Oleh : M.Perry
Isu Kg.Buah Pala di negeri Pulau Pinang timbul apabila pemaju Kg.Buah Pala, Nusmetro Venture Sdn Bhd, mendapat writ untuk meminta penduduk kampung Buah Pala keluar dari rumah mereka supaya pemaju dapat mnjalankan projek perumahan dalam lot tanah tersebut. Penduduk kampong tersebut dilaporkan menghuni kampong tersebut dari generasi ke generasi selama hampir 200 tahun.
Pemimpin-pemimpin HINDRAF seperti P.Wethamoorthy, Pengerusi HINDRAF, K.Vasantha Kumar dan P.Uthayakumar (bekas tahanan ISA dari Pertubuhan HINDRAF), menyelar Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Negeri Pulau Pinang, khususnya Ketua Menteri Lim Guan Eng gagal menunaikan janji-janji PRU12 iaitu mempertahankan Kg.Buah Pala daripada tukar hak milik. Malah, Ketua Menteri Pulau Pinang didakwa sebagai seorang ′racist’ dan tidak bertanggungjawab dan suka main ′sandiwara’ dalam menyelesai isu Kg. Buah Pala.
HINDRAF juga dilaporkan membuat kenyataan akhbar bahawa HINDRAF akan menarik balik sokongannya kepada DAP sekiranya DAP gagal membela penduduk Kg.Buah Pala.
Disamping itu,V.S.Ganapathy Rao, salah seorang pemimpin HINDRAF bersedia bertemu dengan Dato’ Seri S.Samyvellu, Presiden MIC, untuk membincang bersama supaya mencari penyelesaian kepada isu Kg.Buah Pala. Dato’ S.K.Devamany, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri juga dilaporkan telah melawat Kg.Buah Pala dan benjanji bahawa isu Kg.Buah Pala akan di angkat kepada perhatian perdana Menteri.
Sebagai tindakbalasnya, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, mencadang kerajaan Persekutan menyediakan wang ringgit berpuluh-puluh juta ringgit bagi membeli tanah tersebut daripada pemaju dan serahkan kepada penduduk kampong tersebut supaya kampong tersebut kekal sebagai kampong warisan kaum India.
Namun, Perdana Menteri , YAB Dato Seri Mohd.Najib Tun Razak, membuat kenyataan bahawa Kerajaan Persekutuan tidak akan mencampur tangan dalam isu Kg.Buah Pala kerana isu Kg.Buah Pala adalah isu tanah dan kuasa mentadbir tanah adalah letak di bawah pentadbiran kerajaan negeri. Malah campurtangan dalam isu Kg.Bauh Pala akan membuka ruang untuk lain –lain kes yang mungkin lebih rumit pada masa-masa akan datang. Walaubagaimanapun , YAB Dato Seri Najib Tun Razak amat prihatin terhadap kebajikan penduduk Kg.Buah Pala dan berharap DAP Pulau Pinang dapat selesaikan kegelisahan penduduk Kg.Buah Pala dengan secepat munkin.
Sehubungan ini, pemerhati politik berpendapat bahawa lawatan pemimpin-pemimpin HINDRAF ke Kampong Buah Pala secara berasingan dan mengeluarkan kenyataan akhbar masing-masing dan mencadangkan pendekatan yang berlainan dalam menyelesai isu Kg.Buah Pala bukan sahaja menimbulkan kekeliruan dikalangan masyarakat India.Malah, kenyatan dan tindakan pemimpin-pemimpin HINDRAF juga menimbulkan tanggapan bahawa barisan pemimpin-pemimpin HINDRAF tidak bersatu dan hubungan antara mereka telah luntur, rengang malah berkecai.
Pada masa yang sama, keyakinan kaum India terhadap kerajaan PR sebagai penyelamat dan pembela kepentingan dan hak-hak sah kaum India juga kini mula melentur dikalangan kaum India.
Pemerhati politik berpendapat bahawa sekiranya Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak dapat menyelesai isu Kg.Buah Pala dengan adil sabelum 2 Ogos 2009 dan pemaju meneruskan tindakannya mengusir penduduk Kg.Buah Pala dari kampong halamanya, maka satu gelombang yang sama impaknya seperti HINDRAF dijangka akan cetus di kalangan kaum India bagi menentang PR di seluruh negara.
Akhir-akhir ini, kaum India di Negeri Pulau Pinang, malah di seluruh negara kurang yakin terhadap DAP serta Lim Guan Eng kerana tidak menepati janji-janji yang dibuat menjelang pilihan raya umumke 12.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment