN 2

WAN AZIZAH MEMOHON AGAR PAK LAH MEMBERI KEBENARAN KEPADA ANWAR UNTUK MENDAPATKAN RAWATAN KE LUAR NEGARA.

REAKSI PM

PAK LAH TIDAK DAPAT MEMBERI JAMINAN KEPADA WAN AZIZAH, DAN BELIAU PERLU BERBINCANG DENGAN BEBERAPA PIHAK DAHULU SEBELUM BOLEH MEMBERIKAN KEBENARAN UNTUK ANWAR MENDAPATKAN RAWATAN KELUAR NEGARA.

PERMOHONAN 3

WAN AZIZAH MENYAMPAIKAN SALAM ANWAR, DAN ANWAR MEMINTA AGAR PAK LAH TIDAK MENGGANGGU PROSES MAHKAMAH YANG SEDANG MENDENGAR RAYUANNYA.

REAKSI PM

PAK LAH MENJAWAB KEPADA WAN AZIZAH, “PERCAYALAH PADA SAYA, SAYA KENAL ANWAR SEJAK DIA KECIL LAGI, SAYA KENAL IBUBAPA DAN KELUARGANYA, SAYA SEORANG ISLAM DAN SAYA TIDAK AKAN MENGANIAYA SEORANG ISLAM YANG LAIN”.BUKTINYA, DALAM PENGHAKIMAN TERSEBUT ANWAR TELAH DIBEBASKAN OLEH PIHAK MAHKAMAH DAN TERBUKTI TIADA LANGSUNG CAMPURTANGAN PAK LAH DALAM PERKARA INI.

KESIMPULAN:

Biar apapun istilah yang dilabelkan kepada Pak Lah, jelas membuktikan bahawa Pak Lah mempunyai akhlak dan keperibadian yang sangat tinggi pekertinya. Namun kita hairan, bagaimana pula akhlak dan keperibadian bagi insan bernama Anwar dan Wan Azizah, yang seolah-olah lupa ehsan yang pernah mereka pohon pada Pak Lah di tahun 2004, satu tempoh yang tidak lama dan masih baru.

Tergamak benar mereka, MENABUR ONAR DAN FITNAH kepada Pak Lah sebagai perancang kepada konspirasi ini. Jika di teliti secara mendalam, kalau memang Pak Lah berniat untuk melakukan konspirasi terhadap Anwar, Pak Lah tidak perlu menunggu sehingga pada hari ini, tetapi beliau boleh melakukannya pada tahun 2004 lagi. Namun yang pasti, Pak Lah bukanlah manusia seperti Anwar Ibrahim dan Wan Azizah, yang menggigitnya semula selepas dilepaskan. Moga Allah SWT berkati perjalanan kehidupan Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi dan pemerintahannya sebagai Perdana Menteri Malaysia serta kita berdoa, moga Allah SWT tunjukkan kepada kita, siapa yang berada di jalan yang benar dan siapa di jalan yang salah,
Insyaallah. Wassalam.

Monday, July 14, 2008

LANGKAWI EXEMPTED

ALOR STAR: Langkawi has been spared from a Treasury directive that bans all government courses and activities from being held in hotels.

Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi allowed government agencies to organise their events on the holiday island during a meeting with seven Umno division members from Kedah on Saturday.

An Umno member from Langkawi had during the meeting highlighted the dilemma of Langkawi folk who depended on the service sector for their livelihood.

Kuah assemblyman Datuk Nawawi Ahmad, said Abdullah’s assurance meant a lot for the 68 four-star hotels, 700 taxi drivers and 10,000 hotel workers.

“This is important for the economic survival of the service sector here,” he said.

Nawawi had said earlier this month that Langkawi would be in dire straits when the Government stopped holding courses in hotels.

He said hotels with four-star rating and below would be hard hit as they stood to lose about RM20mil a month.
“We were afraid that the hotel workers would lose their jobs, as the hotels are heavily dependent on government functions to sustain business,” he said.

Nawawi said 70% of the population in Langkawi was involved in the service sector.- The Star.

EKONOMI NEGARA STABIL - PM

PUTRAJAYA 13 Julai - Ekonomi negara pada keseluruhannya adalah stabil walaupun negara berhadapan dengan krisis dunia seperti kenaikan harga minyak dan makanan, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

"Keseluruhannya stabil. Kita punya sektor perdagangan... tiada apa yang cemas. Kita masih berjaya menarik pelaburan asing. Kita masih jadi destinasi pilihan pelaburan," kata Perdana Menteri.

Ekonomi Malaysia, katanya, menerima pandangan yang positif dari negara lain dan yang terbaru semasa Persidangan Kumpulan Lapan Negara Islam Membangun (D-8) di ibu negara minggu lepas, katanya kepada Bernama dan Radio RTM dalam temu ramah khas di kediaman rasminya di Seri Perdana, semalam.

"Angka ekonomi kita adalah positif. Mereka tahu," katanya.

D-8 dianggotai Indonesia, Pakistan, Iran, Bangladesh, Mesir, Nigeria, Turki dan Malaysia.

Abdullah berkata, imej negara masih baik ketika ini dan menambah kata: "Pada orang yang objektif dan tiada apa-apa, ia masih baik. Bagi orang yang ada apa-apa dengan (penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri) Anwar (Ibrahim), dia punya pandangan lain pula."

Menyentuh mengenai antara perkara utama yang akan diberi penekanan oleh beliau dari sekarang sehingga tempoh peralihan kuasa Perdana Menteri kepada timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jun 2010, Abdullah mahukan pelaksanaan pembangunan lima koridor ekonomi dipercepatkan.

Lima koridor itu ialah Iskandar Malaysia, Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER), Koridor Ekonomi Pantai Timur (ECER), Koridor Pembaharuan Tenaga Sarawak (SCORE) dan Koridor Pembangunan Sabah (SDC), kesemua dengan nilai pelaburan berjumlah hampir RM840 bilion.

Menjelaskan idea di sebalik pembangunan koridor berkenaan, Abdullah berkata, ia bagi pengagihan yang adil terhadap peluang-peluang berkualiti dalam menangani ketidakseimbangan pembangunan antara sektor bandar, sektor perindustrian bandar dan kawasan separa bandar.

Beliau berkata, pendekatan baru itu berbeza dengan prinsip Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang menumpukan kepada pengagihan pendapatan yang adil.

Abdullah berkata, pada mulanya, kerajaan berhadapan dengan persoalan bagaimana nak mengurangkan jurang pembangunan.

"Pada peringkat ini ketika kita sedang membangunkan modal insan, memperkasakan mereka dengan pengetahuan lebih baik, jadi faedah terbaik daripada pembangunan ialah pengagihan yang adil terhadap peluang-peluang berkualiti... berikan mereka peluang berkualiti ini," katanya.

Beliau berkata, semua kawasan berkenaan perlukan tumpuan dan perhatian supaya jurang pembangunan antara kawasan bandar dan separa bandar dapat dikecilkan.

"Kita tidak boleh kurangkan sebelah sini tetapi lebihkan sebelah sana pula," katanya sambil kedua-dua belah tangannya menunjukkan cara bagaimana ia patut dilakukan.

"Seperti DEB, kita tidak ambil daripada Ah Seng untuk diberikan kepada Ahmad tetapi meningkatkan peluang Ahmad. Kalau bagi duit, berapa hari saja boleh tahan. Bagi peluang untuk digunakan secara produktif," katanya.

Dalam mempercepatkan tahap pelaksanaan pembangunan di semua koridor berkenaan, beliau berkata, semua aspek pembangunan perlu dirancang dengan betul oleh agensi-agensi pusat termasuk Unit Perancang Ekonomi (EPU), Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU) dan Perbendaharaan.

Semasa menegaskan kenapa beliau menumpukan pada sektor pertanian berikutan pengkritik menyifatkannya sebagai ketinggalan zaman, Abdullah berkata, beliau bukan semata-mata membangunkan sektor pertanian tanpa membangunkan industri asas tani.

"Kalau kita tanam semua kita makan, berapa banyak sangat kita boleh makan?

"Sebab itu kita perlu bangunkan industri asas tani untuk menggunakan hasil tani bagi menyumbang kepada ekonomi negara," katanya.

Sunday, June 29, 2008

PM: GOV'T NOT INVOLVED IN SODOMY ALLEGATION

By Malaysiakini ( Jun 29, 08 2:31pm )


KUALA LUMPUR : Prime Minister, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi has denied that the government is involved in the explosive allegations that de facto PKR leader Anwar Ibrahim had sodomised an aide.

"We had no plans to do anything to him just because he says he's made a political comeback," the prime minister told a press conference.

He said he was shocked by the charges but disparaged Anwar's denials.

"It's always the case that those who are accused will deny it," he said. "The police will investigate and determine the truth."

The new charges, which allegedly surfaced in a police report lodged by a 23-year-old aide, triggered fears Anwar faced imminent arrest, but police said they would first carry out an investigation.

Anwar has denounced the fresh allegations as a "complete fabrication", the same charge that saw him jailed a decade ago.

The PKR leader, who was sacked as deputy prime minister in 1998 and jailed on sex and corruption charges, said the allegations were an attempt to sideline his spectacular return to the political stage after the recent general election.

Cops warn against demonstrations

Meanwhile, Criminal Investigation Department chief Bakri Zinin said the aide had personally written the report detailing an incident at a condominium in the Kuala Lumpur suburb of Damansara, and lodged it yesterday at a hospital police post.

"It's mere allegation at this point. We will look into it and establish the allegations first to see whether it is true or not," he told a press conference.

Bakri warned Anwar's supporters from launching another round of the massive 'reformasi' protests that erupted after his sacking a decade ago, a momentous event in Malaysian politics.

"If you want to create havoc, we will deal with you according to the law," he said. "The public should not pressure us by holding demonstrations."

Anwar said the ruling Barisan Nasional coalition was striking back after he gave evidence against the government and police over fabrication of evidence in the original case against him.

"This is clearly a desperate attempt by the Barisan Nasional regime to arrest the movement of the Malaysian people towards freedom, democracy and justice," he said in a statement.

"I urge the Malaysian people to stand against the repressive forces that will be unleashed by the government in the coming days and weeks."

Anwar has always dismissed the original 1998 charges of sodomy and corruption as politically motivated. He famously appeared in court with a black eye after being beaten by the police chief.

He was convicted on both charges and spent six years in jail but was released in 2004 when the sex charge was overturned by the nation's highest court.

Supporters gathered outside hotel

Since the March election that propelled Anwar back onto the political scene, he has said he is poised to form a new government with the help of defectors from the ruling coalition, undermining Abdullah who has faced repeated demands to step down over the polls debacle.

A minor party in the coalition this month called for an unprecedented vote of no-confidence in the premier, and left open the prospect of joining Anwar's opposition.

PKR said that Anwar and other top party members held crisis talks overnight at a hotel in Kuala Lumpur, where dozens of supporters gathered this morning.

"I am with my husband here to support Anwar against these allegations and to stop anybody from arresting him. Anwar is a good man and he will lead the country soon," said 24-year-old housewife Siti Husaini.

"Anwar is the best, he will survive these allegations," said Abu Rahim Mahrin, a 45-year-old lorry driver.

Thursday, June 26, 2008

KAJIAN RMK-9 PENTING BAGI AGENDA MAJUKAN NEGARA : PM


(PM MEMBENTANGKAN KAJIAN SEPARUH PENGGAL RMK-9)

dipetik daripada Berita Harian Online.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang membentangkan kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) di Dewan Rakyat hari ini, berkata kajian itu amat penting bagi menjamin kesinambungan agenda pembangunan negara.

Malah, beliau berkata ia perlu apatah lagi dalam suasana ekonomi semasa yang amat mencabar.

"Sekiranya tidak ditangani secara wajar, kenaikan harga minyak dan komoditi yang mendadak, serta kemelut dalam pasaran kewangan sedunia yang masih berlanjutan mampu menjejaskan usaha kita untuk mengekalkan kestabilan ekonomi dan mencapai pertumbuhan yang mapan," katanya.



Katanya pembentangan itu bertujuan melaksanakan strategi dan program serta menyediakan peruntukan menjadikan Malaysia sebuah negara yang teguh dan bersatu padu.

Oleh itu, katanya, satu daripada objektif utama bagi fasa kedua dalam pelaksanaan RMK-9 adalah untuk memastikan agar mutu hidup rakyat tetap terpelihara dan program-program peningkatan pendapatan serta jaringan keselamatan sosial akan terus dilaksana dan diperkasa.

Pada masa sama, katanya, Kajian Separuh Penggal ini juga tidak melupakan keperluan untuk terus meningkatkan kapasiti dan daya saing negara.

"Pembinaan infrastruktur, pembangunan modal insan, dan perkembangan sektor pertumbuhan baru akan terus dipacu, dengan mengambil kira keperluan jangka panjang pembangunan negara," katanya.

Abdullah berkata bagi memastikan agar Malaysia mengekalkan momentum pertumbuhan yang positif, agenda pembangunan negara akan terus direncana berdasarkan lima Teras Utama Misi Nasional, iaitu:

+ Meningkatkan nilai tambah dalam ekonomi negara;

+ Meningkatkan keupayaan pengetahuan, kreativiti dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama;

+ Menangani masalah ketidaksamaan sosioekonomi secara membina dan produktif;

+ Meningkatkan tahap dan kemapanan kualiti hidup; dan,

+ Mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan negara

Abdullah juga menggariskan beberapa kejayaan dalam tempoh dua tahun pelaksanaan RMK-9, termasuk mengekalkan kadar pertumbuhan ekonomi negara pada kadar yang membanggakan, iaitu 6.1 peratus setahun, serta menaiktaraf kualiti hidup rakyat melalui peningkatan pendapatan perkapita daripada RM18,840 pada 2005 kepada RM23,066 pada 2007. - Bernama

Monday, June 23, 2008

NAIK GAJI GLC DITOLAK

Oleh HERMAN HAMID

KUALA LUMPUR 22 Jun – Kerajaan hari ini menolak cadangan untuk menaikkan gaji pegawai tinggi syarikat milik kerajaan (GLC).

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, walaupun cadangan mengenainya telah dikemukakan kepada Kementerian Kewangan, ia bagaimanapun tidak mendapat kelulusan.

“Semua cadangan untuk kenaikan itu dikemukakan kepada Perbendaharaan dan Perbendaharaan telah buat keputusan untuk tidak meluluskan cadangan-cadangan itu,” katanya tanpa mengulas lanjut sebab penolakan tersebut.

Abdullah berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Taklimat Khas Penstrukturan Semula Subsidi Minyak Kepada Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) di Angkasapuri di sini hari ini.

Taklimat yang berlangsung lebih tiga jam itu turut dihadiri oleh anggota Dewan Negara BN, anggota Kabinet dan ketua-ketua setiausaha kementerian.

Hadir sama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sebelum ini media melaporkan terdapat cadangan untuk menaikkan gaji pegawai tinggi GLC sehingga sebanyak 100 peratus.

Antara yang dilaporkan terlibat dengan cadangan itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tenaga Nasional Berhad (TNB), Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh.

Cadangan itu bagaimanapun mendapat bantahan pelbagai pihak termasuk kesatuan sekerja yang menyifatkan ia sebagai tidak sensitif dengan keadaan kelembapan ekonomi semasa yang memerlukan rakyat berjimat cermat.

Cabang pelaburan kerajaan, Khazanah Nasional Berhad ketika mempertahankan cadangan itu mengemukakan alasan tindakan tersebut dilakukan selepas pertimbangan secara berhati-hati selain usaha mengekalkan tenaga mahir yang ada dalam GLC.

SOKONG USUL KERAJAAN - PM

Oleh FAUZIAH AROF dan HERMAN HAMID

KUALA LUMPUR 22 Jun - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu semua Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) termasuk dua daripada Parti Maju Sabah (SAPP) menjalankan tanggungjawab membahas dan menyokong usul berkaitan kenaikan harga minyak dan barangan di Dewan Rakyat, esok.

Usul itu akan dibawa oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad sebaik selesai sesi soal jawab.

Perdana Menteri berkata, adalah menjadi harapan beliau agar wakil rakyat BN dapat melaksanakan tugas dengan baik memandangkan penjelasan serta taklimat mengenainya telah diberikan sebelum ini.

Beliau turut mengingatkan dua anggota Majlis Tertinggi (MT) SAPP iaitu Datuk Dr. Chua Soon Bui (Tawau) dan
Datuk Eric Enchin Majimbun (Sepanggar) agar mematuhi disiplin parti sepanjang sidang termasuk menyokong apa yang diusulkan oleh BN.

''Saya harap mereka tidak mengundi yang sebaliknya tetapi menyokong. 'Ini sebenarnya bukan harapan tetapi menjadi satu disiplin parti,'' tegas beliau.

Abdullah yang juga Pengerusi BN berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan amanat pada taklimat khas mengenai penstrukturan subsidi kepada Ahli Parlimen BN di Auditorium Perdana Angkasapuri di sini hari ini.

Taklimat yang berlangsung lebih tiga jam itu turut dihadiri Ahli Dewan Negara, anggota Kabinet dan Ketua-ketua Setiausaha Kementerian.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Amirsham A. Aziz; Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat; Datuk Dr. Ng Yen Yen; Shahrir Samad dan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor.

Rabu lepas, Presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee mengisytiharkan parti komponen BN itu hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Abdullah dan wakil rakyat SAPP bersedia menyokong sebarang usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri di Dewan Rakyat.

SAPP mempunyai dua wakil rakyat di Dewan Rakyat iaitu Soon Bui dan Majimbun yang menang atas tiket BN pada pilihan raya umum 8 Mac lalu.

Abdullah memberitahu, usul berkaitan dengan isu kenaikan harga minyak dan barangan itu bertujuan membincangkan perkara itu dan mencari jalan untuk menanganinya.

''Saya tidak mahu beritahu apakah bentuk usul itu kerana ia hanya akan dibacakan esok bila tiba masanya tetapi usul ini sudah semestinya ada hubung kait dengan kenaikan harga minyak dan barangan,'' jelas beliau.

Abdulllah berkata, usul tersebut akan mengambil masa yang agak panjang dan kerajaan bersedia membincangkannya sehari suntuk bagi memberi kesempatan kepada wakil-wakil rakyat membahaskannya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri memberitahu, sesi perbahasan tersebut tidak akan disiarkan secara langsung menerusi RTM.

Sementara itu, Najib ketika bercakap mengenai isu SAPP turut meminta agar kedua-dua wakil rakyat parti tersebut mematuhi disiplin.

Tegasnya, anggota BN dikehendaki atau diwajibkan menyokong usul kerajaan melainkan mereka diberitahu sebaliknya.

''Ini prinsip BN, saya telah menegaskan perkara ini dalam perjumpaan ini jadi semua anggota faham apa yang diberitahu kepada mereka. 'Ini bukan amaran tetapi disiplin parti, jadi kena faham-fahamlah,'' tegasnya.

Sunday, June 22, 2008

REBAT TUNAI UNTUK 3000 CC DI SABAH DAN SWK

KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) -- Pembayaran rebat tunai subsidi petrol dan diesel akan diperluas kepada pemilik kenderaan persendirian dengan enjin berkapasiti sehingga 3,000cc di kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak.

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, langkah itu bagi meringankan beban perbelanjaan pemilik-pemilik kenderaan jenis itu seperti pemilik kenderaan pacuan empat roda ekoran kenaikan harga petrol dan diesel baru-baru ini.

Penduduk di kawasan pedalaman di kedua-kedua negeri itu banyak menggunakan kenderaan jenis itu bagi memudahkan urusan pengangkutan memandangkan keadaan permukaan bumi yang kurang datar.

"Telahpun diputuskan untuk memberikan rebat yang sama dengan menambahkan lagi cc bagi kereta-kereta di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak sehingga 3,000cc bagi kenderaan yang didaftarkan untuk digunakan di kawasan pedalaman untuk mengangkut barang-barang," katanya.

Di Semenanjuang, Abdullah berkata kerajaan akan terus memberi bantuan dan kemudahan sewajarnya kepada pengusaha bot dan feri bagi meringankan beban mereka.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri taklimat khas mengenai penstrukturan semula subsidi kepada anggota Parlimen dan Senator Barisan Nasional di Auditorium Perdana, Angkasapuri, di sini, Ahad.

Sebelum ini, kerajaan memperuntukkan RM5 bilion untuk membayar rebat tunai kepada pemilik kenderaan persendirian iaitu RM625 setahun bagi kenderaan berkapasiti enjin sehingga 2,000cc serta trak pikap dan jip berkapasiti enjin sehingga 2,500cc.

Pemilik motosikal persendirian berkapasiti enjin sehingga 250cc pula akan menerima bayaran tunai sebanyak RM150 setahun selepas memperbaharui cukai jalan masing-masing.Setakat Jumaat lepas, Pos Malaysia Berhad (PMB) telah mengagihkan sebanyak RM437.23 juta tuntutan rebat tunai subsidi petrol dan diesel kepada pemilik kenderaan persendirian, membabitkan 56 peratus pemilik kenderaan.

Sementara itu, dalam isu lain, Perdana Menteri berkata, kerajaan telah memutuskan untuk menolak cadangan kenaikan gaji 100 peratus pegawai kanan GLC, termasuk Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB), Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh."

Cadangan untuk kenaikan gaji itu telah dikemukakan oleh GLC tetapi tidak diluluskan oleh Kementerian Kewangan," katanya.

Monday, June 16, 2008

ABDULLAH PERTAHANKAN JAWATAN PRESIDEN

PUTRAJAYA, 15 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengulangi bahawa beliau akan mempertahankan jawatan Presiden Umno pada pemilihan parti yang dijadualkan pada Disember ini.

Beliau berkata tiada alasan bagi beliau untuk tidak bertanding.

Semasa ditanya mengenai tarikh peralihan kuasa kepimpinan, Abdullah berkata ini akan dibincangkan dengan timbalan beliau Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kami belum bersetuju secara tepat tarikh peralihan kuasa itu. Bukan dalam masa satu, dua atau tiga bulan akan datang," kata beliau pada dialog dengan kira-kira 30 ketua media Forum Ekonomi Dunia di sini.

Mengenai ekonomi Malaysia, Abdullah berkata keluaran dalam negara kasar (KDNK) akan dapat mencapai pertumbuhan 5.5 peratus tahun ini walaupun menghadapi cabaran ekonomi, terutamanya harga minyak yang melonjak.

Dengan harga minyak mentah yang tinggi, terdapat keperluan untuk menangguh projek-projek mega dan memberi penekanan terhadap projek pembangunan yang memberi tumpuan kepada rakyat serta projek pertanian dengan kesan segera, katanya.

"Beberapa projek tidak semestinya ditangguhkan tetapi akan disesuaikan," katanya. Kepada soalan mengenai reaksi kerajaan terhadap protes berhubung kenaikan harga bahan api bulan depan, beliau berkata: "Biarkan mereka protes."

"Kita akan terus melakukan apa yang terbaik untuk rakyat bagi menangani kenaikan harga minyak mentah yang tinggi," katanya.

Mengenai langkah Arab Saudi untuk mengadakan mesyuarat pengguna dan pengeluar minyak utama di Jeddah bagi membincangkan harga minyak yang tinggi dan kesannya terhadap ekonomi dunia, beliau berkata beliau berharap sesuatu yang positif akan dicapai tetapi akan bergantung kepada pengeluar minyak utama itu sendiri.

Negara-negara pengeluar minyak utama perlu menyedari tentang kesan terhadap ekonomi dunia dan hasilnya rakyat miskin yang merana.

Bagi Malaysia, yang mengeluarkan 700,000 setong sehari, jumlah itu adalah kecil berbanding dengan Arab Saudi dengan pengeluaran sebanyak sembilan juta tong sehari.

Kepada soalan mengenai pembaharuan dalam sistem kehakiman, Badan Pencegah Rasuah, polis dan sistem penyampaian awam, beliau berkata adalah penting untuk berkemampuan untuk melaksanakannya.

Beliau berkata adalah tidak mungkin melakukan semuanya pada masa yang sama dan ia akan mengambil masa.

Mengenai perlunya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dikekalkan, beliau berkata tahanan pencegahan adalah penting tetapi pada masa yang sama keadilan sama pentingnya.

"Mereka yang ditahan di bawah ISA berpeluang sehingga tiga bulan untuk kes mereka disemak semula melalui wakil perundangan," kata beliau.

Mengenai soalan kenapa terdapat keperluan lima pemimpin Hindraf ditahan di mengikut ISA dan bukan dibicarakan di mahkamah, beliau berkata ia bukan soal politik tetapi langkah diambil bagi menghalang ancaman kepada keselamatan.

Abdullah berkata teras Dasar Ekonomi Baru, yang menggantikan Dasar Pembangunan Nasional, akan meneruskan usaha membasmi kemiskinan tanpa mengira latar belakang kaum.

"Tetapi pembasmian kemiskinan akan mengambil masa yang lama," katanya.

Apa yang lebih penting, kata beliau, Malaysia akan berusaha untuk pertumbuhan yang tinggi bagi memastikan pengagihan peluang dan kekayaan yang sama rata untuk semua.

Abdullah, yang juga Menteri Kewangan berkata integrasi Asia Timur berjalan lancar dengan adanya Piagam Asean serta Sidang kemuncak Asia Timur.

Sunday, June 15, 2008

TARIKH TEPAT PERALIHAN BELUM LAGI

KUALA TERENGGANU 14 Jun - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini berkata, tarikh tepat berhubung peralihan kuasa kepada timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak masih belum ditetapkan lagi.

Perdana Menteri berkata, seperti yang diperjelaskannya semalam, beliau akan menyerahkan jawatannya itu kepada Najib apabila tiba masanya sepertimana yang difahami oleh mereka.

Abdullah yang ditemui pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan pemimpin UMNO negeri Terengganu, di sini ketika ditanya lanjut berhubung perkara itu, sambil tersenyum berkata:"Nak jelas apa lagi, You (wartawan) tak faham lagi...Ohh dah faham tapi nak tanya lagi...(nak tanya) bila.

"Saya (sudah) terang (jelaskan) semalam, itu sudah jelas, bahawasanya saya dan Datuk Seri Najib memang memahami peralihan kuasa akan dijalankan dalam keadaan yang baik, elok dan tersusun dan tidak menimbulkan apa-apa masalah.

"Dan yang keduanya, yang tetapnya tentu sekali saya akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Datuk Seri Najib kerana dialah saya akan pilih (sebagai) pengganti saya," katanya.

Abdullah menegaskan peralihan kuasa itu akan dilakukan sebagaimana kedua-dua mereka memahaminya berhubung perkara itu.

"Tarikh yang tepat belum ditentukan, bila masa tiba, peralihan itu akan dilakukan sebagaimana kami kedua-dua memahami," katanya.

Semalam, Abdullah berkata beliau dan Najib telah sepakat menentukan masa yang terbaik untuk peralihan kuasa itu.

Ketika berucap pada majlis makan tengah hari bersama pemimpin masyarakat dan pegawai kanan kerajaan, Abdullah berkata: "Saya dan Najib telah bermuafakat dan kita berdua telah bersetuju bilakah masanya saya bersara dan bilakah masanya Najib akan ambil alih sebagai Perdana Menteri."

Thursday, June 12, 2008

TIDAK WAJAR TUBUH SATU LAGI SURUHANJAYA

PUTRAJAYA, 11 Jun (Bernama) -- Kerajaan tidak melihat kewajaran untuk menubuhkan satu lagi suruhanjaya diraja bagi menyiasat kenyataan seorang hakim mahkamah tinggi terhadap bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu kehakiman, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Perdana Menteri berkata ini kerana kerajaan telah membuat keputusan untuk mewujudkan pembaharuan dalam badan kehakiman.

"Pada saya, kita telah buat keputusan untuk nak mewujudkan `reform' (pembaharuan) dalam judiciary (badan kehakiman). Saya tidak nampak apakah kewajarannya untuk mengadakan satu lagi suruhanjaya diraja," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Semalam, Hakim Mahkamah Tinggi Sibu Datuk Ian HC Chin, semasa mendengar pertikaian berhubung keputusan pada pilihan raya umum Mac lepas di Sarawak, mendedahkan bahawa hakim-hakim dihantar ke pusat indoktrinasi dan diancam dipecat jika tidak membuat keputusan yang memihak kepada kerajaan semasa pentadbiran Dr Mahathir.

Ketika membuat pendedahan mengejutkan di mahkamah terbuka itu, Hakim Chin juga mendedahkan bahawa beliau diancam oleh Dr Mahathir berhubung satu kes berprofil tinggi supaya membuat keputusan yang memihak kepada kenalan bekas perdana menteri itu.

"Tak payahlah. Tak habis-habis cerita itu," kata Abdullah ketika diminta mengulas kenyataan Hakim Chin itu pada awalnya.

Mengulas mengenai pertemuannya dengan Master Hsing Yun, Presiden Chinese Buddha Light Association yang berpangkalan di Los Angeles, di pejabatnya tengah hari tadi, Abdullah berkata mereka berbincang mengenai isu keamanan dan keselamatan sejagat.

Sikap toleransi dan saling hormat menghormati di antara satu sama lain yang berlainan agama di kalangan rakyat telah menarik minat Master Hsing untuk datang ke Malaysia, kata Abdullah.

TIADA KENAIKAN HARGA MINYAK TAHUN INI

PUTRAJAYA, 11 Jun (Bernama) -- Harga petrol dan diesel tidak akan dinaikkan lagi pada tahun ini bagi mengurangkan bebanan rakyat, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Perdana Menteri berkata langkah itu dibuat walaupun harga minyak dunia dijangka berada pada paras yang tinggi pada bulan-bulan mendatang.

Harga sekarang akan dikekalkan walaupun sekiranya harga minyak dunia mencecah US$200 setong pada tahun ini, katanya pada persidangan akhbar di pejabatnya di sini.

Beliau berkata kerajaan tidak menetapkan had siling harga pasaran minyak dunia di masa akan datang dalam mengekalkan jaminan kerajaan itu pada tahun ini.

Katanya, kerajaan sedar rakyat masih lagi sedang berusaha menyesuaikan diri dengan situasi harga minyak yang tinggi ketika ini.

Kerajaan mengumumkan kenaikan harga petrol sebanyak 78 sen atau 41 peratus daripada RM1.92 kepada RM2.70 seliter manakala harga diesel sebanyak RM1 atau 63 peratus daripada RM1.58 kepada RM2.58 seliter, berkuatkuasa Khamis lepas.

Harga tersebut ialah harga di pam dengan kerajaan masih mensubsidi sebanyak 30 sen bagi setiap liter petrol. Tanpa subsidi harga pasaran petrol tempatan ialah RM3 seliter.

Abdullah berkata harga minyak mentah yang tinggi ketika ini bermakna harga pasaran petrol juga telah meningkat kepada RM3.45 seliter.

"Sekiranya, kerajaan amalkan subsidi 30 sen seliter, harga petrol perlu diubah dari RM2.70 seliter kepada RM3.15 seliter pada bulan Julai," katanya.

Bagaimanapun, keadaan itu tidak akan berlaku ekoran pengumuman kerajaan itu setelah keputusan dibuat semasa mesyuarat Kabinet hari ini.

Ditanya sama ada keputusan kerajaan itu akan menjejaskan pendapatan kerajaan, Perdana Menteri berkata kerajaan berharap akan dapat pendapatan yang lebih daripada Petronas, syarikat minyak negara.

Menjawab soalan lain, Abdullah berkata harga minyak sekarang boleh diturunkan sekiranya harga minyak di pasaran dunia turun.

Monday, June 9, 2008

DUNIA ISLAM DAN BARAT DAPATKAN KEPERCAYAAN

KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Dunia Islam dan Barat perlu berusaha mendapatkan semula kepercayaan, penghormatan, persefahaman dan kerjasama yang amat penting bagi keamanan dan keselamatan dunia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini.

Untuk terus bergerak ke depan, beliau berkata kedua-dua pihak perlu mendengar dengan fikiran dan hati yang terbuka.

Berdasarkan hakikat bahawa dunia Islam dan Barat berkongsi banyak persamaan, wujud keperluan untuk merangka semula dan membincangkan mengenai jurang itu, katanya.

"Kita perlu bersatu dengan komitmen penuh jitu untuk mewujudkan budaya toleransi dan keharmonian untuk menggalakkan lagi kesejahteraan manusia, tanpa mengira perbezaan atau kelainan yang wujud antara kita sebagai sebuah masyarakat," katanya semasa berucap pada Persidangan Antarabangsa Ketiga bertema "Dunia Islam dan Barat: Merapatkan Jurang".

Abdullah berkata kedua-dua pihak perlu mengakui yang jurang itu bukan antara dua pihak yang asing antara satu sama lain tetapi antara pihak-pihak yang saling berkongsi pandangan mengenai sejarah, kewujudan dan falsafah dunia.

"Jika kita boleh capai ini, kita mungkin telah mengambil satu langkah penting dalam merapatkan jurang ini," katanya.

Abdullah berkata adalah satu fakta bahawa terdapat lebih banyak persamaan antara tiga agama monotestik iaitu Islam, Kristian dan Yahudi daripada agama lain di dunia kerana saling berkongsi daripada segi tradisi dan nilainya disebalik perbezaan mereka.

"Dengan itu kita patut memupuk persamaan ini demi kepentingan agenda bersama kita bagi keamanan daripada berbalah dan memperbesar-besarkan perbezaan ini hanya sekadar untuk memenuhi agenda politik atau strategik tertentu," katanya.

Perdana Menteri berkata wujud tempoh tertentu dalam sejarah apabila dunia Islam menjadi penyuluh dan pengaruh Islam ke atas Eropah semasa Zaman Pertengahan -- daripada Perang Salib sehingga pemerintahan khalifah di Andalusia di Sepanyol, yang menyumbang kepada Reformasi dan membawa kepada kebangkitan Protestantisme, Pembaharuan Eropah dan zaman Kesedaran.

"Namun, kedudukan antagonistik menentang dunia Islam telah merebak disebalik ketamadunan Barat sebenarnya adalah bertitik-tolak daripada ketamadunan Islam, begitu juga dengan ketamadunan Greek dan Roman. (Dan) sudah tentu, mereka juga tidak terlepas daripada pengaruh agama semitik iaitu Judaisme (Yahudi) dan kristian," katanya.

Abdullah menegaskan adalah penting untuk mengakui bahawa jurang antara dunia Islam dan Barat bermula dari hati dan fikiran orang ramai.

"Ia sebenarnya berkait dengan perasaan, sikap dan persepsi di satu pihak terhadap pihak yang lain, yang menjadi penentu terhadap keputusan dan tindakan kita," katanya.

Dalam konteks ini, Perdana Menteri menegaskan bahawa anutan dan kepercayaan bukanlah punca yang menyebabkan konflik di antara kedua-dua pihak.

Selalunya ia berpunca daripada geo-politik dan manipulasi kepercayaan agama atau ideologi sekular yang mencetuskan konflik itu dan mewujudkan jurang, katanya.

Abdullah berkata jika kedua-dua pihak dapat mengenepikan perasaan, sikap dan persepsi itu, jurang itu akan hilang, "mungkin tidak sepenuhnya, tetapi pastinya pada darjah yang amat signifikan".

Perdana Menteri juga berkata mereka perlu mengakui sikap dan persepsi negatif dalam kalangan orang Barat dan umat Islam yang telah menimbulkan jurang itu, sebenarnya berpunca daripada tindakan sebilangan mereka yang taksub di kedua-dua belah pihak.

"Mereka telah diwujudkan dan disemarakkan oleh beberapa peristiwa politik dan juga oleh beberapa faktor sosio-ekonomi dan agama," katanya.

Dalam konteks ini, katanya selepas perpecahan dan keruntuhan Soviet Union pada 1989, beberapa orang pemikir berpengaruh Barat memutuskan bahawa Islam merupakan musuh mereka pula selepas Komunis.

"Dengan itu bermulanya sikap dan tindakan negatif Barat terhadap umat Islam.

"Ini membawa kepada reaksi dan tindak balas daripada kumpulan tertentu dari dunia Islam terhadap Barat," katanya.

Dalam ucaptamanya, Abdullah juga berkata yang beliau yakin bahawa dunia Islam dan Barat akan berjaya merapatkan jurang itu, dan menambah kata dalam dunia yang cepat berubah, saling dihubungi dan tanpa sempadan tetapi dilengkapi pelbagai senjata canggih, mereka tidak boleh gagal.

Mengenai persidangan itu, Abdullah berkata kerajaan Malaysia komited untuk meneruskan usaha itu kerana berkeyakinan yang ia merupakan sumbangan bermakna terhadap proses pembinaan antara budaya dan tamadun.

Katanya kerajaan dan rakyat Malaysia menyokong penuh misi murni untuk melenyapkan jurang antara budaya dan tamadun kerana ia akan membawa kesan langsung dan positif terhadap situasi dalam negara.

Beliau berkata pengalaman Malaysia dalam pembinaan negara, dengan mengambil kira pandangan holistik terhadap keperluan dan sensitiviti penduduk pelbagai kaum dan agama dan kerajaan telah menggunakan ajaran Islam progresif sebagai asas tadbir urusnya demi manfaat semua sektor rakyatnya tanpa diskriminasi.

Menurut Abdullah, persidangan tahun ini adalah berorientasikan tindakan selaras dengan tema kecil persidangan iaitu "Daripada Definisi kepada Tindakan", menegaskan masanya sudah tiba untuk mengenal pasti beberapa idea konkrit bagi pembinaan semula jambatan persefahaman antara dunia Islam dan Barat.

"Saya berasa tidak sabar untuk menyampaikan rumusan daripada perbincangan anda kepada masyarakat antarabangsa menerusi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan Alliance of Civilisations (AoC), dan mendapatkan sokongan dan perakuan mereka," katanya.

Persidangan dua hari itu dianjurkan oleh Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Malaysia (IDFR) dengan kerjasama The Cordoba Initiative.

Sunday, June 1, 2008

TIADA LAGI SUBSIDI MINYAK

Oleh ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN
dan Oleh JAMDI NASIR (UTUSAN MALAYSIA)

KOTA KINABALU 31 Mei – Tiada lagi subsidi akan diberikan kepada diesel dan petrol yang dijual di negara ini apabila satu mekanisme baru diperkenalkan oleh kerajaan Ogos ini bagi menangani beban kewangan kerajaan yang semakin meningkat.

Sebaliknya subsidi itu akan diberikan terus kepada pengguna yang layak apabila mereka mengisi bahan api itu di stesen-stesen minyak di seluruh negara.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, melalui mekanisme itu subsidi diubah daripada di peringkat pengeluaran sekarang ini ke peringkat jualan.

“Jadi minyak yang dibekalkan dan dibawa dari depot ke stesen-stesen minyak bukan minyak yang bersubsidi.

“Maknanya harga minyak di pam ialah harga tanpa subsidi. Apabila pengguna beli baru dia dapat subsidi. Itupun kalau dia layak terima subsidi,” jelasnya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas sesi taklimat program dan aktiviti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Sabah (KPDNHEP) di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah di sini hari ini.

Ketika ini kerajaan membayar subsidi minyak kira-kira RM45 bilion setahun dan angka itu akan terus meningkat ekoran peningkatan harga minyak mentah di pasaran dunia.

Melalui mekanisme itu kata Shahrir, hanya pengguna yang layak sahaja akan diberikan subsidi ketika membeli minyak.

Bagaimanapun katanya, kriteria dan kaedah pemberian subsidi secara terus itu masih belum boleh diumumkan.

Sebelum ini, Shahrir berkata, diesel subsidi kemungkinan besar tidak lagi dijual di stesen minyak apabila penstrukturan semula subsidi bahan bakar negara dilaksanakan tidak lama lagi.

Langkah tersebut merupakan salah satu kaedah untuk memastikan golongan yang berhak sahaja menikmati subsidi diesel.

Menurut Shahrir, mekanisme baru itu juga secara tidak langsung akan dapat mengatasi masalah penyelewengan minyak bersubsidi.

“Sekarang minyak yang dibawa dari depot ke stesen minyak telah disubsidi,” katanya.

Akibatnya, kata beliau, jika lori tangki yang membawa minyak itu diseleweng sudah pasti ia menguntungkan pihak terbabit.

Dengan itu, katanya, mekanisme baru itu pasti dapat mengatasi masalah penyelewengan tersebut kerana subsidi hanya diberi ketika pengguna yang layak membeli bahan bakar terbabit.

Turut hadir pada sesi taklimat program dan aktiviti KPDNHEP Sabah itu ialah Pengarah KPDNHEP Sabah, Jaafar Walad; Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Eric Majimbun; Ahli Parlimen Tawau, Datuk Chua Soon Bui dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Putatan, Datuk Dr. Marcus Mojigoh.

Wednesday, May 21, 2008

PM JELAS ISU KEUNTUNGAN PETRONAS

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata tidak timbul soal pembahagian separuh keuntungan tahunan Petronas kepada rakyat kerana perbelanjaan mengurus dan pembangunan yang diperuntukkan oleh kerajaan sememangnya untuk kesejahteraan rakyat dan jumlahnya melebihi hasil yang diterima daripada Petronas.

Perdana Menteri berkata selain daripada sumbangan dalam bentuk royalti, duti eksport, cukai dan dividen kepada kerajaan, Petronas juga menanggung beban subsidi harga gas sektor elektrik dan bukan elektrik.

"Sejak Mei 1997 sehingga Mac tahun ini, subsidi harga gas yang ditanggung Petronas kira-kira RM78 bilion," kata DS Abdullah.

"Penetapan harga gas yang rendah kepada sektor elektrik telah membolehkan Tenaga Nasional Bhd mengenakan tarif elektrik yang rendah yang dinikmati oleh kira-kira 5.5 juta pelanggannya," katanya ketika sesi soal jawab di Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Lim Guan Eng (DAP-Bagan) mengenai jumlah keuntungan kasar yang diperoleh oleh Petronas sejak penubuhannya pada 1974 dan jumlah yang disimpan dan diagihkan kepada kerajaan serta persoalan mengenai sama ada kerajaan bercadang membahagikan separuh daripada keuntungan tahunan Petronas kepada rakyat.

DS Abdullah yang juga Menteri Kewangan berkata jumlah keuntungan Petronas sejak penubuhannya hingga 31 Mac tahun lepas, sebelum ditolak cukai, royalti, dividen dan duti eksport, berjumlah RM570.0 bilion.

Bagi pecahan mengikut pengagihan keuntungan, beliau berkata sebanyak RM357.8 bilion (62.8 peratus) diagihkan kepada kerajaan dalam bentuk royalti, duti eksport, cukai dan dividen, RM41.4 bilion (7.2 peratus) diagihkan kepada pemegang saham royalti dan cukai luar negara, manakala RM170.8 bilion (30 peratus) dilaburkan semula untuk operasi Petronas.

DS Abdullah juga berkata wang yang diterima oleh kerajaan daripada Petronas, sama ada dalam bentuk royalti, duti eksport, cukai atau dividen dimasukkan ke dalam akaun Kumpulan Wang Yang Disatukan bersama hasil lain yang diterima oleh kerajaan.

"Hasil yang diterima ini digunakan oleh kerajaan bagi tujuan perbelanjaan mengurus (termasuk memberi subsidi ke atas produk petroleum, sektor kesihatan, sektor pendidikan dan sektor pertanian), dan perbelanjaan pembangunan," katanya.

ANCAMAN SIBER BOLEH BAWA PADAH

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata kealpaan masyarakat moden dan kerajaan terhadap ancaman siber boleh membawa padah.

Perdana Menteri berkata ruang litup ancaman siber amat berbeza dari jenayah internet yang biasa seperti ujian identiti dan penipuan kewangan kerana gangguan siber boleh dirancang dan dilakukan dari mana saja di dunia ini tanpa orang yang melakukannya berada di negara sasaran.

Tanpa mengambil kira risiko terhadap kesannya kepada manusia pun, kerugian dari segi ekonomi akibat gangguan atau serangan siber ini menjadi satu sebab kenapa kerajaan perlu peka dan mengambil tindakan, katanya pada Sidang Kemuncak Keselamatan Siber Sedunia di sini hari ini.

"Yang anehnya, walau pun hubungan (siber) semakin meluas di sesebuah negara, kemungkinan berlakunya keburukan juga meluas," kata Abdullah.

Sambil memberi contoh, beliau berkata bahawa tahun lepas, Estonia, sebuah negara kecil tetapi mempunyai hubungan siber yang meluas, mengalami tiga gelombang isyarat menyebabkan loji rawatan airnya ditutup, sistem perbankannya tergendala dan agensi kerajaannya diserang.

Abdullah berkata oleh kerana internet tidak mengenal sempadan, sesebuah negara yang bertindak bersendirian tidak dapat mengelak dari ancaman siber.

Bagi mengatasi ancaman sejagat ini, semua kerajaan dan negara perlu saling bekerjasama, kata Abdullah.

Bagi Malaysia, katanya, ia menubuhkan Perkongsian Multilateral Antarabangsa Menentang Keganasan Siber (IMPACT) sebagai platform bagi membolehkan kerajaan dari pelbagai negara bertukar-tukar pengalaman dan idea selain memudahkan usaha berkongsi kemahiran dan amalan untuk melindungi ruang siber.

"Kita sedar bahawa sesetengah dari kemahiran dan teknologi terbaik dalam bidang keselamatan siber berada di luar kerajaan, (iaitu pada) pihak swasta dan akademia.

"Untuk membolehkan kerajaan menangani ancaman yang semakin kompleks ini, adalah wajar sektor swasta dan akademia yang terlibat dengan penyelidikan dijadikan rakan kongsi dalam inisiatif ini," katanya.

Pada masa ini, rakan kongsi IMPACT termasuk F-Secure, Kaspersky Labs, Symantec Corporation dan Trend Micro.

Sebagai bukti komitmen Malaysia terhadap IMPACT, kerajaan telah meluluskan geran pelancarannya sebanyak AS$13 juta.

Lebih separuh daripada peruntukan itu digunakan untuk membina sekretariatnya di Cyberjaya.

Sekretariat yang dijangka siap sebelum akhir tahun ini akan mengendalikan antara lainnya latihan, penyelidikan dan pembangunan, dasar serta rangka kerja kawal selia.

Sunday, May 18, 2008

PERPADUAN KAUM KUNCI UTAMA KEJAYAAN

PUTRAJAYA, 18 Mei (Bernama) -- Kesungguhan dan perpaduan rakyat Malaysia dalam menolak sifat-sifat melampau dan mahukan keamanan dan kesejahteraan telah membawa kejayaan kepada negara, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Dalam perutusan sempena sambutan Hari Wesak 2008 yang disambut oleh penganut Buddha esok, Perdana Menteri berkata, "Malaysia sesungguhnya sebuah negara bertuah kerana rakyat kita yang berbilang bangsa dan agama dapat hidup aman dan damai selama ini".

Menurut Abdullah pencapaian ini bukanlah sesuatu yang boleh diperkecil-kecilkan apabila "kita merenung mengenai kekacauan dan kesengsaraan yang dialami oleh sesetengah negara yang berpunca daripada konflik agama atau etnik".

Abdullah juga berkata, kerajaan sering mengadakan perbincangan dengan persatuan-persatuan pelbagai agama di negara ini untuk memahami pelbagai masalah dan keperluan.

Sesi perbincangan ini, kata Perdana Menteri, juga mengeratkan perhubungan dan meningkatkan kesefahaman di kalangan rakyat berbilang bangsa dan agama.

"Saya amat berharap melalui pendekatan ini kita dapat menyelesaikan isu atau masalah secara damai dan penuh semangat setia kawan".

"Saya percaya tidak ada masalah yang tidak dapat diselesaikan jika kita mengamalkan sifat kesederhanaan, bertolak ansur dan saling menghormati," katanya.

Thursday, May 15, 2008

RM 11 BILLION TO DEVELOP PUTRAJAYA

KUALA LUMPUR, May 15 (Bernama) -- RM11 billion. That's the cost to develop Putrajaya, the new federal government administrative centre. To be exact, it is RM11,831 million.

Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi disclosed this in a written reply in the Dewan Rakyat to Liew Chin Tong (DAP-Bukit Bendera) Wednesday.

He said it covered the construction of government offices and quarters, the Putrajaya International Convention Centre (PICC) and the official residences of the prime minister, deputy prime minister, ministers and judges.

"Apart from that, it also covered the development of infrastructure such as tunnels, roads, bridges, towers as well as public amenities like parks, squares and lakes," he said.

Abdullah said the government offices in Putrajaya were constructed under the build, lease and transfer method. Putrajaya Holdings constructed the buildings on government land, leased them to the government for 25 years at a monthly charge of RM2.50 per sq ft and, at the end of the concession period, transferred the buildings to the government.

The prime minister said the government paid Putrajaya Holdings an annual rent of RM929.7 million last year. It had paid RM878.1 million in 2006, RM732 million in 2005 and RM434 million in 2004.

Friday, May 9, 2008

PM: PENGUMUMAN TENTANG ISU BERAS ISNIN INI

KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata kerajaan akan mengumumkan tindakan yang akan diambil bagi menangani isu beras negara pada Isnin depan.

Perdana Menteri berkata hari ini jawatankuasa kabinet mengenai inflasi akan menghalusi cadangan bagi tindakan yang perlu diambil sebelum disahkan atas arahan kabinet.

"Saya telah jelaskan tindakan yang dicadangkan untuk diambil dan pada isnin akan datang, apabila jawatankuasa itu bermesyuarat, semua itu akan disahkan atas arahan kabinet," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat khas Majlis Tertinggi UMNO disini.

Abdullah berkata isu padi dan beras berkait rapat dengan krisis kekurangan bekalan makanan yang diperkatakan di seluruh dunia.

"Jadi kita nak pastikan, kita tidak kekurangan bekalan makanan. Beras amat penting kepada negara kita," katanya.

Abdullah berkata, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Mustapa Mohamed juga telah memaklumkan kepada majlis tertinggi tentang lawatannya ke Thailand berkenaan cadangan Malaysia untuk membeli beras.