Thursday, July 23, 2009

DS NIZAR NYALAKAN LILIN....NIK AZIZ TERDIAM!!

OLEH : PEMIKIR - MM

DS Nizar, MP Bukit Gantang (PAS-Perak), telah menarik minat pemerhati politik dan akhbar-akhbar tempatan apabila beliau menyertai majlis menyalakan lilin. Kegiatan ini yang diketuai oleh beliau adalah untuk memperingati kematian Teoh Beng Hock berasal dari Alor Gajah, Melaka.

Apa yang dilakukan oleh DS Nizar menyalakan lilin merupakan gimik politik bertujuan meraih simpati untuk diri beliau dan penyokong-penyokong dari pembangkang. Sebagai seorang muslim, beliau sanggup membuat sesuatu yang dianggap tidak islamik. Walaupun beliau berpura-pura tetapi ini bukan caranya. Memadai beliau hadir tanpa memegang lilin. Tetapi ketika itu kegilaan minda lebih bermaharajalela untuk beliau bersikap rasional. Apa yang dilakukan itu bukan sahaja dimarahi oleh orang Islam malah menjadi bahan tertawa oleh orang-orang bukan Islam. Mereka-mereka yang bukan Islam pasti heran dan beranggapan bahawa MP mereka ini seorang hipokrit.

Pemerhati berpendapat bahawa gelagat DS Nizar sudah sampai satu tahap yang boleh didefinasikan sebagai madness atau obsesi terhadap sesuatu sehingga menjejaskan imej beliau sendiri. Alangkah baiknya sekira MP ini turun ke padang dan melawat keluarga Teoh di Melaka dan ini pasti memberi impak kepada beliau, padahal beliau bukan ada apa-apa tugas pun setakat ini di Perak. Malangnya beliau dibuai oleh perasaan syok sendiri tanpa menyedari hakikat dan persekitaran budaya serta Islam.

Adalah diharapkan bahawa DS Nizar kembali ke alam nyata supaya beliau tidak dianggap pemburu publisiti murahan sehingga memalukan orang-orang Melayu Perak yang sudahpun jemu dengan tabiat beliau.

9 comments:

Unknown said...

rasanya nizar ni dah terlupa dia tu pejuang ISLAM....

wira bangsa_jb said...

agak nyer nizar dah tak pandai fikirlah....

Mencari Damai Yang Hilang said...

salam,

syeikh apa yg nizar buat tuh dibolehkan dlm Islam sebab nyalaan lilin tuh bukan ibadat org bukan Islam / Buddha pun. itu hanya satu cara utk luahkan rasa simpati pada si mati. jauh lagi baik dari golongan pimpinan UMNO yang terangan menyembah patung semasa hari pahlawan (tugu negara) yang mana majlis fatwa dah kelaurkan fatwa bhwa perkara itu jelas bercanggah dgn Islam. juga tangkapan tanpa bicara (ISA) jelas bertentangan dgn hukum Islam...

Anonymous said...

Nyalakan rokok lagi haram la. Mangkuk hayun

Anonymous said...

Pelik puak2 pro umno ni,nyalakan lilin pun salah,yg rompak (KHIR )duit rakyat kes PKFZ kosmiyen kapal selam yg ni kita tntang barua umno tamak selalu rompak duit rakyat.

Anonymous said...

tengot N lihat penyokong sinizar diPERAK apa yg dia telah buat....
ketempat pasang lilin dia join,
tapi ketempat musabaka dia ada join tak,tak nampak pun batang hidungnya ada datang ke.......

Anonymous said...

KALAU TAK TAHU TENTANG KRISITIAN, JANGAN CAKAPLAH TUAN MUFTI.....JIKA TUAN MUFTI BOLEH TUNJUK SATU BUKTI DI DALAM KITAB INJIL YANG MEMPUNYAI PEMEGANGAN LILIN, SAYA AKAN RESPEK TUAN MUFTI.....TETAPI TIDAK PERNAH DISEBUT PUN DALAM AGAMA KRISTIAN MENGENAI PEMEGANGAN LILIN.....JIKA LILIN MENGGAMBARKAN AGAMA KRISTIAN, MENGAPAKAH KITA KATAKAN BAHAWA "GURU ADALAH LILIN"??????

LILIN HANYA MENGGAMBARKAN TANDA HORMAT DAN PENGORBANAN SAHAJA DAN TIDAK MEMPUNYAI APA-APA KAITAN DENGAN AGAMA KRISTIAN!!!!!!!


KALAU BOLEH, BUKALAH KITAB INJIL DAN BUKTIKAN NIZAR SALAH, KALAU TAK BOLEH BUKTIKAN, TUTP MULUT ANDA!!!!

Anonymous said...

KALAU TAK TAHU TENTANG KRISITIAN, JANGAN CAKAPLAH TUAN MUFTI.....JIKA TUAN MUFTI BOLEH TUNJUK SATU BUKTI DI DALAM KITAB INJIL YANG MEMPUNYAI PEMEGANGAN LILIN, SAYA AKAN RESPEK TUAN MUFTI.....TETAPI TIDAK PERNAH DISEBUT PUN DALAM AGAMA KRISTIAN MENGENAI PEMEGANGAN LILIN.....JIKA LILIN MENGGAMBARKAN AGAMA KRISTIAN, MENGAPAKAH KITA KATAKAN BAHAWA "GURU ADALAH LILIN"??????

LILIN HANYA MENGGAMBARKAN TANDA HORMAT DAN PENGORBANAN SAHAJA DAN TIDAK MEMPUNYAI APA-APA KAITAN DENGAN AGAMA KRISTIAN!!!!!!!


KALAU BOLEH, BUKALAH KITAB INJIL DAN BUKTIKAN NIZAR SALAH, KALAU TAK BOLEH BUKTIKAN, TUTP MULUT ANDA!!!!

Abuzar said...

persekitaran budaya melayu .....

persandingan ala-hindu, ok?
sambutan tahun baru misihi ala-kristian, ok?
tunduk hormat ke arah patung tugu, ok?
pasang pelita/api malam 7likor, ok?
amalan menepung-tawar, tu ok?

bila pemimpin politik bercakap tentang nilai hidup agama .... .... ...... .... >>>