Thursday, July 9, 2009

KEPUTUSAN MUHYIDDIN YASSIN DISAMBUT BAIK

By M. Perry

Kerajaan kepimpinan YAB Dato’ Seri Mohd.Najib Tun Razak telah membuat keputusan bahawa mata pelajaran Sains dan Matematik (PPSMI) akan diajar dalam Bahasa Melayu di sekolah kebangsaan dan dalam bahasa ibunda, Mandarin dan Tamil di sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan mulai tahun 2012. Keputusan baru tersebut akan dilaksanakan pada tahun 2012 bagi darjah satu ,darjah empat, tingkatan 1 dan empat secara serentak. Kelas matrikulasi dan tingkatan enam tidak terlibat dalam peraturan baru ini.

Namun, pelajar-pelajar yang telahpun menyertai program PPSMI sejak ia diperkenalkan enam tahun sabelumnya akan di beri peluang untuk menduduki peperiksaan bagi mata pelajaran tersebut dalam bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu sehingga 2014.

Pada masa yang sama, pengajaran Bahasa Inggeri akan dipertingkatkan di semua aliran sekolah rendah kerana kecekapan dan kemahiran penggunaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar-pelajar semakin turun,malah merosot sejak program PPSMI diperkenalkan.

Keputusan kabinet tersebut disambut baik oleh semua lapisan dan golongan masyarakat. Ibu Bapa di Bandar dan luar Bandar merasa lega dengan keputusan tersebut.Pertubuhan saperti Gapena dan NUTP , termasuk parti-parti pembangkang atau Pakatan Rakyat juga menyambut baik keputusan tersebut.

Menurut Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin, keputusan memansuhkan program PPSMI adalah dibuat demi kepentingan negara dan masa depan generasi muda dan bukan untuk kepentingan politik. Beliau bertambah lagi bahawa kerajaan tidak membuat keputusan dalam perkara ini dengan tergesa-gesa malah membuat keputusan selepas mengambil kira pandangan pelbagai kumpulan rakyat, pertubuhan-pertubuhan bahasa,budaya dan iktisas, parti-parti politik dan kajian saintifik.

Rakyat pelbagai kaum dan aliran politik ingin mencatatkan 'syabas' dan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, menteri pelajaran kerana membuat keputusan yang bijak dan pragmatik yang dapat memenuhi permintaan hampir semua golongan dan lapisan masyarakat.

No comments: