Wednesday, July 1, 2009

FAKULTI MICHEAL JACKSON DI UITM DAN ASWARA?



OLEH : PEMIKIR - MM

Pemergian Raja Pop, Micheal Jackson atau Mikhael Jackson yang dilaporkan memeluk Islam semasa setahun di Dubai merupakan satu insan yang sangat luar biasa. Semenjak kecil beliau telah menceburi bidang seni apabila menjadi penyanyi utama Jackson 5. Ketika itu, beliau yang masih kecil telah didedahkan kepada seni oleh bapanya sendiri. Cara yang dilakukan adalah berdisiplin tinggi sehingga beliau tidak dapat peluang untuk bergaul dengan kawan-kawan yang sebaya.

Sebagai Raja Pop yang mempunyai kejayaan yang memuncak, kehilangannya sangat dirasai oleh seluruh generasi Micheal Jackson di dunia ini. Sejak awal lagi, beliau sudah mempunyai 100 juta peminat dan angka ini meningkat apabila lagu-lagu beliau menjadi lebih laris. Micheal telah memperolehi USD 450 juta dari penjualan lagu-lagu solonya yang telah mendapat 7 Anugerah Grammy.

Di Malaysia, Micheal juga mendapat tempat dihati generasi 80an dan seterusnya. Beliau pernah juga membuat konsert di Stadium Negara pada 1996. Penaja yang dipimpin oleh Tan Sri Syed Yusuf, telah dapat memaparkan superstar ini dengan jayanya. Beliau tinggal di Hotel Concorde ketika itu dan kehadiran Micheal telah menarik ramai peminat dari Singapura, Indonesia, Brunei dan Thailand. Micheal juga telah diundang oleh Sultan Brunei ke Seri Bengawan, bagi menyambut Hari Jadi Puteranya.

Sebagai ikon, beliau kesempatan juga membuat konsert di India dan Jepun. Beliau telah memberi impak besar kepada Bollywood, India khususnya dari segi senitari yang mengkagumkan.

Wira bersetuju dengan pandangan pemuzik bahawa Micheal tiada tolok bandingnya. beliau telah berjaya membuat anjakan yang dinamik dalam dunia dan industri hiburan. Agak sukar untuk mencari ganti, tetapi pendekatan Micheal yang sungguh profesional boleh dijadikan sebagai penanda aras dalam institusi-institusi yang mengajar ilmu-ilmu seni dan muzik dari segi akademik. Bagi mereka yang kreatif, bolehlah diwujudkan kurikulum yang berteraskan cara-cara Micheal bukan hanya dari segi tarian tetapi juga nyanyiannya.

No comments: