Isu MCA masih belum selesai walaupun pihak tertinggi BN telah memberi cukup ruang dan masa kepada Jawatankuasa Pusat MCA menyelesaikan kemelut dalamannya. Walaupun kelihatan ujud liku-liku dalam proses merungkaikan masalah ini, pemimpin-pemimpin BN masih memberi peluang kepada MCA boleh berusaha mencari jalan keluar berteraskan demokrasi dan prinsip menang-menang.
MCA telah memutuskan untuk mengadakan Pilihan Raya Jawatankuasa Pusatnya yang terbaru awal 2010 dan ini mendapat reaksi positif daripada akar umbi MCA dan juga kepimpinan BN. Datuk Sri Dr. Chua Soi Lek adalah orang yang pertama sanggup meletak jawatan dan tindakan beliau telah mendapat 12 lagi ahli Jawatankuasa Pusat untuk turut serta meletakkan jawatan termasuk Naib Presiden MCA. Dicadangkan bahawa semua ahli meletak jawatan supaya hasrat MCA memilih barisan pemimpin barunya dapat direalisasikan. Setakat ini Presiden MCA, Datuk Ong Tee Keat masih belum membuat keputusan.
Pemerhati berpendapat bahawa rakyat sedang melihat perjalanan MCA dan adalah menjadi harapan mereka bahawa MCA dapat mengatasi masalah yang dianggap kritikal dalam Barisan Nasional. Pemimpin-pemimpin MCA hendaklah mementingkan keharmonian parti daripada kepentingan diri masing-masing. Pemerhati percaya bahawa MCA memang serius untuk menyelesaikan masalah ini dan semoga apa yang mereka uruskan akan diterima oleh semua ahli MCA nanti.
Kawasan di rantau Asia Selatan, terutamanya, di Afghanistan dan Pakistan akan berubah menjadi medan perang yang lebih sengit apabila Amerika akan menghantar 30,000 tentera baru ke Afghanistan. Keputusan Amerika Syarikat dalam hal ini juga mendapat sokongan daripada ahli-ahli NATO yang berjanji menghantar 7,000 tentera.
Penghantaran tentera baru ini adalah bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan Presiden Karzai yang dilantik kali ke-2 oleh rakyat Afghanistan. Ia juga untuk menolong tentera Pakistan yang kebelakangan ini telah dapat membantutkan kegiatan ketenteraan militan Pakistan di Selatan Waziristan. Dengan pengunduran militan Pakistan ini ke kawasan pergunungan maka tentera Pakistan terpaksa mengisi kekosongan supaya kawasan itu tidak akan diambil semula oleh militan ini. Begitu juga di Afghanistan, dimana tentera tempatan tidak berupaya untuk menentang Taliban Afghan dan dengan itu Amerika diperlukan untuk turut melawan Taliban ini.
Apa yang berlaku di negeri-negeri ini akan tidak berkesudahan kerana tentera-tentera Taliban memang berazam untuk menawan Afghanistan dan mempastikan Amerika kecundang dan meninggalkan Afghanistan. Taliban Afghan dan militan Pakistan berazam mengujudkan Kerajaan Islam di Kabul dan juga Islamabad. Pakistan dianggap strategik kerana ia mempunyai simpanan bom-bom nuklear yang menjadi idaman militan Islam dan juga Al-Qaeda. Sekiranya Pakistan tumpas kepada kelompok militan ini, maka bom-bom nuklear ini menjadi milik tentera militan dan sekaligus mengancam keselamatan dunia termasuk Amerika Syarikat dan negara-negara di dunia ini.
Pemerhati berpendapat bahawa kegiatan Amerika Syarikat untuk terus mengantarabangsakan perang di Afghanistan mempunyai risiko yang sangat tinggi . Pihak Barat pasti kekalkan kehadirannya di Afghanistan walaupun mereka berkata ini adalah sementara, demi menjamin keselamatan mereka sendiri. Kini mereka sedang memburu Osama Bin Laden yang dianggap sebagai Ketua Al-Qaeda dengan menawarkan USD50 milion kepada sesiapa jua yang dapat menangkap atau membunuh Osama. Begitu sekali takutnya negara Barat kepada Osama sehingga sanggup melakukan apa saja untuk mengamankan Afghanistan dan Pakistan.
Pelbagai spekulasi dibuat mengenai Osama tetapi maklumat masih tidak tepat. Pihak perisikan Pakistan turut sama dalam hal ini. CIA pun tidak dapat memberi penilaian mengenai kehadiran Osama. Presiden Ghadafi di Libya memberi amaran kepada dunia bahawa Al-Qaeda akan mencari peluang membuat huru-hara di Eropah kerana isu menara di Switzerland.
Program LIMA Kementerian Pertahanan Malaysia di bawah YB. Menteri Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah dilaksanakan dengan jayanya. LIMA kali ini melibatkan 2 segmen besar iaitu pameran persenjataan laut dan udara. LIMA juga berjaya memperolehi berjumlah RM9 bilion. Ini adalah satu penghasilan yang terbaik. Diharapkan bahawa dalam LIMA 2011, di Langkawi akan meningkat sambutan dan juga MOU-MOU.
LIMA telah menarik minat rakyat tempatan Langkawi, Alor Star, Pulau Pinang dan sekali gus menghidupkan suasana seluruh pulau Langkawi. Kini Langkawi sudah terkenal di seluruh dunia. Kemudahan-kemudahan seperti hotel-hotel lima bintang menjadi tarikan orang-orang luar menuju ke Langkawi disamping bersantai menikmati keindahan pulau ini.
Kehadiran kapal selam pertama Malaysia, Scorpen, menjadi tarikan. Ramai berpeluang melihatnya dengan lebih dekat tentang kecanggihannya, terutamanya dalam perut kapal selam itu sendiri. Pemimpin-pemimpin, media, orang-orang persendirian termasuk Dato’ Ali 35 bertuah melihat kehebatan kapal selam ini. Dengan adanya kapal selam ini, pertahanan Malaysia bertambah mantap dan aman membolehkan Malaysia dapat melaksanakan program YAB PM demi mamakmurkan tiap rakyat berteraskan ”1 Malaysia”.
Pemerhati mengucapkan syabas kepada Kementerian Pertahanan dan semua mereka yang terlibat dalam anjuran LIMA. Tahniah juga kepada pemimpin-pemimpin BN seperti YAB PM, YAB. Timbalan PM kerana sama-sama mengambil berat bagi mejayakan LIMA ini yang telah menarik ribuan peminat dari negara-negara Asean termasuklah Singapura, Indonesia, Brunei, Thailand, Filipina, USA, Australia, UK, France, Rusia dan German.
Keganasan di Selatan Thai adalah sesuatu yang telah lama berlaku. Ini berpunca dari ujudnya beberapa kumpulan muslim yang cuba memperjuangkan pemisahan 4 Wilayah daripada pemerintahan Thailand. Ramai pejuang-pejuang pemisah terkorban tetapi tuntutan mereka masih jauh dan makin sukar untuk dicapai.
Kini dimensi keganasan di Selatan Thai berubah kepada satu tahap yang seolah-olah tidak dapat diredakan. Banyak pendapat mengatakan bahawa punca keganasan di era terbaru ini adalah buatan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin. Media mengatakan bahawa ujud konflik kepentingan yang melibatkan pihak tentera dan polis Thailand. Sebelum Thaksin, 4 Kawasan Wilayah ini adalah di bawah kuasa tentera tetapi apabila Thaksin, bekas polis, berkuasa beliau memindahkan kuasa tentera di Selatan Thai kepada pihak polis. Perkara ini telah melibatkan kemarahan pihak tentera lalu mencari jalan untuk membuat huru-hara di Selatan Thai dan yang menjadi mangsanya adalah orang-orang awam Islam, yang tidak berdosa.
Satu ketika, pihak jahat cuba melibatkan Malaysia dalam konflik berdarah di kawasan ini, tetapi niat ini musnah apabila tiada bukti untuk menuduh Malaysia terlibat. Malahan, YAB. PM sekeras-kerasnya menafi tuduhan melulu pihak tertentu Thailand.
Kini YAB PM Malaysia akan mengadakan perbincangan tahunan ke-4 Malaysia-Thailand di Bangkok mulai 07 Disember 2009. Perbincangan seperti ini hanya berlaku di Asean sahaja. Isu-isu sempadan di antara Malaysia dengan negara-negara jiran seperti Malaysia telah dapat diselesaikan melalui mekanisma mesyuarat dipanggil GBC yang telah lama ujud. Tiada negara selain Malaysia yang mengamalkan mekanisma ini di dunia. Pakistan dan India pun tidak mempunyai mekanisma ala GBC.
Perbincangan di Bangkok kali ini tertumpu kepada perkara-perkara termasuk kerjasama dalam melaksanakan perjanjian di mana Malaysia melatih 4,000 orang muslim Selatan Thai dalam bidang keagamaan di pusat-pusat latihan di Malaysia; menepati pemintaan Thailand supaya Malaysia membantu mengubah-suai kurikulum sekolah-sekolah agama Selatan Thai; dan kedua-dua PM melihat sendiri pada 09 Disember 2009 keadaan di Narathiwat, Selatan Thai. Turut diberi beri perhatian ialah permasalahan-permasalahan, termasuk penyeludupan pendatang-pendatang tanpa izin dari Burma, China, Afrika dan Bangladesh masuk ke Malaysia; isu rakyat Malaysia yang berada di dalam penjara-penjara Thailand dan kerjasama antara Bangkok dan KL dalam bidang pelaburan berteraskan FTA.
Media war-warkan otonomi diadakan untuk 4 wilayah sebagai langkah penyelesaian. Ini mungkin tidak dapat diterima oleh Bangkok kerana ia memaparkan kelemahannya menangani krisis di NSelatan Thai. Apa yang berlaku, mereka hanya mendengar pandangan-pandangan tetapi tidak semestinya bersetuju. Mereka akan bersetuju kepada program-program percuma dimana Malaysia menanggung kosnya.
Pemerhati mengucapkan selamat bersidang kepada YAB. PM. Adalah diharapkan bahawa perbincangan dengan Perdana Menteri Thailand akan membuka lembaran baru dalam hubungan Kuala Lumpur – Bangkok menghadapi dekad 2010–2020, yang penuh dengan cabaran-cabaran.
Chin Peng mendesak bahawa beliau dibenarkan pulang ke Setiawan, Perak. Beliau secara terbuka meminta maaf pada mangsa-mangsa yang beliau kejami dulu. Kini berada di Bangkok serta hidup mewah dan senang. Apa lagi yang Chin Peng mahu? Beliau bebas bergerak dan berjalan dimana-mana jua termasuk ke Hong Kong, Taiwan, tanpa masalah. Gunakanlah kesempatan masa tua ini untuk bersantai dan jangan cuba menganggu-gugat orang lain.
Malaysia bukan lagi tempat Chin Peng kerana beliau adalah seorang pengkhianat dan pengganas yang cuba mengulingkan kerajaan menggunakan kekerasan dan senjata seperti terkandung dalam manifesto PKM. Perkara ini jelas berlaku lepas perang dunia kedua sehinggalah ditandatangani perjanjian Hadyai dalam tahun 80an.
Kini Chin Peng, tanpa segan silu, menggunakan media dan proksi untuk cari jalan masuk balik ke Malaysia. Beliau menggunakan berbagai helah yang diharap boleh menjadi umpan supaya orang Malaysia menerima beliau. Malangnya niat beliau ini telah dihalang kerana rakyat masih ingat kepada kerakusan dan pembunuhan-pembunuhan yang beliau lakukan sebagai ketua PKM. Kumpulan beliau ini telah berdosa sebagaimana kumpulan Khmer Merah yang berdosa kepada seluruh penduduk di Kemboja.
Pemerhati bersetuju dengan pendirian kerajaan seperti dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Menteri Penerangan, PDRM, Tentera dan juga veteran-veteran terdiri daripada bekas anggota keselamatan seperti polis dan tentera. Pesara-pesara polis terdiri dari kaum Cina turut menolak niat Chin Peng untuk balik ke Malaysia. Begitu juga dengan tentera-tentera veteran-veteran dari Australia dan New Zealand yang sependapat dengannya.
Makhamah pada 1 Disember 2009 telah menolak rayuan MP Permatang Pauh supaya kes sedomi terhadapnya diketepikan. Datuk Mohd. Zabidin Mohd. Diah, Hakim telah menetapkan kes ini didengar pada 25 Januari hingga 25 Februari 2010. Makhamah perlu mendengar kenyataan-kenyataan semua saksi-saksi supaya keputusan lebih adil dapat dicapai.
MP Permatang Pauh, pula berhujah bahawa laporan-laporan medikal perlu diambil kira. Namun, hakim berpendapat bahawa laporan ini tidak boleh dijadikan asas untuk mengugurkan kes sodomi ini.
Kes sodomi ini dilaporkan berlaku pada 26 Jun 2008 di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara yang melibatkan MP Permatang Pauh dan Saiful. Ia tertangguh begitu lama kerana rayuan-rayuan oleh MP tersebut. Beliau juga meminta kes ini didengar oleh makhamah syariah. Hasrat ini tidak tercapai kerana ia melibatkan satu kesalahan dari segi undang-undang.
Pemerhati berpendapat bahawa kes ini masih belum selesai dan ia akan didengar oleh makhamah pada awal 2010. Maka eloklah rakyat menunggu. Pandangan dari media-media tertentu menyatakan bahawa Saiful mempunyai sebab supaya kes ini dipercepatkan kerana hak kebebasannya tersekat oleh undang-undang.
Parti Pembangkang sudah mula gusar di Selangor dan mereka cari peluang untuk memburuk-burukkan Barisan Nasional dengan membuat pelbagai tindakan gila termasuk tidak membenarkan BTN berkhidmat di Selangor. Pembangkang Selangor diketuai oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim lebih yakin kepada satu ketumbukannya bernama SPIES dan kononnya diujudkan sejak Jun 2009, bagi tujuan motivasi pelajar-pelajar dan Penjawat-penjawat Awam Selangor.
Sedarkah Tan Sri Abdul Khalid bahawa patriotisma adalah penting dalam pengukuhan cintanya rakyat kepada negara? Ini merupakan satu pendekatan yang digunakan oleh semua negara baik bersistem demokrasi atau sebaliknya. Sekiranya patriotisma tidak ditanamkan di dalam hati dan minda setiap rakyat Malaysia, maka pegangan rakyat untuk mencintai negara akan menjadi longgar dan ini memudahkan anasir-anasir buruk menembusi sanubari tiap rakyat.
Pemerhati berpendapat bahawa pembangkang menghadapi masalah perpecahan dalaman yang serius. Mereka mencari helah untuk mententeramkan penyokong-penyokong yang sudah mula was-was terhadap pembangkang-pembangkan termasuklah DSAI, Lim Kit Siang, Tok Guru. Sejak kebelakangan ini berlaku pergolakan dan kepincangan dalam kepimpinan parti-parti politik pembangkang termasuk PKR dan PAS dan ini memburukan keadaan parti-parti ini.
Sekiranya kemelut dalaman parti tidak diatasi, parti-parti ini akan menjadi mundur 50 tahun kebelakang. Media laporkan bahawa anasir-anasir yang cuba memecah-belahkan PAS diilhamkan oleh MP Permatang Pauh yang mempunyai cita-cita hendak menjadi Perdana Menteri, Malaysia. Beliau akan menggunakan segala taktik kotor dengan menggunakan Tok Guru sebagai proksi untuk menembusi dan mempengaruhi PAS.
Sudah tiba masanya, bahawa pemimpin-pemimpin PAS Johor, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang sedar tentang niat jahat dalang-dalang dari luar untuk menghancurkan mereka.
Pandangan Dato’ Ali 35 mengenai perlunya Barisan Nasional mengambil balik Selangor dari pembangkang adalah sesuatu yang munasabah memandangkan bahawa ramai pengundi-pengundi Selangor terkilan dan tidak berpuashati terhadap prestasi Kerajaan Pembangkang di bawah Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Rakyat tertanya-tanya apakah yang telah di lakukan oleh Kerajaan Pembangkang selama ini di Selangor? Selain daripada mempertingkatkan kerja-kerja biasa yang dibuat oleh Barisan Nasional sebelum ini, Kerajaan Pembangkang kelihatan tiada membawa pembaharuan dan pembangunan ke Negeri Selangor.
Apa yang berlaku sekarang terdapat perpecahan fikiran dan pendekatan di dalam ketiga-tiga komponen pembangkang terdiri dari PAS, PKR, DAP dalam pentadbiran negeri. Seolah-olah tiada persefahaman dan jika ada, ia adalah ibarat dibuat-buat dan tidak ikhlas. Sejak pembangkang memerintah Selangor, ahli-ahli Kerajaan Pembangkang dalam dewan lebih sibuk mencari ruang dan jalan untuk mematikan demokrasi dalam Dewan Undangan Negeri. Mereka menggunakan apa jua Jawatankuasa dalam Dewan Undangan Negeri untuk menumpulkan kerja-kerja baik ahli-ahli Dewan BN.
Dato’ Ali 35 telah mendedahkan bahawa kegiatan pembangkang ini merupakan sesuatu yang tidak boleh didiamkan. Kerja pembangkang yang lebih berpura-pura sudah pasti akan merugikan rakyat Selangor. Adalah elok perkara berpura-pura oleh pembangkang ini diwar-warkan supaya rakyat betul-betul membuat pilihan yang terbaik pada PRU ke-12 nanti.
KITA harus menerima hakikat bahawa walaupun agama Islam itu satu, namun tafsiran terhadap Islam itu berbeza-beza. Pemahaman dan seterusnya penafsiran terhadap sumber-sumber Islam yang asal iaitu al-Quran dan al-Sunnah adalah tidak sama di kalangan para imam dan ulama mujtahid. Kerana itulah ia membawa kepada wujudnya pelbagai aliran atau disebut juga mazhab dalam dunia Islam sejak awal lagi.
Bahkan perbezaan kefahaman ini wujud sejak di zaman para sahabat Rasulullah SAW lagi. Kekalutan yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini ialah apabila munculnya sekelompok 'agamawan reformis' atau digelar juga 'progresif' yang mendakwa bahawa pendapat mereka sahajalah yang betul lalu mereka ini ingin melakukan apa yang disebut 'pembaikan' (islah) atau pembaharuan (tajdid) dalam masyarakat.
Pembaharuan ini ingin dilakukan atas pelbagai nama dan platform sama ada 'minda tajdid', atau mengemudi 'bahtera itu dan ini' dengan pelbagai slogan pula seperti 'kembali kepada al-Quran dan Sunnah', atau 'mengikut amalan generasi Salaf' dan seumpamanya.
Apa yang ingin digambarkan oleh kelompok 'mujaddid palsu' ini ialah selama ini amalan masyarakat kita kononnya tidak mengikut al-Quran dan Sunnah; nenek moyang dan ibu bapa kita tidak mengamalkan ajaran Islam yang sebenarnya; masyarakat kita banyak melakukan amalan bidaah sesat, bahkan turut mempertikaikan mengikut mazhab kerana katanya di zaman Nabi SAW dulu tiada mazhab lalu kenapa kita harus mengikut mazhab hari ini.
Tiada salah untuk melakukan pembaharuan malah ia dituntut apabila masyarakat menjadi semakin jauh dari amalan murni Islam yang sebenar lalu mencampur-adukkan dengan amalan khurafat dan bidaah sesat. Bahkan ada hadis dari Abu Hurayrah r.a., yang menyebut bahawa Allah akan membangkitkan setiap seratus tahun untuk ummah ini orang yang memperbaharui agamanya. (Sunan Abu Dawud)
Namun apa yang mengecewakan ialah apabila golongan-golongan ini bukannya 'memperbaharui' agama daripada perkara-perkara khurafat dan bidaah sesat, sebaliknya membongkar perkara-perkara khilafiyyah yang telah disepakati para ulama silam sejak ratusan tahun lalu untuk bersetuju berbeza pendapat (agree to disagree).
Kesan pembongkaran itu hanyalah menimbulkan keresahan dan keraguan di kalangan masyarakat sehingga membawa kepada perpecahan sesama sendiri.
Perkara-perkara khilafiyyah yang wujud dalam amalan mazhab-mazhab Ahlul Sunnah wal Jamaah seperti membaca qunut Subuh, keadaan jari telunjuk ketika tasyahhud perlu digerakkan atau tidak, berdoa beramai-ramai selepas sembahyang, dan seumpamanya tidak mungkin dapat diselesaikan hari ini jika dahulu pun tidak mampu diselesaikan oleh alim-ulama yang ratusan kali ganda lebih hebat daripada ulama-ulama hari ini dan lebih dekat dengan Rasulullah SAW dan generasi Salaf.
Menyedari hakikat bahawa perbezaan pendapat para ulama itu tidak dapat dielakkan khususnya dalam hal-hal ranting yang terperinci dalam ibadat, maka para ulama usul telah merumuskan bahawa "kebenaran dalam perkara ranting (furuk) itu berbilang-bilang." Ia suatu hakikat bahawa kebenaran dalam perkara bersifat 'cabang-cabang' Islam ini tidak mampu untuk diseragamkan menjadi satu walaupun ribuan ulama telah mencubanya sejak sekian lama.
Lalu selama kita mengikuti pandangan majoriti ulama (al-sawad al-a'zam) iaitu para imam mazhab empat dari kalangan Ahlul Sunnah wal Jamaah, maka insya-Allah kita berada di atas landasan dan jalan yang benar.
Renunglah nasihat para ulama silam dalam mengambil sikap beradab apabila menangani perbezaan pendapat dengan menekuni karya-karya mereka yang banyak berhubung dengan adabul ikhtilaf (Adab Berbeza Pendapat). Imam al-Shatibi r.a. sendiri sebagai contoh menulis: Sesungguhnya perbezaan pendapat yang terjadi pada zaman sahabat hingga ke hari ini berlaku adalah dalam masalah-masalah ijtihadiyyah. Pertama kali ia berlaku pada zaman Khulafa' al-Rasyidin dan sahabat-sahabat yang lain, lalu berterusan sehingga zaman para tabi'en dan mereka tidak saling mencela di antara satu sama lain. (al-I'tisom 2/191)
Selain tidak beradab dalam menangani perbezaan pendapat, golongan reformis agama ini juga mendakwa bahawa Islam yang sebenar ialah dengan mengikut al-Quran dan al-Sunnah dan bukannya mengikut mazhab.
Bunyinya menarik dan benar tetapi sebenarnya penuh dengan kebatilan dan kepalsuan seperti mana yang sering diungkapkan "kalimatul haq yuridu biha al-batil".
Mereka secara tidak langsung menyeru masyarakat menjadi 'bebas mazhab' (al-la madhabiyyah) suatu aliran yang dianggap 'bidaah' paling bahaya yang menentang syariat Islam seperti mana ungkapan Sheikh Dr. Said Ramadhan al-Buti dalam kitabnya al-la Madhhabiyya Akhtaru Bid'atin Tuhaddidu al-Shari'at al-Islamiyyah (Bebas Mazhab Bid'ah Paling Bahaya Menyalahi Syariat Islam).
Bahkan Imam Ibn Rajab al-Hanbali (meninggal dunia 795H/1393M) telah lama menentang aliran ini menerusi kitabnya Radd 'ala man Ittaba'a Ghayr al-Madhahib al-Arba'ah (Sanggahan Terhadap Mereka Yang Tidak Mengikut Mazhab Empat).
Kita perlu faham bahawa apabila disebut 'mengikut mazhab' bukanlah bermakna taksub kepada pandangan akali para Imam-Imam mazhab, kerana pandangan mereka itu juga sebenarnya didasarkan kepada al-Quran dan al-Sunnah. Bahkan mazhab itu sendiri bukanlah pandangan sosok tubuh seorang individu atau Imam mazhab semata-mata.
Mengikut mazhab Shafie bukan bermaksud mengikut pandangan Imam Shafie seorang diri sahaja, tetapi ia melibatkan sekumpulan para alima ulama yang mengikut kaedah mengistinbatkan hukum berdasarkan kaedah dan kriteria Imam Shafie.
Adalah tidak benar seperti apa yang cuba dimomokkan oleh kelompok agamawan reformis ini bahawa mengikut mazhab itu seolah-olahnya tidak mengikut al-Quran dan al-Sunnah. Terlalu dangkal jika kita berfikiran begitu dan terlalu hina kita meletakkan taraf keilmuan para imam-imam kita dan ulama mazhab yang menghabiskan usia menjadi penyuluh kegelapan umat dengan menelaah al-Quran, al-Hadis dan kitab-kitab saban waktu tanpa jemu.
Hidup mereka dipenuhi dengan ilmu dan pengajian sehingga ada ulama silam yang walaupun ketika sedang makan masih tetap menelaah kitab-kitab, sedangkan hidup kita penuh dengan bersenang-lenang dan berseronok-seronok.
Adalah amat mengecewakan apabila kita dapati ungkapan-ungkapan menghina para ulama silam dan dilontarkan bersahaja tanpa rasa bersalah bahkan dengan cukup biadab sekali sama ada dalam tulisan di dada-dada akhbar mahupun pada ceramah-ceramah.
Ini bukanlah bermaksud mengatakan bahawa para ulama itu maksum dan tidak melakukan kesalahan, tetapi pendekatan menghina itu tidak sewajarnya dilakukan apatah lagi oleh golongan agamawan sendiri.
Kesimpulannya, kelemahan para ulama bukanlah untuk didedahkan kepada masyarakat umum apatah lagi untuk dijadikan bahan ditertawakan kerana tiada sekelumit manfaat pun yang diperolehi dengan pendedahan sebegitu melainkan 'mengajar' masyarakat bersikap biadap terhadap para ulama silam.
Kita harus ingat bahawa kita juga ulama dan apabila kita 'mengajar' masyarakat awam biadap terhadap para alim-ulama silam dan tidak menghormati mereka, kita jangan terkejut jika masyarakat juga akan bersikap biadap terhadap kita selaku ulama suatu hari kelak'.
Penulis ialah Felo Pusat Perundingan dan Latihan, Institut Kefahaman Islam Malaysia.
CAKAP tidak serupa bikin atau kuman di seberang laut nampak tetapi gajah di depan mata tidak nampak.
Itu merupakan antara perumpamaan dan peri bahasa yang menggambarkan situasi politik pembangkang sekarang.
Baik Pas, DAP mahupun PKR mereka tidak terlepas daripada unsur kronisme.
Biar apa pun alasan yang diberikan, namun amalan itu jelas menjadi amalan mereka.
Sedangkan pihak pembangkanglah yang mula-mula membangkitkan soal kronisme dan nepotisme.
Atas nama integriti dan kebertanggungjawaban atau akauntabiliti, mereka mengkritik, menghentam dan mengecam apabila ada pelantikan ke jawatan-jawatan penting dalam kerajaan Barisan Nasional (BN) dahulu dan pemberian kontrak serta agihan saham.
Pada hujung tahun 1990-an, muncul pihak-pihak tertentu yang menggunakan elemen kronisme ini untuk menimbulkan kebencian rakyat terhadap kerajaan BN.
Matlamatnya adalah untuk mengetepikan kepimpinan ketika itu.
Namun apabila didedahkan segala data dan fakta, terbukti amalan kronisme dan nepotisme itu sebenarnya lebih memihak kepada kumpulan yang menuduh.
Namun istilah kronisme itu terus melekat dan menjadi mimpi ngeri kepada kerajaan BN hingga hari ini.
Soal pemberian kontrak dan jawatan kepada kawan-kawan, saudara mana, anak dan menantu sering dibangkitkan walaupun sebahagian besarnya tidak berasas dan tiada bukti.
Ia tidak terhad kritikan sahaja. Tetapi turut membabitkan serangan peribadi hingga sampai ke tahap mengaibkan.
Namun semua itu diterima dan dianggap wajar oleh pembangkang kerana ia memberi kelebihan kepada mereka.
Dalam politik setiap orang sanggup melakukan apa sahaja bagi mencapai matlamat dan cita-cita tanpa mengira dasar perjuangan parti.
Matlamat menghalalkan cara merupakan perkara biasa. Apabila orang lain buat ia merupakan satu dosa. Namun apabila membabitkan diri sendiri ia halal dan dikatakan berasaskan merit.
Krisis terbaru dalam Pas membuktikan kronisme menjadi amalan dalam parti itu.
Biar seseorang itu bertaraf ulama dan dipanggil dengan panggilan Tok Guru namun apabila sampai masa untuk mengisi jawatan-jawatan penting, anak dan menantu pasti menjadi keutamaan.
Jika dilihat daripada aspek biologi, memang sudah menjadi lumrah setiap makhluk di dunia ini untuk memberikan keutamaan kepada individu yang rapat dengan mereka.
Jika bapa berkuasa ia pasti akan memberikan keutamaan kepada anak-anaknya. Jika anak-anak tidak layak atau tidak berminat maka menantu akan menjadi pilihan.
Oleh itu apabila Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melantik menantunya Ir. Abdul Ariffahmi Ab. Rahman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), ia bukan sesuatu yang luar biasa.
Nama pun Perbadanan Menteri Besar, sudah tentu bukan satu kesalahan jika ia diterajui oleh menantu Menteri Besar.
Ini merupakan fitrah dan lumrah manusia. Sesuatu jawatan penting dalam agensi di bawah kerajaan negeri terutama yang membabitkan kewangan dan pelaburan tentu lebih baik diberikan kepada orang yang boleh dipercayai.
Dalam kes PMBK, sudah tentu Nik Abdul Aziz lebih mempercayai menantunya kerana beliau lebih mengetahui hati budi Abdul Ariffahmi berbanding orang lain.
Seperti kata Nik Abdul Aziz, menantunya itu mempunyai kelayakan daripada segi merit untuk menjawat jawatan itu.
Tetapi Mursyidul Am Pas itu mungkin tidak sedar, apabila bapa mertua melantik menantu dalam mana-mana jawatan yang ada kaitan dengan kerajaan yang dipimpinnya ia dinamakan kronisme.
Kritikan yang sama juga diberikan kepada BN dan UMNO jika berlaku lantikan yang membabitkan anak dan menantu termasuk yang dipilih sebagai calon pada pilihan raya.
Bukankah Pas dan parti pembangkang lain amat kuat menentang hal yang berkaitan dengan kronisme dan nepotisme ini?
Jika sebelum ini mereka membantah amalan kronisme, mengapa pula sekarang mengamalkannya?
Apabila sudah amalkan kronisme maka kenalah terima kritikan dan bantahan daripada rakyat.
Apa yang dilakukan oleh pemimpin Pas itu ibarat ludah ke langit jatuh ke muka sendiri. Atau lebih jijik lagi, menjilat ludah sendiri.
Kalau diamati dan diteliti, amalan kronisme ini bukannya berlaku dalam Pas sahaja. Ia juga merupakan perkara biasa dalam DAP dan PKR.
Dalam DAP misalnya, boleh dikatakan sebahagian daripada wakil rakyatnya mempunyai pertalian darah. Ia sama ada anak dan bapa atau menantu dengan mertua.
Tidakkah ini merupakan satu amalan kronisme yang dahsyat hingga menghalang peluang orang lain untuk sama-sama berbakti kepada rakyat?
Kalau individu itu bukan anak atau menantu kepada pemimpin tertentu amat sukar untuk mereka menjadi wakil rakyat. Jika dipilih sekalipun, ia adalah atas usaha dan kerja keras mereka.
Tetapi jika individu terbabit merupakan anak atau menantu kepada pemimpin tertentu, mereka tidak perlu membuktikan apa-apa. Tiba-tiba sahaja nama dicalonkan untuk bertanding dalam pilihan raya.
Selain itu, jawatan tertinggi juga boleh diwariskan kepada anak-anak seperti sistem monarki.
Yang mengecewakan, golongan ini merupakan yang paling lantang mengkritik amalan kronisme.
Tetapi realitinya ia merupakan sebahagian daripada budaya dan amalan mereka.
Apabila ia terdedah seperti apa yang berlaku di Kelantan, media yang akan disalahkan.
Kononnya media membangkitkan hal-hal remeh yang tidak perlu dan tidak ada kaitan.
Di mana tidak perlunya - kalau menantu seorang menteri besar dalam sekelip mata menjadi CEO sebuah agensi penting?
PMBK merupakan agensi yang bertanggungjawab terhadap perjalanan kewangan dan pelaburan kerajaan negeri.
Sebab itu apabila menteri besar melantik menantu menerajuinya, sedikit sebanyak sudah tentu timbul kemusykilan.
Jika Nik Abdul Aziz merasakan pelantikan itu telus dan memenuhi kriteria yang ditetapkan, beliau tidak harus bimbang dan tidak perlu pula melenting. Malah Abdul Ariffahmi jika telus, tidak perlu meletakkan jawatan.
Tetapi orang masih ingat setiap kata-kata dan ungkapan pemimpin-pemimpin pembangkang berhubung isu kronisme dan nepotisme dalam kerajaan BN dan UMNO.
Ini bukan soal menyibuk atau mendedahkan aib sesiapa. Tetapi lebih kepada soal maruah dan prinsip serta integriti.
Jika kita menentang sesuatu amalan yang dikatakan kronisme dan nepotisme maka sebagai pemimpin hebat yang diberi taraf ulama, sewajarnya kita mengelakkan daripada melakukan perkara seperti itu, atau yang boleh menimbulkan syak wasangka.
Jangan jadi seperti ketam yang cuba mengajar anak berjalan dengan betul. Sedangkan diri sendiri tidak mampu melakukannya.
SEWAKTU merasmikan pameran "Demokrasi Berparlimen Tonggak Pemerintahan Negara" di bangunan Parlimen pada 2007, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan, "status Parlimen kekal penting kepada tadbir urus negara". Perlembagaan Persekutuan Bahagian 4 Fasal 44 menyatakan, kuasa undang-undang Persekutuan Tanah Melayu terserah kepada Parlimen yang merangkumi Yang di-Pertuan Agong, Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
Tahun ini merupakan tahun bersejarah bagi amalan demokrasi berparlimen Malaysia. Ini kerana genap 50 tahun amalan tersebut dipertahan dan diberi pengiktirafan sewajarnya. Ia bersesuaian dengan perkara yang dipersetujui dalam rundingan kemerdekaan di London pada 18 Januari hingga 6 Februari 1956.
Pembinaan negara ini walaupun tidak melalui proses pertumpahan darah, tetapi ia juga tidak datang dengan mudah.
Sejarah kelahiran demokrasi di Tanah Melayu menunjukkan ia adalah demokrasi terpimpin walaupun ada sarjana menamakannya sebagai quasi-democracy ataupun semi-democracy. Ini bermakna, demokrasi berparlimen wujud dengan adanya nilai pengorbanan, kompromi, sifat tolak-ansur, hormat dan fahami komposisi kependudukan dan alam Tanah Melayu.
Jika ideologi diutamakan, tidak mungkin Demokrasi Berparlimen akan menjadi matlamat asas penubuhan sebuah negara-bangsa berdaulat. Ideologi diketepikan agar masyarakat pelbagai kumpulan etnik dapat hidup rukun dalam satu keluarga besar.
Bagi Raja-raja Melayu yang telah menghadiahkan cokmar kepada Majlis tersebut pada 1952, ia dilihat sebagai simbol pengukuhan kerajaan berparlimen yang demokratik dan memartabatkan kedudukan Perlembagaan.
Permulaan kepada sistem kerajaan berparlimen adalah pengenalan Sistem Ahli pada 1951 yang merupakan asas kepada usaha melatih rakyat membentuk dan mentadbir kerajaan sendiri yang seterusnya membawa kepada pembubaran Majlis Perundangan Persekutuan selepas Pilihan Raya Umum 1959; titik permulaan sejarah Demokrasi Berparlimen dengan sidang pertama pada 12 September 1959.
Parlimen bertanggungjawab ke atas hal- ehwal penggubalan undang-undang di samping menjalankan tugas memantau perbelanjaan am kerajaan.
Kesemuanya masih berpusatkan kepada kuasa rakyat dalam menentukan jenis, bentuk dan pemerintahan yang mahu dilihat berdasarkan kepada pilihan raya yang menjadi mekanisme terpenting menentukan pentadbiran negara.
Selepas 50 tahun, adakah ia masih menjadi simbol kebanggaan? Adakah peranan Parlimen sudah berubah hari ini disebabkan kelangsungan politik? Yang nyata, demokrasi berparlimen masih merupakan sistem terbaik negara ini yang mempertahan tanggungjawab pemimpin dan hak rakyat ke atas kerajaan.
Perlembagaan menjadi dokumen terpenting mendasari hubungan ini dan lebih daripada itu, ia menjadi asas kemuafakatan masyarakat negara ini.
Demokrasi berparlimen membolehkan rakyat menyalurkan pandangan dan kritikan melalui wakil yang terpilih. Adakah wakil mereka memain peranan yang signifikan dalam konteks kemasyarakatan perlu pertimbangan sewajarnya.
Suara kepentingan ramai perlu diutamakan daripada menjadikan Parlimen sebagai perdebatan emosi. Kesucian Parlimen perlu diiktiraf sebagai ruang untuk mengelak dari membuat pembohongan, fitnah mahupun mencari kepopularan.
Pemimpin mesti bertanggungjawab ke atas hak dan kedudukan mereka. Pembunuhan karakter berlebihan dalam Parlimen boleh merencat proses perjalanan persidangan.
Demokrasi berparlimen tidak bermakna imuniti digunakan bagi meraih publisiti tetapi ia untuk memperjuang, memperkukuh dan memantapkan dasar atau hala tuju kesejahteraan masyarakat.
Demokrasi bersifat mulia dan tidak boleh dirosakkan dengan amalan rakus untuk berkuasa. Kemajuan dan demokrasi sepatutnya bergerak seiring.
Keyakinan dan kepercayaan melalui mandat sebagai wakil di Parlimen penting untuk dituruti. Kesejahteraan masyarakat tidak boleh dikompromi.
Pemimpin akan dinilai daripada kewarasan perwatakan sebagai pemimpin yang bersedia berkhidmat untuk masyarakat tanpa mengira batasan kepercayaan, agama, keturunan mahupun gender.
Selama 50 tahun penubuhan Parlimen, pengisian ke atasnya cukup hebat. Ia telah melihat kelahiran pemimpin yang berjiwa rakyat, juga pada waktu yang sama berjiwa emosi kepentingan diri.
Tempoh itu juga menyaksikan penerimaan negara lain ke atas sistem kita dan turut dijadikan model. Malaysia masih dihormati kerana amalan demokrasi berparlimen dianggap suatu yang workable ke atas status kependudukan. Demokrasi berparlimen harus melahirkan kerajaan yang stabil dan boleh meneruskan tradisi pembangunan, pemodenan dan industrialisasi.
Jika ada kelemahan dasar, ia boleh dibetulkan dan ruang secukupnya perlu ada untuk memperbaharui. Amalan demokrasi hanya dapat berfungsi jika ada kesungguhan dalam kalangan kesemua pihak, bukan pemimpin semata-mata.
Setiap anggota masyarakat dalam mana-mana stratifikasi sekalipun ada tanggungjawab mereka. Kita bertanggungjawab ke atas sistem yang ada. Nilai moral dan integriti menjadi persoalan asas dalam demokrasi berparlimen hari ini. Ia dapat berkembang jika dilihat secara rasional dan bukan emosional.
Selama 50 tahun Parlimen, ada kegemilangan dan ada pasang surutnya. Ada pencapaian yang mendapat pengiktirafan dan ada cabaran yang dilaluinya.
Walau apa pun, ia masih merupakan sistem terbaik dan sama ada dapat bertahan untuk 50 tahun lagi, ia bergantung kepada tahap kematangan dan kesungguhan masyarakat untuk menjamin hak dan tanggungjawab mereka.
Hubungan antara institusi raja, kerajaan, pemimpin dan masyarakat mampu memastikan Parlimen kukuh berdiri kerana tanpa Parlimen, maka akan berkubur kebebasan dan institusi yang telah membawa kedudukan Malaysia hari ini.
Kuasa rakyat menentukan ketinggian Parlimen hari ini dan ia juga merupakan kuasa yang amat besar signifikasinya kepada kemakmuran dan kesejahteraan generasi hari ini dan akan datang.
PENULIS ialah Pensyarah Kanan,Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia
ADA saja tindakan anggota polis yang tidak disenangi pihak tertentu. Apabila kadar jenayah meningkat, polis disalahkan dan dituduh tidak buat kerja. Polis dilabel makan gaji buta. Mereka juga dikatakan tidak peka.
Apabila ada penjenayah ditembak mati, lain pula cerita. Polis dikatakan membunuh dengan niat. Polis dituduh menyalahgunakan kuasa. Lebih teruk lagi tindakan polis dikaitkan dengan perkauman.
Tetapi jika polis yang ditembak mati oleh penjenayah atau polis terkorban dalam gerakan membanteras jenayah, tidak ada siapa peduli.
Tiada siapa yang membangkitkan kaum atau bangsa apa si penjenayah yang menyebabkan anggota polis itu terkorban atau tercedera. Tiada siapa juga mencadangkan supaya ditubuhkan suruhanjaya bagi menyiasat kematian anggota polis.
Seperti yang ditegaskan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan tidak ada siapa yang simpati, jauh sekali mahu menghulurkan bantuan.
Paling-paling pun ayat yang terlontar daripada mulut kumpulan tertentu adalah: ''Oleh kerana dia (anggota yang terkorban) memilih untuk menjadi polis, maka ditembak penjenayah adalah takdir.''
Tidak pula mereka mengaitkan takdir dengan pilihan orang tertentu untuk bergelumang dengan jenayah sehingga rekod jenayah yang dicatatkan boleh saja dijadikan siri ensiklopedia.
Adakah di paras itu ukuran rasa hormat dan penghargaan rakyat negara ini terhadap tugas anggota polis? Adakah sebegitu adab rakyat Malaysia - penjenayah disanjung, anggota keselamatan disinggung?
Secetek itukah pemikiran kalangan rakyat negara ini sehingga tindakan polis dinilai berasaskan kaum dan bukannya alasan munasabah setiap das 'tindakan' yang dilepaskan?
Begitu juga dengan kes kematian penjenayah dalam tahanan. Jika melibatkan kaum tertentu, pantas anggota polis atau petugas penjara dituduh sebagai pembunuh. Seolah-olah apabila penjenayah itu terdiri daripada kaum tertentu maka niat polis tidak lain tidak bukan semata-mata untuk menamatkan riwayat hidup mereka?
Hakikatnya persepsi yang mengaitkan tindakan polis dengan penjenayah yang tercedera atau mati ditembak berasaskan kaum cukup untuk menggambarkan sejauh mana rakyat di negara ini saling percaya mempercayai.
Dan selepas lebih 50 tahun merdeka masih ada tanggapan seperti itu menunjukkan hubungan antara kaum masih rapuh. Lebih bahaya lagi apabila kerapuhan itu diserlahkan dalam usaha pihak berkuasa membanteras jenayah. Sedangkan proses membersihkan negara daripada jenayah hakikatnya tidak mengenal kaum dan tidak pernah ada batas atau sempadannya.
Bukankah sepatutnya kefahaman yang mesti ada dalam pemikiran rakyat Malaysia begini bentuknya - jika anggota polis terkhilaf dalam tindakannya sehingga membawa kematian di pihak penjenayah, ia bukan kerana perkauman.
Kekhilafan itu semestinya didorong oleh kelalaian di pihak polis itu sendiri dan bukannya kerana bangsa seseorang atau kumpulan penjenayah yang terlibat.
Secara asasnya, tugas polis itu sendiri berhadapan dengan jenayah dan penjenayah. Justeru mempertahankan diri sendiri dan orang lain adalah 'senjata' utama mereka. Jika ada yang terkorban dalam proses tersebut, perlu diteliti puncanya. Mengaitkan tindakan tersebut dengan kaum tertentu sahaja bukan jawapan malah ia mengundang bahaya yang boleh memporak-perandakan negara.
HANYA semangat Barisan Nasional (BN) sahaja boleh menyelesaikan kemelut dalam MCA. Sebagai rakyat yang prihatin dengan aspirasi Perdana Menteri dan agenda 1Malaysia, jalan yang paling baik untuk komponen BN itu menjernihkan krisis dalaman parti yang semakin keruh dengan banjir air mata dua tonggak utama parti ialah dengan merujuk kepada Pengerusi BN sebagai abang besar.
Justifikasinya ialah selagi punca permasalahan tidak dirungkai, MCA dan masalah kepimpinan mereka akan terus menjadi fokus semua pihak. Ini bukan situasi yang baik untuk BN dan pemerintahan negara kerana ia melibatkan pemimpin MCA yang juga menjadi menteri Kabinet.
Masalah dalaman sepatutnya selesai di dalam parti, namun kelambu yang terkuak menunjukkan ada sesuatu perlu dilakukan dan seseorang yang neutral perlu dijadikan orang tengah. Langkah Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Pengerusi BN untuk menyelesaikan kekusutan dalam MCA mencerminkan kepekaan beliau dalam menangani kemelut yang seperti tidak akan berakhir dan ini menguji kepimpinan beliau sendiri.
Semua pihak yang terlibat perlu berlapang dada dan berminda terbuka untuk mengatasi masalah yang melanda selapis demi selapis. Impak penglibatan Pengerusi BN dilihat mampu untuk memberi ruang kepada pemimpin-pemimpin tertinggi yang terlibat berfikir luar kotak iaitu berfikir untuk menyelesaikan masalah bukan untuk ahli MCA sahaja tetapi masyarakat Cina khususnya dan rakyat Malaysia amnya.
MCA sebagai salah satu parti terbesar negara yang mewakili masyarakat Cina adalah harapan untuk memperjuangkan kepentingan nasional mereka dalam situasi pihak pembangkang masih terus dengan krisis dalaman dan luaran mereka.
Bidalan Melayu memang tepat, cubit paha kanan paha kiri turut terasa. Sebagai sebahagian komponen BN - MCA, UMNO dan MIC telah melalui terlalu banyak cubaan dan dugaan dalam 'persahabatan' mereka.
Kesusahan sahabat merupakan kesusahan sahabat satu BN. Bukan berniat campur tangan tetapi hasrat Najib sebagai Pengerusi BN adalah untuk mengembalikan kestabilan dalam MCA sekali gus dalam BN yang turut dianggotai oleh PPP dan komponen dari Sabah dan Sarawak seperti PBS dan Pesaka.
Parti-parti pembangkang sudah pasti akan menangguk di air keruh dalam isu ini. Masing-masing mencari kelemahan lawan, yang akan rugi ialah pihak yang sedang memegang kuasa. Jika kuasa sudah terlepas ke tangan pihak lain hanya penyesalan sahaja yang akan didengari dari mulut mereka.
Seperti biasa jika sesuatu jalan penyelesaian sukar dicari, MCA haruslah merujuk kepada sejarah kepimpinan yang lalu dan yang menariknya pemimpin-pemimpin lama itu masih ada dan boleh saja dijadikan rujukan terakhir jika kekusutan dan pelan perpaduan gagal direalisasikan.
MCA perlu ingat bahawa krisis tidak boleh diselesaikan dengan krisis yang baru kerana yang akan berlaku ialah sokongan akar umbi akan berpecah-pecah kerana mereka dihadapkan dengan situasi 50-50 yang akan mengorbankan perpaduan parti dan BN sendiri.
Jadi langkah Najib untuk meredakan suasana yang hangat amat tepat sebelum tindakan merujuk kepada 'orang lama' dibuat. Kita masih ada misi dan visi untuk negara ini yang masih belum selesai dan MCA adalah sebahagian dari faktor pemangkin ke arah kejayaan misi dan visi itu.
Walaupun Wawasan 2020 dan 1Malaysia hampir dikecapi namun ia lebih bermakna jika MCA terus mantap bersama-sama komponen BN yang lain menuju ke arah itu.
Semua pihak dalam MCA perlu memberi ruang kepada Pengerusi BN dan diri mereka sendiri untuk menjernihkan segala kekeruhan. Dengan situasi yang seolah-olah di hujung tanduk hanya Pengerusi BN yang layak menjadi pengantara bagi semua pihak.
Biar banjir melanda bumi kita jangan pemimpin pula banjir dengan air mata hanya kerana hilang tempat untuk meluahkan pendirian. Rapatkan barisan yang semakin renggang kerana BN perlu sokongan komponen 100 peratus.
Tindakan Dun meluluskan usul untuk merujuk Pemangku Ketua Pembangkan Selangor Dato’ Mohd.Satim Dimam ke Jawatan Kuasa Hak dan Kebebasan adalah satu taktik jahat Dewan Undangan untuk menyekat demokrasi. Apakah yang dikatakan oleh YB. Satim pada 11 November 2009 di dalam Dewan? YB. Satim mengatakan bahawa pembelian opsyen 200 juta saham atau 20% daripada kumpulan Guthiri membuktikan Menteri Besar Tan Sri Khalid tidak berhemah dan gagal menguruskan kewangan sendiri. Akibat dari tuduhan ini, Speaker Dun memutuskan YB. Satim hendaklah dirujuk kepada JKHK kerana kenyataannya berkaitan bajet 2010 yang dikemukakan dalam keadaan rakyat keseluruhannya sangsi dengan kebolehan Menteri Besar. Sekiranya kenyataan YB. Satim tidak sahih dan tidak berasas, JKHK hendaklah mencadangkan tindakan yang sewajarnya kepada Dewan ini.
Adalah jelas bahawa MB Selangor (Dun Ijok) ini adalah ”double standard” dalam pengurusan pentadbiran Negeri Selangor. Pendekatan seperti ini sudah pasti terus melongkaikan kerajaan pembangkang yang sejak mula mentadbir, telah banyak memaparkan kelemahan-kelemahan dan akibatnya, rakyat Selangor menanggung kesusahan.
Pemerhati mengucapkan syabas kepada YB. Abdul Shukor Idrus (BN – Kuang) kerana mempertahankan YB.Satim (Adun Seri Serdang). YB. Shukor mencabar MB kenapa tidak ambil tindakan ke atas Dr. Hassan Ali (PAS – Gombak Setia) kerana mengkritik SELCAT sebelum ini?
Dewan Undangan Negeri Selangor tamat persidangannya pada selasa 17 November 2009. Dalam sesi Dewan itu Exco enggan menjawab soalan Adun Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah. Untuk makluman, Badrul Hisham merupakan Wakil Rakyat Bebas setelah keluar daripada PKR pada 20 Oktober 2009 dan bersedia menyokong Barisan Nasional .
Tindakan Exco Hal Ehwal Wanita, Kebajikan, Sains Teknologi, Inovasi dan Kebudayaan tidak mahu menjawab soalan tambahan Badrul, kononnya, mendakwa Badrul tidak menjalankan tugas sebagai Wakil Rakyat sejak 20 bulan lalu. YB. Rodziah Ismail, Exco, dengan sombongnya mengatakan bahawa Badrul telah gagal membawa sebarang perubahan di kawasan Dunnya. Sebenarnya, soalan yang dikemukakan oleh Badrul itu, mudah sangat, iaitu meminta kerajaan negeri memberi perhatian penuh perkhidmatan internet tanpa wayar di kawasan Pelabuhan Klang. Jawapan yang dibuat oleh Rodziah ialah buat masa ini perancangan khidmat internet masih ditahap perancangan dan dijangka bermula pada 2011.
Sebenarnya, adalah munasabah YB. Badrul menimbulkan isu ini kerana Kerajaan Selangor tidak prihatin terhadap keperluan setempat. Perkara seperti ini sepatutnya sudah lama dilakukan tetapi tidak diberi perhatian oleh Exco, sedangkan perkhidmatan internet ini perlu dipertingkatkan demi kebaikan warga Lembah Klang, amnya. Sebaliknya, Rodziah menggunakan kesempatan ini untuk menghentam Badrul yang memang bosan dengan pembohongan kerajaan Tan Sri Khalid Ibrahim yang sedang menghadapi krisis dalaman. Ini adalah satu perkembangan yang tidak wajar dan diamalkan oleh parti pembangkang yang perlu telus dalam pengurusan dan pentadbiran negeri.
Pemerhati berpendapat bahawa sikap ahli-ahli kerajaan pembangkang dalam Dun perlu didedahkan oleh internet dan media supaya isu-isu yang dibahaskan akan dapat diketahui rakyat.
Hakim Makhamah Tinggi, Datuk Gopal Sri Ram, pada 17 November 2009 telah menolak rayuan MP Subang, Sivarasa Rasiah, untuk menyertai dan dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Bar Council. Makhamah menolak rayuan Sivarasa yang juga Naib Presiden PKR, tentang dengan seksyen 46A (1), Legal Profession Act (LPA) 1976, dimana hasrat ini tidak boleh dibenarkan. Sivarasa anggap bahawa halangan terhadap beliau untuk aktif dalam Bar Council, adalah bertentangan dengan hak-hak yang terkandung dalam Perlembagaan.
Rayuan Sivarasa tidak dapat diterima oleh makhamah kerana Akta 1976 adalah jelas dimana sesiapa yang ada kedudukkan dalam parti politik atau juga ahli Dewan Parlimen / Dun, adalah tidak dibenarkan untuk memegang jawatan dalam Bar Council. Ini adalah untuk menjadikan Bar Council bebas daripada pengaruh politik. Sivarasa menerima keputusan makhamah.
Pemerhati berpendapat bahawa MP Subang seorang Lawyer benar-benar jahil mengenai undang-undang Malaysia. Beliau mungkin sudah dinasihatkan supaya tidak bertanding bagi jawatan dalam Bar Council kerana ia melanggar seksyen tertentu LPA. Malangnya, Sivarasa terus bersikap degil sehingga membawa kes ini ke peringkat Makhamah Rayuan. Tidakkah beliau faham ini membuang masa makhamah dan rakyat? Adalah dinasihatkan agar MP ini tumpukan tugas-tugas beliau membaiki kedudukkan pengundi-pengundi dan rakyat Subang. Kami difahamkan bahawa MP terlalu sibuk sehingga rakyat merungut tidak berpeluang bertemu dan berdailog dengan beliau. Sivarasa ini lebih sibuk mementingkan diri sendiri disamping mencari publisiti murah tanpa mengira kepentingan rakyat di kawasan Subang. Orang seperti ini janganlah dipilih lagi pada Pilihan Raya Umum akan datang.
Dr. Mohd. Asri b. Zainal Abidin masih aktif berdakwah, dengan menyampaikan ceramah / kuliah di tempat-tempat awam yang difikirkan akan mendapat sambutan serta simpati kepadanya. Apakah JAIS semasa memberi bon kepada beliau tidak memasukkan syarat-syarat yang boleh mengikat Dr. Asri dari terus berdakwah?
Pada saya selaku pemerhati, ingin saya jelaskan kepada pembaca apa yang diwar-warkan oleh Dr. Asri mengenai penahanan ke atas beliau tidak perlu dipertikaikan oleh mana-mana pihak. Penahanan ke atas beliau ialah berhubung dengan tauliah. Tauliah wajib bagi sesiapa sahaja yang ingin mengajar ataupun memberi kuliah di masjid-masjid atau di mana-mana sahaja samada terbuka ataupun tertutup perlu mendapatkan tauliah. Ianya bertujuan menghalang pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab menyampaikan ceramah/mengajar sesuka hati.
Dalam hal ini Dr. Asri perlu akur bahawa penahan ke atas beliau bukannya bertujuan untuk menjatuhkan maruah beliau disebabkan beliau tidak mempunyai krebiliti dari segi ilmu pengetahuan yang dimiliki, sebaliknya kerana beliau tidak mempunyai tauliah yang diwajibkan oleh pihak berkuasa. Selain itu Dr. Asri perlu sedar dan yakin apa yang beliau amal selama ini banyak bertentangan dengan konsep dan amalan penduduk negara ini sejak turun-temurun. Cerita tentang Kaum Muda / Kaum Tua (Wahabi) ini sejak 60an lagi, tetapi ianya dah reda setelah berlaku perdebatan antara pengamal Wahabi / pengasas di Perlis dan Pulau Pinang ketika itu dengan Shahibussamahah Mufti Perak dan Almarhum Dato’ Hj. Mohd. Nor b. Ibrahim bekas Mufti Kelantan yang menjelaskan mengenai Wahabi dan sejarahnya dengan panjang lebar, khususnya mengenai ayat-ayat yang mutasyabihat yang tidak boleh ditakwil oleh mana-mana pihak. Manakala pandangan Khalaf pula ianya perlu ditakwil supaya tidak bertentangan dengan tauhid Ahli Sunnah waljamaah (sifat 20). Sebagai contoh “Tuhan Di Atas Aras” mengikut pendapat Salaf manusia tidak perlu mentakwil ayat-ayat berkenaan.
Sehubungan dengan ini juga Wahabi membahagikan tauhidnya dalam 3 bahagian pertama Tauhid Rububiah, iaitu tauhid mengenai ketuhanan dan pengabdian diri kepada Allah semata-mata tidak ada takwilan khususnya dalam konsep amal ibadat kepada Allah s.w.t. Yang kedua tauhid Uluhiah yang tidak ada apa kaitan dengan manusia. Yang ketiga tauhid Asmaa’-Wal-Sifat kita perlu mentauhidkan nama-nama Allah satu persatu, jika kita gagal pasti kita berdosa. Sedangkan nama-nama Allah itu perlu diketahui secara Ijmali sahaja. Pendapat ini amat bertentangan dengan konsep Ahli Sunnah Waljamaah yang diamalkan di Malaysia sejak turun termurun lagi. Justeru sebarang amalan baru yang bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah-Waljamaah ianya pasti akan menimbulkan keresahan dan kegelisahan dikalangan penduduk warga negara ini. Bertaubatlah Dr. Asri dan berpeganglah kepada ajaran Ahli Sunnah-Waljamaah
Keputusan Adun dan juga MB Kelantan untuk menarik diri dari menunaikan haji pada tahun 2009 adalah satu langkah yang paling munasabah memandangkan pemergian ini adalah ditaja oleh seorang peniaga yang katanya mendapat banyak kontrak di Negeri Kelantan. Apa yang patut berlaku ialah Tok Guru menggunakan dana sendiri untuk membuat haji dan bukanlah dari tajaan yang diberi kepada beliau kerana ia memberi implikasi-implikasi yang tidak positif. Pertamanya, beliau adalah Ketua Negeri, kedua Ulama dan ketiga beliau adalah hak rakyat. Sebagai hak rakyat, maka beliau sebagai CEO Kelantan tidak akan sepi dari diteropongi oleh rakyat, terutamanya pengundi-pengundi.
Bukanlah mudah untuk menjadi pemimpin negeri kerana pemimpin tidak boleh membuat kesilapan terutamanya yang melibatkan wang ringgit. Beliau juga akan menjadi satu contoh yang tidak baik oleh ahli-ahli Exco dan juga pentadbir-pentadbir negeri. Mereka ini yang sentiasa terdedah kepada unsur-unsur seperti rasuah dan lain-lain, mungkin akan terikut-ikut dengan langkah MB yang mengatakan bahawa tiada salah pergi membuat haji dengan wang tajaan.
Pemerhati berpendapat bahawa mesej yang diterima dari episod MB Tok Guru ini ialah kita perlu tebalkan iman daripada godaan-godaan semua makhluk-makhluk terutamanya syaitan. Perkara ini adalah juga diaplikasikan kepada pemimpin-pemimpin pembangkang di Selangor, Perak, Kedah dan Pulau Pinang.
Media baru sibuk mewar-warkan pertemuan Datuk Zaid Ibrahim (PR) dengan Pengerusi Hindraf, P.Waythamoorthy, di Singapura. Kenapa ini berlaku di Singapura? Ini adalah kerana Moorthy tidak dapat masuk ke Malaysia kerana pasport beliau telah dibatalkan. Beliau kini bermastautin di London dengan menggunakan dokumen perjalanan yang keluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Datuk Zaid menemui ahli Hindraf ini untuk membincangkan peranan Hindraf dalam PR terutamanya, konteks Pilihan Raya Umum ke-12. Zaid mempunyai agenda untuk memenangi hati dan minda kaum India yang sudah mula hilang keyakinan terhadap kepimpinan pembangkang yang diketehui oleh MP Permatang Pauh. Fenomena hilang keyakinan ini boleh menjejas kedudukkan masa depan pembangkang untuk berkuasa sebagai Kerajaan Altenatif . MP Permatang Pauh sangat-sangat memerlukan sokongan terutamanya dari pengundi-pengundi India dan Cina supaya beliau dapat menjadi Perdana Menteri Malaysia. Azam untuk menjadi PM Malaysia ini masih membara di dalam hati MB Permatang Pauh walaupun beliau mempunyai rekod peribadi yang negatif.
Pemerhati berpendapat bahawa Dato’ Zaid terus hilang pedoman dan kerana malu, beliau tidak sanggup balik kepangkal jalan. Apa yang beliau dapat dari memperjuangkan niat satu orang dari Permatang Pauh yang mementingkan diri sendiri? Datuk Zaid, bekas MP Kota Bharu, sebenarnya mencari publisiti dan memerlukan perhatian rakyat tetapi tidak kesampaian. Beliau seolah-olah bergerak seperti hantu raya yang tidak bertuan. Adalah dinasihatkan mantan MP ini berhentikan kerja-kerja yang tidak memberi manafaat dan tumpukan minda dan tenaga membetulkan diri sendiri dan meningkatkan mertabat ekonomi orang-orang Melayu, dan juga kaum-kaum lain.
Wira ingin menasihat mereka-mereka yang dilanda banjir supaya bersabar dan akur kepada arahan pihak yang berwajib supaya selamat dan aman.
Pihak kerajaan terutamanya Majlis Keselamatan Negara, selaku Penyelaras, adalah prihatin terhadap mangsa-mangsa banjir terutamanya di Kedah, Kelantan, Terengganu dan akan merebak ke Pahang dan Johor dalam beberapa bulan yang akan datang. Ini adalah kerana musim hujan yang berlaku pada hujung dan awal tahun di Malaysia yang tidak dapat dielakkan.
Wira mengucapkan syabas kepada jentera kerajaan yang telah menjalan tugas-tugas mereka dengan baik berteraskan ”1 Malaysia : Rakyat Didahulukan Pancapaian Diutamakan”.
MP Permatang Pauh lagi sekali membuat kekecohan apabila beliau diberi jawatan sebagai Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor. Lantikan ini membolehkan beliau mendapat perlbagai kemudahan termasuk pejabat, kereta walaupun beliau dikatakan akan menerima bayaran RM1 bagi jawatan ini.
Pelbagai reaksi telah dipaparkan dalam internet dan juga media tempatan. Komen menarik dari berbagai segmen masyarakat bahawa perlantikan MP Permatang Pauh ini adalah satu tamparan kepada MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, yang juga seorang ahli Parlimen. Tan Sri menghadapi beberapa tekanan-tekanan termasuklah tidak menepati manifesto PKR/PR di Selangor, dan berlakunya bibit-bibit perpecahan dalam PR itu sendiri yang boleh meruntuhkan kuasa pembangkang di Selangor. Negeri Selangor ini merupakan benteng utama bagi PR (PKR/PAS/DAP). MP Permatang Pauh tidak sanggup melihat Selangor ini berpindah tangan kepada BN kerana kesilapan-kesilapan PR sendiri.
Kewibawaan Tan Sri Khalid dan kedudukkan PR di Selangor menjadi lebih tertekan apabila Adun Ulu Klang, Azmin Ali, lapor media 8.5 million saham yang diperolehi dengan cara yang tidak beretika. Adun ini memberitahu media bahawa segala kedudukkan asetnya dan isteri, telah pun lapor kepada kerajaan. Maka dengan itu tiada sebab perkara ini ditimbulkan. Adun ini menuduh bahawa ada pihak-pihak tertentu cuba memburuk-burukkan imejnya. Media mengatakan bahawa Adun ini telah mendapat mengumpul aset-aset semasa beliau bertugas sebagai Pegawai kepada MP Permatang Pauh yang pernah satu masu dulu memegang jawatan Menteri Kewangan Malaysia. Adun ini perlu bertenang dan buatlah laporan terbaru mengenai aset yang belum dilaporkan supaya beliau benar-benar telus dan berani mengadap kenyataan. Beliau adalah pemimpin utama dalam PKR dan tergolong dalam apa yang dikatakan bateri AAA iaitu Anwar, Azizah, Azmin.
Pemerhati berpendapat bahawa kedudukan MP Permatang Pauh sudah mula goyah dan keyakinan penyokong-penyokong terhadapnya sudah mula goyang. Harapan beliau selaku Penasihat kepada Negeri Selangor, adalah untuk menarik balik penyokong-penyokong termasuk kaum India dan Cina memihak kepada pembangkang. Apa yang berlaku di Pilihan Raya Kecil Bagan Pinang 2009 jelas menunjukkan bahawa pengundi-pengundi India khasnya sudah mula kecewa dengan MP Permatang Pauh kerana tidak menepati janji-janji beliau.
Adalah disyorkan bahawa penyokong-penyokong PKR Selangor tidak menelan bulat-bulat kata-kata dan tipu helah MP Permatang Pauh yang pada Januari 2010 akan dibicarakan di atas kes liwat yang sudah lama tertangguh. Kini beliau sedang sibuk menjaja nama Dato’ Zaid Ibrahim yang kononnya, mengambil tempat sebagai Presiden PKR.
Pemimpin-pemimpin negara-negara APEC akan mula berkumpul di persidangan kemuncak APEC di Singapura pada minggu ini urutan dari beberapa siri persidangan yang diadakan. Singapura, sebagai negara Asean, merupakan hos kali ini dan pemimpin-pemimpin dari negara-negara kuasa besar termasuk Amerika Syarikat, China, Jepun dan 10 pemimpin Asean termasuk Myamar turut hadir.
Pemimpin yang agak glamor yang ditunggu-tunggu oleh hadirin di APEC, Singapura ini, adalah Presiden Barack Obama Hussein, iaitu Presiden Amerika Syarikat. Beliau akan melawat Jepun sebelum mendarat di Singapura dan selepas mesyuarat APEC akan ke Shanghai, Beijing dan Korea Selatan.
Semasa di Singapura, Presiden Obama dijadualkan buat pertama kalinya bertemu dengan 10 pemimpin Asean untuk membincangkan agenda yang berkepentingan kepada rantau ini. Ini juga adalah kali pertama seorang Presiden Amerika yang mempraktikkan diplomasi terbuka menampilkan anjakan kepada satu pendekatan dasar luar yang lebih seimbang. Presiden Obama mengamalkan sikap keterbukaan sehingga dapat memukau pemimpin-pemimpin yang anti Amerika termasuk Presiden Castro (Cuba) dan beberapa pemimpin di Amerika Latin dan Timur Tengah. Pendekatan beliau yang dibantu oleh Puan Hillary Clinton, menjadikan Amerika sebagai negara yang dianggap boleh memberi harapan kepada ketenteraman dan kestabilan dunia jika dibandingkan dengan era Presiden Bush, yang mempunyai dasar luar dihantui oleh keganasan dari luar yang kononnya akan menghancurkan Amerika Syarikat.
YAB. Perdana Menteri Malaysia pasti akan berpeluang bertemu Presiden Obama bagi membincangkan perkara-perkara dua hala kerana Amerika Syarikat merupakan rakan perdagangan terbesar di antara Kuala Lumpur/ Washington. Malaysia banyak membuat eksport ke Amerika Syarikat dan nilai eksport segi ringgit Malaysia terus bertambah sehingga meningkat ke RM100 billion dalam tahun 2008. Ini bukanlah satu angka yang kecil malah ia akan bertambah dari setahun ke setahun kerana Malaysia mempunyai keupayaan untuk menepati keperluan domestik Amerika Syarikat yang mempunyai penduduk sekitar 300 million orang.
Dengan perlantikan MP Rompin, YB. Datuk Sri Dr. Jamaluddin Jarjis sebagai Duta Besar Malaysia ke Washington, adalah diharapkan bahawa perhubungan Amerika Syarikat/Malaysia akan terus menjadi lebih akrab dan produktif. Malaysia merupakan satu negara Islam yang sederhana dan dihormati oleh negara-negara Islam dan membangun seperti Republik Rakyat China, Russia kumpulan Eropah dan negara-negara Pasifik.
Wira mengucapkan syabas kepada Presiden Obama kerana beliau adalah satu-satu Presiden Amerika Syarikat yang boleh dianggap luar biasa dan pragmatik disamping mengamalkan pendekatan berbaik-baik dengan semua negara supaya dunia menjadi lebih aman untuk di duduki. Walaupun beliau tidak akan melawat Kuala Lumpur, Jakarta, Bangkok, Manila, Brunei namun kehadirannya di Singapura akan dirasai di seluruh rantau ini. Dasar ekonomi yang akan diucapkan Obama dalam Persidangan APEC nanti mungkin mengandungi beberapa syor yang boleh mengukuhkan ekonomi dan taraf hidup penduduk-penduduk di rantau Asean ini. Diharapkan juga bahawa kehadiran beliau ini dapat merungkai masalah-masalah yang dihadapi oleh negara Myanmar di mana media melaporkan bahawa Suu Kyi dibebaskan untuk sama-sama bertanding dalam pilihan raya di Myanmar pada tahun hadapan. Juga diharapkan ketegangan di antara Komboja dan Thailand yang melibatkan bekas PM Thaksin yang kini dilantik sebagai Penasihat kepada PM Hun Sen, Kemboja, mendapat jalan penyelesaian.
WIRA MENGUCAPKAN YAB. DATO’ SRI PM SELAMAT MENGHADIRI PERSIDANGAN APEC DI SINGAPURA.
PAS kini terperangkap dalam isu mengeluarkan arahan Bai’ah talak tiga terhadap isteri mereka yang dibuat di peringkat PAS Negeri. Dalam hal ini MP Shah Alam, Khalid Samad menjelaskan bahawa lafaz Bai’ah ini adalah satu pilihan peribadi dan sesiapa yang mahu mengukuhkan Bai’ah dicadang berbuat demikian.
Isu ini mendapat reaksi daripada beberapa pihak termasuk pemimpin-pemimpin Islam, ulama-ulama, cendekawan-cendekawan, kaum-kaum wanita dari semua bangsa, agama dan budaya. Wanita rata-rata, menentang keras pendirian PAS dalam hal ini yang dianggap sebagai satu penghinaan kepada wanita. Mereka meminta pihak yang tidak bertanggungjawab dari PAS ini untuk memberhentikan arahan tidak berfaedah yang mempunyai unsur-unsur politik songsang diamalkan oleh PAS.
Pengkritik-pengkritik juga berpendapat bahawa pucuk pimpinan tertinggi PAS seolah-olah kehilangan pedoman sehingga tidak dapat membeza yang baik dan sebaliknya. Menyalah Bai’ah untuk tujuan politik adalah sesuatu yang dianggap tidak bermoral dan rendah dan ini sekaligus memaparkan bahawa PAS sudah bankrap dengan ide-ide baru.
Masih belum terlewat untuk pucuk pimpinan PAS menarik balik pendirian sempit ini supaya tidak menjadi bahan tertawa oleh rakyat dan juga media-media antarabangsa. Fenomena ini bukanlah baru kerana calon PAS di Kelantan dalam kempen Pilihan Raya Umum 2008 pernah meminta pengundi-pengundi membuat cerai talak tiga oleh isteri yang tidak mengundi PAS. Gejala seperti ini agak bertentangan dengan budaya hidup semua orang-orang Melayu Islam di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Pengundi-pengundi Melayu di Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Johor, Perak dan lain-lain kurang senang dengan sikap pemimpin-pemimpin PAS yang tidak menggunakan akal semasa berhujah. MP Shah Alam sepatutnya perlu mengawal diri dan mulut beliau dan menggunakannya untuk bertutur perkara-perkara yang baik.
MP Permatang Pauh telah dilaporkan oleh media mengeluarkan arahan kepada semua ahli PKR untuk memburukkan nama YAB. Perdana Menteri Malaysia. Tindakan demikian merupakan satu cara yang tidak beradab dan demokratik terutama dalam negara Malaysia yang mengamalkan Demokrasi Berparlimen. MP Permatang Pauh mempunyai cukup platform dan forum untuk menzahirkan perasaan dan pemikiran. Beliau yang mempunyai pendedahan dengan ide-ide Islam dan sekular sepatutnya sudah dapat memilih cara yang terbaik.
DSAI adalah dalam keadaan tidak menentu sehingga sanggup membuat sesuatu yang dianggap bertentangan dengan nilai dan adab Islam. Mengutuk seseorang termasuk pemimpin yang berwibawa adalah sesuatu unsur yang patut dijauhi oleh MP ini. Beliau sepatutnya perlu berpendirian positif dalam dunia pengurusan dan pentadbiran termasuk keluarga, kawasan Parlimen dan parti PKR, yang kini sedang menghadapi kemelut dalaman yang membingungkan penyokong-penyokongnya.
Tujuan untuk mengsabotaj imej YAB PM kini sudah tidak menjadi rahsia apabila pihak media telah pun membongkarnya. Apa yang berlaku, MP ini mungkin mencari elah dengan penafian. Sebenarnya MP ini sedang menghadapi satu masalah besar iaitu kes mahkamah yang melibatkan beliau meliwat seorang pemuda, Saiful, yang telah meminta pihak mahkamah mempercepatkan kesnya. Beliau merasakan bahawa hak beliau sebagai seorang yang bebas masih belum dianggap selesai kerana DSAI terus menangguhkan kes ini.
Wira berpendapat MP ini berhentikan niat memburuk-burukkan pemimpin Malaysia, YB. Dato’ Sri Najib yang telah mendapat undi terbesar di kawasan Parlimen Pekan dalam pilihan raya 2008. PM juga dilantik sebagai Presiden UMNO dengan tanpa bertanding dan ini bermakna bahawa beliau telah diterima oleh majoriti besar orang-orang Melayu/Bumiputra khususnya kaum-kaum lain amnya untuk memimpin Kerajaan BN. Kegiatan-kegiatan negatif MP ini dikuatiri membelit beliau sendiri dan terus terperangkap dengan agenda-agenda gelap yang tidak akan memberi apa-apa faedah kepada dirinya dan juga penyokong-penyokong PKR yang sudah mula goyah dalam parti itu sendiri.
Wira mengucapkan semua pelaja-pelajar yang menduduki peperiksaan SPM dan STPM, November 2009 supaya berjaya dengan cemerlang. Mudah-mudahan mereka dapat menghadapi peperiksaan ini dan menjawab semua soalan peperiksaan dengan yang terbaik.
Lawatan sulong Hu Jintao, sebagai Presiden Republik Rakyat China ke Malaysia pada Selasa ,10 November 2009 merupakan satu pengiktirafan kepada hubungan 35 tahun akrab Malaysia – China sejak 1974, apabila hubungan diplomatik di antara KL–Beijing di masyhurkan. Lawatan pemimpin China ini bukan satu yang baru kerana beliau telah pun melawat Kuala Lumpur secara rasmi pada 2002 sebagai Timbalan Presiden, Republik Rakyat China. Lawatan ini juga adalah balasan kepada lawatan DYMM Yang Di-Pertuan Agong pada 2008 ke Beijing, sempena sukan Olimpik.
Hubungan Malaysia – China meningkat apabila nilai perdagangan 2008 bertambah sehingga RM89 billion, menjadikan China sebagai negara keempat sebagai rakan perdagangan Malaysia. China yang kini telah dianggap sebagai negara yang akan mencapai tahap kuasa ekonomi dunia setanding dengan Amerika Syarikat, merupakan satu negara yang menjadi tarikan ekonomi bagi negara-negara sedang membangun. China berjaya mencapai tahap ini di atas prinsip-prinsip asas dan diplomasi tinggi di mana hormat-menghormati negara-negara merupakan inti kepada pendekatannya dalam dasar luar negara.
Baru-baru ini China telah melupuskan segala hutang-hutang 83 negara terutamanya di Afrika yang berhutang dengannya. Ini merupakan satu diplomasi lama namun telah menarik minat negara-negara Afrika untuk berbaik-baik dengan negeri China. Begitu juga hubungan China dengan negara-negara Timur Tengah yang pada satu masa dulu sepi tetapi dihidupkan secara bertahap-tahap oleh mendiang Perdana Menteri China Chou An Lai, seorang Perdana Menteri yang mempraktik diplomasi sehingga China kini sangat dihormati oleh negara-negara Arab terutamanya Republik Arab Mesir dan Arab Saudi.
Adalah diharapkan bahawa lawatan Presiden China ini ke Malaysia akan dapat meningkatkan hubungan dua negara terutamanya dalam bidang ekonomi termasuklah perbankan, pelajaran tinggi dan lain-lain lagi.
Presiden China sempat membuat lawatan peribadi ke Melaka dan melawat masjid terapong di Bandar Melaka dan juga rumah Baba-nyonya di tengah-tengah bandar Melaka. Semasa mengunjungi masjid, Presiden China dapat melihat dengan mata kepalanya sendiri Selat Melaka dan kesibukannya dimana 80 ribu kapal-kapal dagang menggunakan selat ini. Beliau telah diberi taklimat mengenai pendaratan Almarhum Laksama Cheng Ho, sebanyak lima kali ke Melaka pada zaman kesultanan Melaka. Apabila ditanya oleh media tentang pandangan terhadap lawatan sulong ke Melaka ini, Presiden menjawab; ”Seeing Is Believing” atau bila tengok baru percaya.
Lawatan Presiden ini ke Kuala Lumpur dan Melaka dijangka akan membawa banyak keuntungan kepada sektor-sektor tertentu dalam ekonomi negara. Presiden telah melihat perkara-perkara yang luar biasa di Malaysia terutamanya kedudukkan semua rakyat berbilang bangsa hidup bersatu dengan aman. Beliau tidak pun diganggu dengan perkara-perkara yang kerap berlaku di negara-negara lain seperti demontrasi atau pemaparan sentimen-sentimen anti Republik Rakyat China Perjalanan beliau dari Kuala Lumpur ke Melaka mungkin mencetuskan satu perasaan bahawa Malaysia dan pemimpinnya termasuk YAB. Perdana Menteri Dato’ Sri Najib benar-benar berjaya menyatukan rakyat berteraskan ”1 Malaysia” .
Wira mengalu-alukan kedatangan Presiden Republik Rakyat China ini dan lawatan yang penuh kemesraan ini memberi peluang kita untuk mengimbaukan kembali hubungan Raja China dan Raja Melayu seperti terdapat dapat buku Sejarah Melayu.
Pendedahan oleh Menteri Luar Malaysia di Parlimen bahawa ada unsur ketiga yang cuba mengeruhkan hubungan Malaysia – Indonesia adalah satu sesuatu yang menarik. Kegiatan jahat seperti ini adalah bukan baharu malah telah berlaku beberapa tahun dahulu dimana ujud personaliti-personaliti tertentu di Indonesia dan Malaysia, yang mempunyai hubungan sulit dengan pihak tertentu di Amerika Syarikat. Pada suatu masa dahulu, Amien Rais seorang pemimpin, parti di Indonesia cuba datang berkempen untuk DSAI di Pilihan Raya Kecil kawasan Parlimen Permatang Pauh. Pak Gus Durm mantan-Presiden Indonesia, pun menyibuk membuat kenyataan-kenyataan yang boleh dianggap sebagai campur tangan dalam rumah tangga Malaysia.
MP Sepang, Dato’ Seri Mohd Zin Mohamad, di Parlimen pada 11 November 2009, meminta Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Anifah Aman memaklumkan kepada Parlimen elemen-elemen yang disyakki cuba merenggangkan hubungan Kuala Lumpur-Jakarta. Beliau berpendapat bahawa perkara ini perlu di jawab supaya mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab ini dihindar dari mengulangkan tindakan-tindakan kotor yang tidak berkepentingan kepada kedua-dua negara.
Pemerhati berpendapat bahawa perkara ini mungkin kecil bagi setengah pihak tetapi sekiranya dibiarkan tanpa tindakan, ia boleh menjadi bibit ke arah merosakkan keakraban dua rumpun bangsa Melayu di rantau nusantara.
Adalah elok sekiranya Parlimen dimaklumkan tentang perkara ini demi kebaikan Malaysia dari segi jangka panjang.
Pada 26 Oktober 2009 MP Permatang Pauh dalam ucapannya di Parlimen, seperti biasa, selaku Ketua Pembangkang menyampaikan komen-komen kepada ucapan bajet oleh YAB. Perdana Menteri. Beliau seperti MP Marang DS Abdul Hadi yang berucap pada 27 Oktober 2009, dari mula sampai akhir mencari points untuk mengasak kerajaan dan bajet barunya.
Beliau menyentuh semua aspek termasuk ”1 Malaysia”, percukaian, petronas, Terengganu, jenayah dan lain-lain lagi. Apa yang ditimbul oleh beliau bukanlah baru malah ulangan-ulangan bahan semasa memberi ceramah-ceramah di luar dewan Parlimen.
Ahli-ahli dewan sebenarnya binggung dengan apa yang disebut-sebut oleh beliau kerana mereka ingin mendengar perkara-perkara baru yang boleh dilaksanakan oleh kerajaan. Malangnya isu-isu yang ditimbul itu adalah remeh dan sebagai Ketua Pembangkang ini tidak mencerminkan kewibawaan beliau dalam Parlimen. Sepatutnya masa yang diberi yang begitu panjang di Parlimen, perlu di maksimakan dengan ide-ide baru yang boleh melonjakkan ekonomi dan kesejahterasaan rakyat Malaysia. Jikalau berucap untuk dijadikan bahan oleh blogger-blogger dan akhar-akhbar nyamuk, adalah dirasakan ini hanya membuang masa ahli dewan.
Pemerhati-pemerhati di lobi Parlimen pada hari itu didapati kelihatan jemu dan bosan dengan hujah-hujah lama beliau. Tepukan yang diberi oleh penyokong-penyokongnya dalam Parlimen tidak dapat menarik perhatian pemerhati termasuk media di luar dewan. Pantun yang diungkap pun hambar dan tidak menusuk hati sanubari semua ahli dewan. Beliau lupa mencari pantun-pantun yang baik kerana beliau lebih mementingkan membaca buku-buku oleh Shakespeare. Nama-nama pakar ekonomi yang disebut dalam ucapan pun tidak menarik minat ahli-ahli dewan kerana teori-teori ekonomi itu adalah sejagat terkandung dalam buku teks di institusi-institusi pengajian tinggi.
Ucapan bajet YAB. Perdana Menteri adalah jelas dan menepati aspirasi dan kehendak semua rakyat. Ia lebih mementingkan kebajikan rakyat tidak mengira bangsa, agama dan budaya dengan gagasan ”1 Malaysia”. Jadi apa yang ditimbulkan oleh MP Permatang Pauh adalah sia-sia sahaja apabila cuba memperlekehkan hasrat mulia kerajaan BN yang telah memerintah Malaysia selama 52 tahun. Kejayaan BN di Malaysia sungguh banyak dan tiap rakyat termasuk ahli Parlimen terutamanya ahli pembangkang-pembangkang sedar tentang hakikat ini tetapi pembangkang menutup mata dan telinga seolah-oleh kejayaan itu tidak ujud.
Pemerhati ingin menasihat MP Permatang Pauh, dan semua pembangkang membuat anjakan dalam persembahan masing-masing di Parlimen pada sesi akan datang. Elok cari perkara-perkara baru dan tinggalkan isu-isu tradisional yang rakyat tidak mahu dengar lagi.
Wira mengalu-alukan lawatan rasmi Presiden Indonesia Pak Susilo Bambang Yudhoyono ke Malaysia pada 11 November 2009. Semoga lawatan rasmi dan juga yang pertama Malaysia di bawah YAB. Perdana Menteri Dato’ Sri Najib, akan terus merapatkan hubungan akrab dan mesra di antara kedua-dua negara.
Lawatan ini di jangka melenyapkan duri-duri yang dihadapi kedua-dua negara sebagai satu rumpun dan mengukuhkan benteng sekaligus berdepan dengan cabaran-cabaran pada abad ini. Isu-isu seperti Pati, Ambalat, Tarian pandet tidak akan menghalang kedua pemimpin ini untuk sama-sama merintasi liku-liku hubungan dua hala demi masa depan negara.
Pemerhati pendapat bahawa Pak Presiden memang bersedia untuk maju kehadapan dalam memetrikan hubungan dengan Malaysia supaya tidak mudah terjejas oleh pihak-pihak tertentu termasuk negara-negara ketiga yang memang cemburu dengan kekayaan sumber alam dan kazanah Allah yang melimpah-ruah di rantau negara-negara Melayu Islam termasuk Brunei.
Pengundi-pengundi di Parlimen Ledang dan Segamat sentiasa bersyukur kepada kerajaan Barisan Nasional yang sentiasa prihatin kepada rakyat setempat khususnya dan negara amnya. Dalam hubungan ini rakyat kawasan di Parlimen Ledang, Segamat dan Labis sedang menikmati pembangunan pesat secara fizikal yang telah menambah-baikkan taraf hidup tiap lapisan rakyat.
Adalah difahamkan bahawa lebuh raya baru Tangkak – Segamat (Johor) sentiasa dalam proses kerja Jabatan Kerja Raya Segamat. Kerajaan faham akan betapa pentingnya lebuh raya ini. Perkara ini juga adalah dalam perhatian pejabat Menteri Besar Johor yang sama-sama merancang untuk lebuh raya ini dizahirkan sebelum 2012.
Pemerhati mengalu-alukan kerajaan BN, juga pejabat MB Johor dan ahli-ahli Parlimen Tenggara, Ledang dan Segamat yang berusaha untuk mencapai matlamat yang pragmatik ini. Semoga dengan adanya lebuh raya baru ini, ekonomi setempat akan bercambah termasuklah bidang pelancongan, pertanian dan lain-lain lagi.
Penduduk-penduduk dan pengundi-pengundi kawasan-kawasan Parlimen Ledang dan Segamat berterima kasih kepada hasrat kerajaan dan Jabatan Kerja Raya khususnya yang sudah menyediakan pelan untuk menaikkan taraf jalan raya Tangkak – Segamat (Johor). Perkara ini telah pun ditimbulkan oleh MP Tenggara, YB. Dato’ Halimah Sadique pada sesi Dewan Parlimen 2008. Reaksi Mantan Menteri, Ir. Dato’ Zain dalam Parlimen ketika itu positif dan berjanji untuk melaksanakan naik taraf jalan raya Tangkak – Segamat.
Di perhatikan bahawa jalan raya ini kian sibuk apabila berlakunya penambahan kenderaan-kenderaan yang meningkat di Muar, Ledang dan Segamat. Adalah menjadi harapan penduduk di kawasan-kawasan ini agar jalan raya yang dimintakan itu dapat disegerakan supaya percambahan ekonomi setempat akan terus naik.
Warga Ledang dan Segamat meminta MP Ledang dan MP Segamat terus meyakinkan Kementerian Jabatan Kerja Raya Malaysia tentang pentingnya lebuh raya baru Tangkak – Segamat kerana ia akan menghubungkan kawasan-kawasan ini dengan Pahang dan Terengganu yang telah di rangkumkan sebagai koridor ekonomi Malaysia – Timur.
Pemerhatli berkesempatan menemui YB. MP Tenggara di Parlimen, pada 02 November 2009 dan memohon YB, untuk membangkitkan perkara ini dalam sidang mulia yang akan berakhir pada 15 Disember 2009.
MP Marang DS Abdul Hadi Awang (PAS) dalam ucapan di Parlimen pada 27 Oktober 2009 telah membuat kenyataan-kenyataan politiknya mengenai beberapa isu yang sudah lama dan kerap kali yang ditimbulkan dalam dewan. Apa yang diucapkan walaupun panjang tetapi tidak langsung mempunyai sentuhan kesyukuran kepada Allah bahawa bumi Malaysia yang kaya raya ini dinikmati oleh semua kaum tanpa kira bangsa, agama dan budaya. Beliau, veteran dalam politik, sepatutnya memberi perhatian kepada yang benar dan apa jua kebaikan dan pembangunan positif yang telah dihasilkan oleh Kerajaan BN.
Idea-idea dalam ucapan di dewan mulia ini sepatutnya bersifat membina supaya kerajaan dapat sama-sama meneliti dan membangunkannya. Membuat kritikan yang tidak membina, hanya merugikan masa ahli-ahli dewan dan yang lebih penting lagi pegawai kerajaan yang memang serius cuba mencungkil hujah-hujah positif MP Marang, jika ada. Malangnya, beliau tidak putus-putus dengan pendirian dan pemikiran yang tidak membina.
Pemerhati berpendapat bahawa eloklah pada ucapan-ucapannya yang akan datang, MP Marang, mengeluarkan idea-idea untuk membangunkan rakyat dan negara. Walaupun MP ini adalah pembangkang, beliau bebas memberi pandangan-pandangan pragmatik untuk diterima pakai. Dalam keadaan sekarang, sekiranya idea beliau masih ditahap lama maka sukar pihak kerajaan dan juga media untuk sama-sama menelitinya.
Dinasihatkan bahawa ahli-ahli pembangkang yang lain perlu mempunyai pandangan di luar kotak dan memberi idea bernas supaya mereka kelihatan pro-pembangunan dan bukan sebaliknya. Rakyat Malaysia adalah celik dan mereka lebih mementingkan kualiti hidup dan jemu mendengar retorik semata-mata.
“Janganlah kamu semua duduk semajlis dengan sebarang Ulamak, kecuali, dengan Ulamak yang mengajak dari lima perkara kepada lima perkara:
1)Dari keraguan kepada keyakinan;
2)Dari riak kepada keikhlasan;
3)Dari ketamakan kepada kesederhanaan;
4)Dari takbur kepada rendah diri;
5)Dari permusuhan kepada nasihat-menasihati.
A) Imam Abu Jaafar Al-Tahawi (Ulama Salaf ke-3) menyatakan, “Barang siapa menyifatkan Allah dengan satu sifat daripada sifat-sifat manusia seperti:
1)Jahat
2)Samseng
3)Mencarut
4)Maki hamun
5)Mencela sesama Islam
6)Mencerca saudara-saudara Islam dan lain-lain sifat mazmumah; dia menjadi kafir”
Diatas adalah pesanan untuk Nik Aziz Nik Mat & Pengikut-pengikutnya.
ULASAN
Wahai orang orang-orang beriman percayalah dakwaan Dato’ Nik Aziz Nik Mat itu amat bertentangan dengan pegangan ahli sunnah wal jamaah yang menjadi pegangan umat Islam di Malaysia.
B) Qadi Iyad menyatakan, “Barang siapa menghina orang-orang Islam dengan apa cara sekalipun dan mengutuk Allah s.w.t menjadi kafir dan halal darahnya.”
Satu lagi amanat kepada tukang-tukang caci PAS
HANYA DAJAL MENGENAL DAJAL
Dari Anas Bin Malik, Sabda Rasulullah s.a.w. “tidak ada kampung atau daerah di dunia yang tidak didatangi Dajjal, melainkan Makkah dan Madinah”
Sahabat bertanya “ya Rasulullah apa makna Dajjal?, Rasulullah menjawab “Dajjal itu ialah pembawa berita yang mengelirukan”
Pada tahun 1971 di pondoknya Pulau Melaka (Kelantan), Tuan Guru Nik Aziz mentafsirkan Dajjal ( Nik Aziz ) itu, ialah “Pembawa berita yang mengelirukan, bohong dan fasik” contohnya, Dajjal itu diibaratkan “Bunga Asli dan Bunga Plastik yang tidak dapat dibezakan keasliannya”.
Tambah beliau lagi, Rasulullah s.a.w bersabda “Bahawa pembawa berita yang boleh mengelirukan masyarakat setempat setempat, kampung dan negeri dan negara”
Tuan Guru Nik Aziz dalam penjelasannya mengenai keputusan Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan mengatakan, “Jika seandainya syurga dan neraka itu hak Allah semata-mata tiada guna umat Islam di dunia ini berlumba-lumba berbuat kebaikan kerana akhirnya nanti akan ditentukan oleh Tuhan.
Kalau syurga neraka ni dibiarkan kepada hak mutlak hak Tuhan belaka, banyak mencuri dan rasuah berlaku tak boleh serah mutlak kepada Allah”
Sesungguhnya ketentuan seseorang itu ke syurga atau ke neraka adalah hak mutlak Allah s.w.t. Menafikan hak kekuasaan Allah Ta’ala ini bukan sahaja mengelirukan umat Islam malah merosakkan aqidah. Nauzubillahiminzalik.
Dari Pentafsiran Ini,
Siapakah Dajjal itu?
ULASAN
Dakwaan Nik Aziz Nik Mat amat bertentangan denganakidah ahli sunat waljamaah. Pendapat Nik Aziz samadengan pendapat Moktazilah yang ditolak oleh empat mazhab dalam Islam(Tuhan memberi kuasa kepada manusia maka manusia boleh melakukan apa saja yang mereka suka). Ini bertentangan dengan iradat Allah swt. Manusia tidak boleh melakukan sesuatu perkara melainkan dengan izin Allah, justeru pendapat ini ditolak oleh Imam Maliki, Hanafi, Syafie dan Hambali.
PUTAR BELIT ANWAR SEMASA DALAM BN, PADA 18 APRIL 1995
DI SARAWAK
KINI RAKYAT MALAYSIA TERUS DITIPU
“Rakyat Malaysia mesti menolak fahaman yang di bawa oleh PAS dan DAP, jika ingin memastikan keharmonian dan kemakmuran di negara terus berkekalan”
“Sikap parti pembangkang ini yang ekstremis dan membawa sentimen-sentimen perkauman yang melampau boleh membahayakan keamanan negara ini sendiri, jika kita biarkan gejala tersebut, negara akan menghadapi banyak masalah dalam mendapatkan semula kepercayaan dan perasaan saling hormat menghormati antara kaum seperti yang dinikmati sekarang”
DULU (1995) ANWAR CAKAP LAIN
DI SARAWAK, DI PULAU PINANG
( 24 OGOS 2009) CAKAP LAIN.
“Kita mesti berkawan dengan DAP dan PAS kerana mereka mempunyai wawasan untuk orang Melayu, tidak salah kita menghormati mereka kerana mereka rakan seperjuangan kita. Kita perlu pertahankan mereka kerana perjuangan mereka sama dengan perjuangan kita iaitu menumbangkan kerajaan BN”
Anwar Lidah Bercabang
Semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri, Anwar menjelaskan, Kita tidak boleh berkawan dengan DAP dan PAS kerana mereka musuh kita. Mereka estrimis, perkauman, pengkhianat kepada orang-orang Melayu. Kini lain pula pendiriannya. Nilailah sendiri…...
KERJA NIK AZIZ SELAMA INI ADALAH
TUKANG CACI NOMBOR 1 DI MALAYSIA
TAK SEDAR KE PAS TIDAK MEMBAWA
PEMBANGUNAN DI KELANTAN
DAN TERENGGANU
(a) Ustaz-ustaz dalam UMNO sama dengan ahlil al-kitab Yahudi dan Nasrani yang menentang
Nabi Muhamad s.a.w. Apa kurangnya ustaz-ustaz PAS.?
(b)Kerajaan yang diterajui UMNO kafir, kerana tidak melaksanakan hukum Allah.
(c) Tidak sah solat dibelakang imam orang Barisan Nasional.
(d) Haram dimakan daging sembelihan orang Barisan Nasional kerana solatnya tidak sah.Terfasakh nikah di antara suami isteri orang Barisan Nasional dan orang bukan Barisan yang dinikahkan oleh imam atau orang Barisan Nasional.
(f) Tak sah akad nikah oleh imam dari golongan Barisan Nasional.
(g) Suami isteri yang dinikahkan oleh imam Barisan Nasional hendaklah diakad semula oleh
orang PAS.
(h) Jenazah orang UMNO tidak boleh ditanam diperkuburan orang Islam. Mana dia kubur PAS?
(i) Orang UMNO tidak boleh disembahyangkan oleh orang PAS kerana sudah murtad.
(j) Orang UMNO tidak boleh sembahyang ke atas jenazah orang PAS kerana telah murtad.
(k) Orang-orang UMNO tidak payah sembahy ang, puasa dan menunaikan haji kerana tidak
diterima oleh Allah s.w.t.
(l) Menyatakan ”Kalau Nabi Masih Hidup, Nabi Akan Suka Tinggal Di Kelantan”
(m) Malaikat turut mengundi PAS kerana parti itu parti Islam.
(n) Menegaskan orang Islam masuk syurga den gan kelebihan amalannya ini menafikan hak
mutlak Allah s.w.t.
ULASAN
Nik Aziz Nik Mat sebenarnya angkuh, takabur, sombong, malah menyamakan dirinya dengan sifat-sifat Allah swt. Menghukum dan mengfatwa mengikut hawa nafsu demi untuk kepentingan politik dan peribadi.
SATU LAGI DAJAL HADI AWANG
SEMASA BERUCAP DI PERADONG,
TERENGGANU (1981)
Kita menentang UMNO bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang BN, kerana BN kita menentang dia, kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan peraturan kafir, mengekalkan peraturan jahilliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka, oleh kerana itulah kita berjuang melawan mereka.
Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad dan kerana itu kita berjuang dengan puak-puak ini kalau kita mati kerana berlawan ini, mati kita adalah mati syahid.
ULASAN
Pendirian Hadi Awang amat bertentangan dengan pegangan ahli sunnah waljamaah yang diamalkan oleh Imam Syafie yang segala amalan dan perbuatan manusia ditentukan oleh Allah swt, manakala pendapat Hj Hadi Awang sama dengan pandangan dan pendapat mutazilah.
Kita adalah mati Islam. Kita tidak payah masuk Yahudi, kita tidak payah masuk Kristian, kita tidak payah masuk Hindu, tetapi kita menjadi kafir dengan mengatakan politik suku agama suku.
TIPU DAYA HADI AWANG
TENTANG PELEMBAGAAN NEGARA (2003)
Kata Haji Hadi,
“Justeru kerana isu Negara Islam dan pelaksanaan Hudud dan syariah menjadi punca perpecahan BA dahulu maka PAS perlu membuat satu pengorbanan dan Ijtihad besar untuk tidak memasukkan persoalan Negara Islam dan pelaksanaan Hudud di peringkat Federal. Peruntukkan mengenai Islam adalah mencukupi sekadar apa yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan seperti yang diamalkan kini di peringkat Federal”
“Seandainya menang dalam pilihan raya akan datang BA atau pembangkang akan menubuhkan sebuah Kerajaan demokratik dan adil di peringkat Federal atau pusat yang mendokongi Perlembagaan Persekutuan yang sedia ada”
ULASAN
Perlaksanaan hukum Hudud yang diuar-uarkan oleh PAS sejak memerintah Terengganu 1998 hingga 2004 tidak dapat dilaksanakan. Apatah lagi di Kelantan yang diperintah oleh PAS sejak 1990 mengambil masa begitu lama pun tidak melaksanakan pemerintahan mengikut hukum Islam lebih-lebih lagi dalam perlaksanaan hukum Hudud.