Friday, July 17, 2009

MB DAN KM BN/UMNO MEMENTINGKAN RAKYAT.

OLEH : PEMIKIR - MM

Semenjak 100 hari PM memimpin negara, adalah diharapkan bahawa Malaysia akan melalui satu perubahan pesat untuk kepentingan rakyat dan negara. PM telah menepati misinya dengan mengadakan KPI dan KRA untuk beliau dan kementeriannya berpandu dan pencapaian dapat diukur dengan tepat. Seruan di peringkat nasional ini perlu diterapkan di peringkat negeri-negeri. Dalam hubungan ini, tiap Ketua Menteri dan Menteri Besar perlu menghayati dan mempraktikkan apa yang dihasratkan oleh Perdana Menteri.

Diperhatikan bahawa ekonomi dunia yang menghadapi masalah kewangan telah memberi impak kepada tiap negara atas dunia ini. Negara-negara besar, kaya, miskin tidak dapat lepas daripada situasi ekonomi ini. Malaysia turut menghadapi bahangnya dan implikasinya sungguh terasa oleh kerajaan, peniaga-peniaga dan rakyat. Walau bagaimanapun, PM dapat mengatasinya dengan pelaksanaan 2 ransangan demi kesejahteraan dan ekonomi negara. Pendekatan ini juga telah dinikmati oleh rakyat dalam tiap negeri dari Perlis hingga ke Sabah dan Sarawak. Mungkin wujud perbezaan ataupun ketiadaan pembangunan dalam negeri-negeri ini. Rakyat merasakan seolah-olah mereka tidak merasai impak pembangunan dalam negeri masing-masing. Apa yang mungkin berlaku, pembangunan dalam tiap negeri itu ada tetapi tidaklah sampai ketahap yang di kehendaki oleh rakyat. Kerajaan mempunyai program pembangunan dalam RMK 10 yang akan di utarakan dalam 2010. Jikalau pembangunan tidak dirasai sekarang, ini akan berubah pada 2010 dan seterusnya. Rakyat perlu bersabar kerana Malaysia masih belum terlepas dari impak ekonomi dunia yang tidak menentu.

Pemerhati berpendapat bahawa MB dan KM BN/UMNO sentiasa prihatin terhadap rakyat di negeri masing-masing. Melaka merupakan satu negeri yang sentiasa mengembangkan pembangunan, begitu juga negeri Johor, Terengganu dan Pahang. Perak pula sedang fokus kepada industri pelancongan yang boleh membawa pulangan besar kepada negeri dan juga mereka yang terlibat dalam perhotelan, resort dan homestay. Inisiatif MB Perak untuk meningkatkan industri pelancongan ini di Perak, walaupun menghadapi cabaran-cabaran seperti H1N1, sangat dialu-alukan. Sepatutnya rakyat Perak bersyukur kerana perkara ini dapat dilakukan oleh MB BN/UMNO. Sekiranya Perak ini masih dibawah pemerintahan pembangkang, ahli-ahli pembangkang yang diketuai oleh DS Nizar akan hanya memberi tumpuan kepada retorik dan tipudaya yang tidak menguntungkan rakyat. Perkara seperti apa yang dilakukan oleh DS Nizar, turut menjadi-jadi di Kedah dan Pulau Pinang di mana pendekatan-pendekatan KM dan MB masing-masing membelakangkan rakyat.

1 comment:

damai said...

Kalau betul mementingkan rakyat kenapa selepas 50 tahun rakyat menyokong dan memangkah pembangkang? Lu pikir la sendiri!