Tuesday, July 21, 2009

PUTERA ABDULLAH , ARAB SAUDI TINGKATKAN PELABURAN DI MALAYSIA. TERIMA KASIH YAB PM.

OLEH : PEMIKIR - MM

Lawatan YAB PM ke Arab Saudi dan pertemuannya dengan Putera Abdullah di Jeddah merupakan titik tolak penyegaran hubungan dua hala Malaysia-Arab Saudi. Putera Abdullah merupakan satu pemimpin Arab yang disegani oleh pemimpin-pemimpin Timur Tengah, Amerika Syarikat dan Eropah. Negara ini mempunyai kekayaan dan perbendaharaan yang sangat besar dan seolah tidak kehabisan, dikurniakan Allah SWT. Ia kaya juga dengan emas yang masih belum diterokai. Hasil minyak yang banyak dijual dengan begitu murah iaitu USD10 setong dan ini telah berterusan kian lama. Dengan cara ini, aRAB Saudi dapat memainkan peranan konkrit apabila dunia satu masa dulu menghadapi krisis melambungnya harga minyak sehingga USD140 setong. Apa yang dilakukan oleh Riyadh ialah dengan mengeluarkan minyak melebihi 10 juta tong sehari. untuk menurunkan harga minyak dunia.

Pertemuan intim YAB PM dengan Putera Abdullah selama 75 minit telah menghasilkan sesuatu yang boleh membawa pertumbuhan ekonomi Malaysia. Putera Abdullah bersetuju untuk menyertai dengan ekuiti lebih tinggi dalam perbankan di Malaysia dan Bank Al- Rajhi merupakan saluran bagi tujuan ini. Dalam hal ini, YAB PM telah berjaya menyakini Arab Saudi untuk melabur di atas dasar-dasar baru dan model ekonomi yang diwar-warkan oleh kerajaan. Putera Abdullah juga prihatin tentang jemaah haji Malaysia yang dianggap berwibawa dan tidak bermasalah. Putera ini juga sedar bahawa banyak projek-projek infrastruktur di Arab Saudi, telah dimajukan oleh syarikat-syarikat dari Malaysia,

Pemerhati mengucapkan tahniah kepada YAB PM dan rombongan kerana dapat menyakini Arab Saudi untuk meningkatkan pelaburan di Malaysia.Ini satu anjakan positif dalam dasar luar Arab Saudi yang biasanya lebih memihak kepada berlabur di Amerika dan Eropah kerana menghendaki pulangan yang lebih besar. Apa yang diberikan kepada Malaysia oleh Putera Abdullah merupakan sesuatu yang besar kepada Kuala Lumpur, tetapi kecil jika dibandingkan dengan yang dilaburkan di England @ AS. Sebagai contoh orang-orang kaya mereka mempunyai duit yang berlimpah-limpah sehingga berani membeli kelab-kelab bola di England.

Namun, Malaysia perlu bersyukur ke atas pendirian niat murni Putera Abdullah dan didoakan agar beliau sihat dan panjang umur, dan seterusnya meningkatkan lagi pelaburan Arab Saudi di Malaysia khususnya dan rantau ini amnya termasuk Indonesia.

No comments: