Wednesday, October 20, 2010

UMNO TETAP PERTAHANKAN HAK MELAYU

OLEH MT
Tingkat 6 menyokong penuh ucapan timbalan presiden UMNO kepada tiga sayapnya iaitu Wanita, Putera, dan Puteri. Disamping itu beliau tetap menghormati hak kaum-kaum lain. UMNO tidak opologetik untuk mempertahankan identiti bangsa Melayu, bangga menjadi seorang Melayu, menjunjung adab dan budaya melayu, mempertahankan warisan budaya Melayu selagi mana UMNO tetap adil kepada semua kaum. Kaum-kaum yang ada dalam negara tidak perlu risau dan jangan takut berada di dalam negara ini kerana UMNO akan menjamin kesejahteraan kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira warna kulit dan rupa paras. Sama-samalah mempertahankan perjuangan UMNO demi kesejahteraan dan keharmonian kita semua. Rakyat perlu berterima kasih kepada pimpinan UMNO. Tanpa mereka kita tidak akan dapat mengecapi kenikmatan yang kita kecapi sehingga kini dan selama-lamanya. Syabas dan tahniah kepada pucuk pimpinan parti.

1 comment:

Palmy Papillon said...

MT,

Mmg UMNO pertahankan hak melayu ... itu adalah fakta yang tidak boleh disangkal ... tetapi permainan ahli-ahli UMNO yang sy kira pucuk pimpinan mungkin tidak tahu menahu menjahanamkan keseluruhan parti. Saya adalah salah seorang daripada peniaga yang berniaga di booth di PWTC pada minggu lepas. Booth saya disewa dengan harga RM3500 sedangkan orang-orang disekitar saya RM2,000 ... range booth RM2k - RM10k ... sales??? Booth yang di atas seperti saya ... ok la ... tp nk cover sewa??? mmg tak lepas ... jd org yang ambil duit sewa mengambil keuntugan RM1,500 atas angin. Patut la Encik Amir tersenyum kegembiraan sepanjang konvensyen berlangsung.

Itu baru cerita booth ... parking pula mcm mana??? Masa sign kontrak booth ... dijanjikan free parking ... kupon free parking diberikan untuk 19 oktober sehingga 23 oktober di Hentian Putra dan PWTC ... tp bila beri kupon tu di hentian Putra mereka cakap mereka tidak menerima sebarang bayaran untuk kupon ini dan RM3 diminta ... satu hari RM6 saya bayar ... 5 hari?? itu satu kereta ... 1000 kereta??? erm ... keuntungan atas angin??? siapa yang ditipu siapa yang kene tipu??? tolong org melayu??? bukan ... menipu org melayu iye ... nasib baik saya memikirkan soal masa depan org melayu di malaysia ... maka saya masih menyokong umno ... tetapi peniaga lain ... hati mereka terluka ... bila terluka??? erm jawapannya??? parti lain yang untunh ... awak sebagai penulis hanya meletakkan pandangan sebagai penulis semata-mata ... tidak pernah menjalani kehidupan sebagai peniaga atau org2 lain yang tertindas ... dapat elaun dan gaji tiap-tiap bulan ... jadi renung2kan ...