Monday, July 20, 2009

KEKALUTAN DALAM PEMERINTAHAN PAKATAN RAKYAT...

OLEH : MELOR

Politik Malaysia hari ini nampak sungguh kalut sekali sejak Pakatan Rakyat memenangi beberapa negeri. Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat pula semakin terserlah tidak bersependapat dalam isu-isu tertentu. Kerapuhan dalam PR menyebabkan pelbagai masalah yang timbul di 5 negeri yang berjaya dikuasai oleh mereka selepas PRU ke-12....

PERAK

Politik di Negeri Perak memang berat dan kecoh. Bekas Menteri Besar negeri itu dan bekas ahli Exconya tidak faham sama sekali tentang kedudukan lantikannya.Apabila 3 orang daripada Wakil Rakyat yang di sebelah pihak mereka keluar menjadi wakil rakyat Bebas, menjadikan jumlah majoriti mereka kurang kepada 28 sahaja. Tiga wakil rakyat tadi berpindah untuk menyokong Barisan Nasional yang sebelumnya 28 wakil, menjadi 31 orang seterusnya membentuk majoriti dan kerajaan.

Jika selepas PRU ke-12 BN menerima dengan terbuka kekalahan mereka tetapi lain pula Halnya dengan PR. Apabila tidak lagi mendapat majoriti dalam DUN Perak, mereka menjadi kelam kabut dan memberontak sehingga sanggup ‘sembah derhaka’ kepada Sultan Perak. Lihatlah bagaimana kebiadapan mereka...

KELANTAN

PRK MANEK URAI
KEPUTUSAN RASMI :
Mohd.Fauzi Abdullah (PAS) : 5348
Tuan Aziz Tuan Mat (UMNO) : 5283
Majoriti : 65
Undi Rosak : 115%
pengundian : 87%

Kekalahan tipis Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai membuktikan keyakinan rakyat kepada BN sudah dapat dipulihkan. Ianya ibarat satu petunjuk amaran daripada rakyat kepada Pakatan Rakyat.

Nyatalah pengundi sekarang sudah semakin dapat menilai kebenaran @ ‘membezakan antara intan dan permata”. Perbalahan sesama sendiri menyebabkan rakyat melihat parti itu semakin rapuh. Aura Tok Guru Nik Aziz pun semakin berkurang dinegeri Serambi Mekah... mungkin disebabkan Tok Guru yang begitu beriya-iya menentang KERAJAAN PERPADUAN sedangkan ia adalah satu langkah yang baik untuk perpaduan bangsa Melayu.

SELANGOR

Permintaan Azmin Ali Adun Bukit Antarabangsa supaya barisan Exco kerajaan negeri di rombak semula amat megejutkan. Di saat PKR Selangor tengah pening kepala untuk menyelesaikan masalah dalaman mereka, ADUN, Ahli Parlimen dan Pemimpin PKR di peringkat bahagian dan JDM (Jawatankuasa Daerah Mengundi) sekarang ini di laporkan teruk bergelumang dengan RASUAH dan SALAH GUNA KUASA.

Cerita-cerita mengenai adun PKR yang merembat duit peruntukan DUN, menggunakan wang peruntukan kerajaan negeri untuk function peribadi, meminta wang pendahuluan untuk berberapa projek seperti pembersihan kawasan dan kontrak pasir, malah ada banyak lagi kes-kes penyelewengan adun PKR.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyerbu pejabat dua pemimpin DAP, termasuk seorang exco kerajaan Selangor, bagi siasatan berhubung salah guna wang peruntukan DUN. Seorang lagi ADUN parti itu Lau Weng Sang turut diserbu SPRM.

Lebih jadi haru biru bila Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengenai penglibatan salah seorang Exco dengan kumpulan kongsi gelap dan pelbagai lagi aktiviti haram membuktikan kelemahan barisan Exco kerajaan Negeri Selangor

KEDAH

Tindakan DAP Kedah keluar dari Pakatan Rakyat memperlihatkan bagaimana rapuhnya ikatan di dalam Pakatan Rakyat. Dua punca utama yang dijadikan alasan ialahtindakan merobohkan pusat penyembelihan babi di kampung Berjaya dan 50 % koata perumahan bumiputera di Kedah.

Walaupun hanya untuk sepuluh hari sahaja, ia sedikit sebanyak menjejaskan imej mereka. Dan seperti yang dijangka selepas sepuluh hari keluar Pakatan Rakyat negeri, DAP Kedah mengumumkan menyertai dan menyokong semula pentadbiran negeri. Perkara itu diumumkan Pengerusi DAP Kedah/Perlis, Thomas Su selepas semua isu dipertikaikan diselesaikan. Dan selepas ini, apabila tidak puas hati dengan tindakan kerajaan negeri di bawah pimpinan PAS bolehlah DAP bertindak keluar PR selama beberapa hari sehingga tuntutan mereka dipenuhi....

PULAU PINANG

APABILA pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pemimpin Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf) selepas mereka mengetuai demonstrasi haram pada 25 November 2007, parti pembangkang khususnya DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bukan saja paling awal menunjukkan simpati, malah mempertahankan pelbagai tindak-tanduk pertubuhan itu walaupun ia dilihat boleh mencetuskan pergeseran antara kaum di negara ini.

Penahanan lima pemimpin Hindraf mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kemudian dijadikan modal politik pembangkang dalam kempen Pilihan Raya Umum Ke-12 pada Mac 2008 yang menyaksikan kejayaan mereka menafikan majoriti dua pertiga Barisan Nasional (BN) di Dewan Rakyat dan membentuk kerajaan di lima negeri.

Walaupun tindakan Hindraf, dalam keghairahannya memperjuangkan hak kaum India di negara ini, menyinggung perasaan sebahagian besar orang Melayu, seperti memorandum 18 perkara kepada Kerajaan Britain dan dakwaan `pembersihan etnik' oleh umat Islam negara ini, pembangkang menjadikan pemimpin yang ditahan itu sebagai 'wira.'

Isu Kampung Buah Pala ini memberi pengajaran terbaik kepada kerajaan Pulau Pinang supaya faham kenapa pihak berkuasa terpaksa bertindak tegas kepada Hindraf sejak mereka mengadakan demonstrasi di Kuala Lumpur dua tahun lalu.

para penyokong dan pengundi-pengundi PAS, PKR dan DAP perlu menilai sejauhmanakah kemampuan PR menangani masalah rakyat. Buka mata, buka hati dan celikkan minda. Janganlah hanya menyokong dengan membuta tuli. Pakatan Rakyat terus menghadapi krisis keyakinan dan kepimpinan walaupun tak sampai 2 tahun mmemerintah. Krisis seumpama ini tidak pernah berlaku dalam BN.

Tetapi pemimpin PR amat cekap memanipulasi pelbagai isu bagi menutup kepincangan dan kelemahan dalam pakatan mereka. Dan yang terbaru, mempolitikkan kematian Teo Beng Hock, Setiausaha Politik Exco Selangor untuk mengalihkan perhatian orang ramai daripada isu sebenar iaitu siasatan SPRM ke atas wakil-wakil rakyat PR Selangor...

Tapi jangan lupa “ sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua....”

No comments: